Monday, July 4, 2011

senyum...tak perlu kata apa-apa :D

sungguh gembira.bahagia.seronok.beronok-ronok!! hehe.

sambutan anniversary kami walaupun hanya ala kadar dengan spend time sama-sama.tengok movie.makan.jalan-jalan...TAPI ia sangat bermakna untuk kami.paling best dapat novel baru!

seperti sedia maklum,telah diberitahu sebelum ni..aku memang pemalas lipas nak ambik gambar ni.adeh..tapi akan gagahi jua...nanti-nanti upload gambar aktiviti kitaorang..tapi kan...sekarang rasa macam tak perlu la..dah malas rasa nak masukkan gambar nih.ehe;p.

nanti sambung lagi dengan gambar ye...:P

Sunday, July 3, 2011

2nd annivesary



alhamdulillah...3 july. genap 2 tahun bergelar isteri kepada suami yang penyayang,baik hati,prihatin,memahami dan segalanya yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

semoga ikatan ini akan dimurnikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.saban hari aku berdoa..agar rezeki itu cepat datang.agar keluarga kami lengkap dengan cahaya mata kelak.insyaallah....

terima kasih di atas segala limpahan kasih sayang.di atas segalany.i love u so much dear :D


notakakitangan:gambar tidak dapat diupload kerana masalah internet yang kebengongan!


tiada bait boleh dikata

sungguh rasa bosan menantikan posting ni.selasa nak balik kampung.bercuti dulu.nanti dah dapat posting susah pula nak balik kampung kan.hehe.Jumaat mak adakan majlis kenduri tahlil untuk arwah tok. Sabtu adik beradik ajak pergi makan kat hatyai.Ok...cuti ni memang full la jadual.hehe.balik sorang2 je..encik syafiq kerja.ehe.

hmm..rasa rindu kat arwah tok.baru lepas menatap gambar dia.sungguh rasa seperti dia masih ada.tak tau macamna nak luahkan rasa rindu ni.Al-fatihah untuk nenda tercinta.semoga tok tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. tok pergi selamanya pada tanggal 23 mac 2011.tarikh yang aku akan ingat sampai bila2.Tok rapat dengan aku..suka berjenaka dan suka juga belanja aku...banyak sungguh kenangan dengan tok.raya nanti pasti SANGAT terasa kehilangannya...tak payah tunggu raya la...ramadhan nanti...PASTI kami semua akan merinduinya.....:(.

tatkala menaip n3 ini,air mata menitis sedikit demi sedikit..berjujuran mengenangkan sepanjang memori bersama tok....tok..semoga kami menjadi anak cucu yang soleh dan solehah.