Tuesday, June 23, 2009

TOLONG Khabarkan....


Salam Semua...


Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..


KANAK-KANAK HILANG....


Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.


Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.
Tolonglah sesama islam....aku dpaat dari blog ini

Mengapa Anda Memilih Pasangan Anda

Ini adalah email yang aku dapat dari kakak aku and aku nak kongsi dengan korang semua:D

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut?

Baik, saya kongsikan dengan anda.

Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda...apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

......

Owh..sangat menyesal okeh. lain kali korang jangan sesuka hati menolong orang yang masih belum kenal hati budinya..sifatnya..perangainya.

sebab kalo dah terlajak..dah susah nak patah balik. okeh. aku agak x menyesal menolong time dia susah2 dulu. cuma kesal sebab dia x berterima kasih atas semua tu. huh...

takpe...betul jugak kata orang..bila dah kenal lama baru kita tau. tapi aku boleh je get long ngan kawan2 aku bertahun2 lama duduk satu umah since kitaorg bersama dari 1st year degree sampai la dah nak habis master ni kan. means dah 5 tahun la duduk bersama2.ok je...

entahlah...maybe aku dah penat kot kan.menerima je apa saje. sikap selfish ke ape ke. skali meletup.nah..kan.hehehe. yelah, kalo jenis kejap2 jumpa borak2..then hilang..then 2 week after tu jumpa blk.yelah.mesti la ok kan.xtau apa yang dirasai.

Now, aku juz fokuskan pada kehidupan baru aku. dan yang paling penting aku mahu dekatkan diri dengan yang Esa. banyak terlalai. dah nak jadi bini orang..perlu okeh aku persiapkan diri dengan segala kemungkinan. hanya ALLAH yang berkuasa dan tahu apa perencanaan kita.

dan..Alhamdullillah...aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. terima kasih Ya Allah

temuduga kawen???

aku balik kampung weekend ari tu coz nak anta borang kebenaran nikah.hehehe.

eh korang tau..nak kawen kena ada inerview tau. tapi basic2 jelah kan. kata nak bina masjid. mesti ada asas2 nya kan.bagus. i like.

tapi tak de apa pun la yang ditanya. just suruh baca ikrar dalam jawi. macam tu jelah. isi borang harus jawi okeh..nanti korang xdelah ditanya banyak2 kan.hahaha.

semuanya dah setel.dah bole kawen:p. yang penting dah dapat kebenaran kan..lulus2.hahaha.

apa lagi ni...

Aku baru sampai dari kampung petang tadi. Saad datang ambik aku kat lcct. then kitaorg pegi makan2 kat serdang. oh..tonite naz join diner ngan kitaorg. borak punya borak sampai kul 9. eh..dah lewat nih...hehehe.kesian saad n naz nak drive blk equine. agak jauh:p

aku balik umah mandi2..lakukan blog hoping..hahaha.and berchatting ngan kawan2. cakap2 pasal majlis yang bakal berlangsung.aduhai..sangat banyak urusan okeh. aku belom pon lagi sempat nak book kompang group. baru sempat book for marhaban je. nanti aku balik next week..mudah-mudahan semuanya akan di setlekan secepat mungkin.huhu.

Aku sebenarnya nak minta maaf la kat someone. yes..aku memang laser gile ngan dia. yes.. aku memang mulut jahat. tapi kalo aku juz simpan je semua. sampai bila pon tetap akan mcm tu. so aku piki better benci aku sorang then bole cari kawan lain n berhati-hati. bukan semua orang bole nak berterus terang kan. even, b4 aku bermulut jahat tu pon..aku terpiki gak dua tiga kali. so aku decide..okeh..xpe..apa nak jadi pon jadi la coz untuk kebaikan bersama semua pihak kannn.

Ohh..aku pon bukan bagus sangat. yes..i know. tapi aku ada kawan2 yg spesis aku gak..bagi je atas muka. laser mcm aku. so x payah ambik hati juz baiki diri. jenis kalo ko x suke aku macam ni...terus je sound. memg la aku terasa..tp yelah..kejap je.pastu piki..oh..betul gak kan..begini2.itu lah aku n kawan2 aku. tambah2 lagi member sekolah menengah dulu yg stil keep in touch sampai sekarang. memang sangat berterus terang.hahaha. so kitaorg jenis, kalo ko nak terasa mampus ko...tp dorang bg something yg aku xtau pasal diri aku. yes,,aku memang baran..oh..perasan bagus.op kos la kan.hehehe.ye..aku tau aku cepat moody n baran ni pon kawan2 aku yg bgtau.mula2 memg la mcm eh..ko pehal kan.mcm nak gado2..bukan mcm okeh.memng dah gado besar.hahaha.tapi bile piki eh..betul la dorang cakap aku mcm tu.hehehe.then..kitaorg berbaik sampai sekarang. cumanya dia dah jadi nurse skrg..dah ada anak..huuhuhu.aku?? blom berkerjaya secara serius n belom merancang anak secara serius. eh..pehal ko nak rancang ank ni.nikah belom.hahahaha.

apapun...aku nak mohon maaf secara terbuka.hehehe.tapi aku takkan tarik balik apa yg aku cakap. benda2 betul..so aku juz minta maaf coz bahasa aku memg kasar. nak wat mcmne babe..gua memang mcm ni.hahaha.