Hidup kita ni kawan2 tak bole terlalu yakin sangat tapi jangan la tak yakin langsung kan. Kena berpada-pada. Kita tak tahu esok bagaimana pulak kita. Masih di atas atau dan menjunam jatuh di bawah....tak tahu ok! Macam-macam boleh jadi. Ada yang kawen hari ni besok2 dah cerai berai.Tengok kes Roslin Hashim la...
Pernah tak korang termimpikan sesuatu yang korang tak sangka korang akan dapat. Seperti tiba2 korang dapat duit 1 juta jatuh dari langit. Sekejapan cuma korang dah jadi kaya raya..tak sampai beberapa minit pun dah bole mengubah status kita. Itu la yang aku maksudkan. Apa2 pun bole terjadi dalam hidup kita. Kita ni tidak bole terlalu yakin dengan perancangan kita. Kadang2 bukan semua perancangan menemui kejayaan. Yup..memang kita kena merancang tapi bukan merancang dan terus yakin dengan perancangan! merancang itu untuk melicinkan perjalanan yang kita nak laksanakan. Bila rancang dan ada tindakan insya ALLAH baru akan muncul kejayaan, kebahagian dan kesenangan.
Oke..itu saja..:)
Sederap Melangkah ke hadapan. Di Mana Kamu berdiri. Di situ Aku setia Menemani.Bersama kita mengharung pengembaraan hidup di pentas dunia. Inilah sebuah KEMBARA KEHIDUPAN.
Saturday, April 25, 2009
Wednesday, April 22, 2009
.:: Aggressive::.
Aku telah menjawab lagi kuiz FB..bukan sebab bosan uols..tapi aku rasa macam dah letih nak study mady nih.hahaha.apatah istilah aku guna.hentam sajooo.....
Dan..kuiz tersebut telah mengatakan yang aku nih seorang yang agresif.Betol..betol..betol..aku memang agresif.so wat??hhahahaha
malam ni lagi aku agresif tau..plus ngan sakit hati sikit..i make a phone call....someone....:::
Aku : heloo...
Dia: ha..helloo....(diammmmmmmm)
Aku: er..tgh watpe? bz ke?
Dia: takdalah..napa?? diammmmm
Aku: (dah hilanng idea nak tanya..asyik2 diammmmmm jek)
Dia: (Diammmmmmmmm)
AKu: (balas dendam..diammmmm)
DIa: (dIammmmmm)
AKu: Ok la..i nak tido dulu..
*Ni adalah sebagai 1 contoh sajooo..sakit hati okeh kalo macam tu..baik jgn call kan uolss..buang bateri hp..buang kedit dan buang segala macam lagi..sakit oooo hati..sentapppppp......hahahahaha
Lain kali..aku pulak nak dia kalo dia tu call.bole????lalalalalala
Huh..kadang2 nih kita kena piki jugak la kann...situasi orang tu..jangan la kita buat macam nak sisihkan orang kannn....arghhh....
Tuesday, April 21, 2009
::Sedikit Emosi Merindukan Sesuatu Yang Dulu::
*Tidak tahu menilai dan menghargai..bila hilang mula dicari-cari*
Sebenarnya;
Aku rindukan seseorang yang dulu
Yang tulus...yang tahu dan mengerti apa mahuku
Yang tidak kaya harta..tapi kaya budi dan bicara
Sesungguhnya;
Aku sangat merindui....gurau mesra, gelak tawa, semuanya tentang dia yang dulu...benar..aku rindu!
Dimana dia..mana? mana? puas merata-rata aku mecari. Bayangnya pun tidak ada. Aku tidak nampak apa2 tentang dia. Semua seolah hilang ditelan sesuatu..
Aku dengar gemersik suaranya..aku dengar celotehnya sehari-hari. Cuma terasa sedikit beda dari dulu. Aku tidak tahu apa. Hmm...salah akukah yang terlalu banyak dan dalamnya berfikir? Kadang kala seperti tidak ada apa2. Tapi acapkalinya aku terasa seperti kehilangan sesuatu itu.
Aku memujuk rasa hampa ini sendiri. Pujuk dari dasar hati yang dalam untuk lupakan segala...biarkan ia dan terima saja perbedaan itu. Tapi aku tidak mahu! Jangan hendak memandai mengatakan aku egi dan sombong! bongkak dan angkuh! kau tidak merasa..justeru kau tidak tahu apa pedihnya rasa!
Diam!! Aku tidak perlukan nasihat kau atas perbedaan dia. Kau bukan siapa2 untuk menunjuk ajarku sesuatu tentang dia....dia memang berbeeda..tapi bedanya hanya aku yang rasa kerna resapan kasih yang ada. Ya...kasihnya masih utuh cuma itu..yang telah menggelapkan segala...aku tahu kau mengerti apa itu!!!!
Oh Tuhan;
aku benar2 rindukan dia seseorang yang dulu. Bila masanya yang sesuai. Oh khabarkan saja detiknya....aku letih untuk menunggu masa2 mu itu...
Subscribe to:
Posts (Atom)