Friday, January 9, 2009

~lalalaallalalalalalalala~




Sukar untuk menzahir kata – kata

Biarlah ia terus rahsia

Terpendam di lubuk jiwa

Sedangkan……

Hati sendiri tak mampu kuubati

Mana mungkin;

Aku mahu kecewa lagi!

Menginjak rasa hati umpama aku menghukum diri sendiri

Aku sebenarnya masih dalam fantasi;

Membohongi perasaan dan diriku sendiri

Pada siapa lagi harus aku mengadu

Tentang hati ini;

Siapa lagi akan mengerti resah gelisahku??

Aku sendiri terpana, terpaku

Dengan kekalutan jiwaku

Pada siapa yang mengerti

Syukur pada Ilahi……

Kerna aku sendiri tak pasti

Mengapa hatiku begini

Terus - terusan aku menyelongkar rahsia hati sendiri

Namun, hingga detik ini

Masih tak kutemui jawapannya!

Aku harus kembali menggapai realiti

Andai aku tidak mahu kecundang lagi!!!!

Bukan aku tak mahu bercinta lagi…

Luka yang masih berdarah itu

Tak mampu kuubati

Berilah aku masa untuk kubelai hati ini

Kerna akhirnya…HATI INI PASTI MILIKMU!

ingin aku ingatkan pada yg alpa

kugarap puisi ini buat tatapan semua insan
kutitip puisi ini buat mereka yang alpa
namun pada yang tidak pernah lupaj
adikan ia bacaan berguna

aku bukan penyair agung
yang menoktahkan kata dengan baris indah
aku hanyalah insan
yang melakarkan pena dengan rasa

pada yang lupa
aku ingin mengingatkan pada yang esa
datang dan kembalinya kita
hanyalah ketentuannya

subuh,zohor,asar,maghrib,isyak
kususun satu persatu
demi mengingatkanmu
tapi acapkali kulihat
kau alpa dan lupa
setiapkali lima waktu itu
kau hanya memandang sepi
kosong tanpa erti
seolah-olah tiada apa
yang harus kau kerjakan

Ya Allah;
inikah petanda akhir zaman
mampukah bumi indah ini
menaggung bebanan dosa itu?
aku tidak menuding
turut aku ingatkan diriku ini
sama-sama menjaga tingkah dan langkah
moga dan semoga
kita sentiasa di bawah lembayung rahmat yang Esa!



~ZaLieYa~*GraND BEacH*LanGkaWI*




(untuk karya2 aku yg lain layarilah www.kapasitor.net) promo ckit.hahahaha.

A.K.U @ rindu


rindunya aku kat mak n ayah.hehehe.lama x jumpa.bz je aku nk blk kg pun sush. xsabar tggu rasa cina nie.bole blk kg jumpa mak ayah.nk minta mak masakkan nasi lemak la.hehehe.nyum2.sodapnyee hingga menjilat jari.slruppp:). nanti nk blk kg aku kena la g kutip sepupu aku kat s.alam nuh n adik aku kat tg.malim tuh.hehehe.best ckit blk ramai2.nanti bole adik aku drive.aku nk tdo jek memanjang (ampun dik mie..hehehe).memg kebiasaannya aku drive smpi tg malim je ataupun smpi ipoh jek.pas tu zzzzzzz.sdap tul tdo.arghhhh...rindunya aku pada mak,ayah,ank2 sedaraku yg comel2 n manja n ngada2 tu.hehhee.rindunya aku pada ayam kat kg tu..pada jiran depan umah,jiran sebelah umah dan semua la org kg.hahahaha.ala...cuti aku juz 5 ari jek.kejap je nanti kat kg nuh..wawawawa.aku rindu nk tdo ngan mak.x sbr nye nk blk.nanti tdo ngan mak..mak peluk2 aku xda la takut sgt.hehehe.aku kan penakut ckit.tu yg dik mie jeles tuh..dia kata aku manja sgt.hahaha.

Wednesday, January 7, 2009

antara karya spontan aku dlm kapasitor.net

~Kembara Kehidupan~
TIDAK;
AKU TIDAK PERNAH BERKATA TIDAK
SESUKAR MANA PERJALANAN HIDUP INI
AKU TIDAK PERNAH MENGELUH
YA;
AKU SERINGKALI MENGIAKAN SEGALA
SEGALA NISTA KU TETAP TERIMA
KERANA;
AKU HATTA CUMA MANUSIA BIASA
MESKIPUN ADAKALA MARUAHKU
BAGAI DIINJAK DI HUJUNG TUMIT
AKU MASIH MAMPU TERUS BERDIRI
DAN BERTERUSAN TERSENYUM
SETIAP DETIK ITU KU BERDOA;
MOGA DALAM MENELUSURI KEMBARA KEHIDUPAN INI
AKU MAMPU MENONGKAH BADAI
MEMBELAH LAUTAN API YANG TERHIDANG LUAS DI HADAPAN
MESKI AKU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA
AKU YAKIN AKU MAMPU….
SEDERAP AKU AKAN MELANGKAH KE HADAPAN
DENGAN PENUH KEAZAMAN…
MOGA DAN SEMOGA SINAR KEJAYAAN AKAN MUNCUL
DI SEBALIK TABIR KEDUKAAN HIDUP INI
BIRAI KEHIDUPANKU TAK PERNAH LUSUH DENGAN KATA NISTA
NAMUN HINGGA KINI;
AKU TETAP MAMPU BERDIRI
DALAM BAYANGAN DIMENSI DIRIKU SENDIRI!!!

