Aku dan dia. Itu kami.
Kau? kau tidak pernah termasuk dalam senarai kebahagiaan kami. Cananglah seribu dongeng pun kepada sesiapa pun. Tak mungkin kau boleh binasakan kami.
Kami! kalau telah ditetapkan Tuhan begini jalannya untuk kami...Ya, kami redha. Dan dengan jalan yang lurus, cuma kadang kala bersimpang siur..itu biasa bagi kami. oh..itu namanya dugaan.
Benar;
Kalau dikata cinta itu buta.
Tapi;
Orang buta punya otak untuk berfikir.
Nah..justeru dimana butanya cinta itu? Kita bukan katak di bawah tempurung kaca lagi. Hanya boleh melihat keindahan tanpa menghayati. Itu bodoh namanya. Hanya menunggu dan percaya cinta itu buta.
hei..bangun dan berjuanglah demi cintamu! Takkan selamanya kau mahu hanya pada kedudukan itu. Hanya mahu pada takuk itu! masih pada anak tangga yang satu!
Letakkan satu sasaran pada hidupmu.Aku+Dia=Kami yakin kau mampu!
No comments:
Post a Comment