sibuk itu kita yang menguruskan atau sibuk itu yang mengejar kita?!
ye..sekarang sedang melalui fasa kesibukan yang bukan sedikit.juga bukanlah terlalu banyak.
cumanya terlalu banyak tuntutan di luar jangkaan.
minggu ini weekend dipenuhi dengan membawa ibu dan ayah yang memerlukan rawatan susulan. dalam kesibukan itu lari pula ke isu hartanah. meninjau kawasan perumahan yang sedang dibangunkan dan meninjau dedaun getah berhijau yang tidak bertuan.hanya sedikit masa itu aku berlari berkejaran ke sana sini.
tiba malam, baru aku sedar..ohh hari kesiangan penuh kesibukan!
kalian, aku bingung! awalnya pemaju perumahan hanya letakkan harga rumah RM 200k..tapi bukan rezeki saya maka dapatlah pada pihak lain.tapi pihak itu ingin menjualnya semula.saya dengan riang gembira terus pergi meninjau lokasi dan menetapkan perjumpaan.yelah..bukan selalu dapat pulang ke kedah jalapang padi. alih-alih dari RM200k, dia naikkan ke RM299k....OMG! dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja. hmm...puas berfikir..rumah yang cantik dan lokasi yang menarik.tapi berbaloikah bila kita tahu harga sebenar rumah kan?
aduii..hati suka.tapi berbelah bahagi sekarang.huhu.
tapi dalam sibuk,minggu ini minggu bahagia:).
sang suami yang selalu menjenguk blog yang bersawang isterimu ini;
terima kasih! :))