~selamat pagi cinta~

selamat pagi cinta
setiap pagi kubuka mata
ungkapan halus itu bergema
menusuk lembut gegendangku
salam pagi itu kusambut
dengan kucup mesra
merungkai rasa sayang yang ada
memulakan hariku dengan indah nyata
selamat pagi cinta
terngiang-ngiang di telinga
bisikan azimatnya
hanya nostalgia
kerana dia telah tiada
aku??bagai gila mencari bayangan cinta
selamat pagi cinta
aku rindukan bisikan itu......

A.K.U @ caraku

aku rasa aku dah bnyk sgt berkorban.jiwa dan ragaku.keringatku...kewanganku.korban perasaan dan bermacam2 korban yang lain. Tapi aku x kisah dan x pernah ambik kisah kalo pengorbanan aku hanya di pandang sepi.x ada yang pernah menghargai.betul..jujurnya aku x kisah.tapi yelah...sampai bila aku nk x kisah kan bila acapkali aku rasa aku seperti mencurahkan air ke daun keladi.langsung x memberi erti.aku sedih sangat.aku mohon sekurang2nya ada sekelumit rasa dlm hati dan jiwa dia.namun aku hampa...hingga kini xda apa2 yang boleh membuatkan aku tidak terasa...aku rasa mcm bodoh sangat.mungkin mata kasar org tgk aku ni mcm cekal+tabah je.tapi hakikatnya x ada sapa yg tahu.hanya keluargaku yang tahu betapa air mataku sangat murah n mudah mengalir tatkala hatiku sedikit terguris.aku ditipu...aku menangis! kenapa?? aku x bole org menipu aku.paling aku pantang dalam hidup aku. blog nie adalah nukilan ikhlas dari hati aku.1001 cerita yg aku lalui.sbb tu aku xnak kwn2 aku tau kewujudan blog aku.kalo kwn2 aku terjumpa...baca jelah.hehhehehe.mlm nie mlm yg cukup emo utk aku.aku dan diriku adalah aku dan sesiapa x boleh jd aku kerna aku ada caraku!!! paham?! kalo x paham piki sampai paham.aku bkn senang nk berkongsi cerita dgn org.aku sgt kecewa dengan insan sekeliling yg x pernah mahu memahami. bila ada sedaraku yg terdekat menuduhku merobohkan mahligai family dorang.aku telan n trima je cacian.coz aku n caraku yg x suka bising2.trima je.tp bila aku trima je dorang ingt aku salah.xpe..ALLAH ada jalannya nanti untuk tunjukkan kebenaran.aku sgt yakin itu.biar semua org tahu hakikat sebenarnya.satu ketika akn aku jelaskan segalany.aku memang bole melupakan tapi untuk memaafkan aku x mampu dan x mungkin. kejam kan??1 itulah cara aku.aku bole lupa apa org buat kat aku tp nk memaafkan aku sgt x bole.seng2 nk aku maafkan bila buat aku mcm2?? WTH..sory aku bkn org yg baik sgt untuk memaafkan korang!!! wah..mcm pedendam nih.hehehe.tak..aku bukan pendendam TAPI pembenci!! benci pada org yg xnak mengaku salah n menyalahkan org lain atas kebodohan n kesalahan sediri.aku betul2 x paham..salah org semua nmpk,salah sendiri pejam mata buat2 x nmpk pastu tuding sana tuding cni.apa nk jd ko ni?? cucuk sana cucuk cni..lagakan org! ko happy ek wat mcm tu? sedar ckit..kubur dah kata mari..umah dah kata pergi.muhasabah la diri sendiri sblm nk menuding jari kepada insan lain.1 yg ko tudung 4 lg jari berpatah blk menuding diri ko sendiri.cuba ko piki secara rasional.tindakan ko telah merosakkan kerukunan keluarga kita bersama..renungkanlah:
bila aku diam
bukan bererti aku salah
bila aku menyendiri
bukan bererti aku membawa hati
cuma;
aku mahu memberi ruang dan waktu
untuk kalian menyelami dasar permasalahan itu
untuk kalian menjadi lebih berani
TAPI;
tak pernah sekalipun
dalam rembualan senja ini
kalian datang bertanyakan
duduk sebenar cerita cinta luka itu
aku masih berdiam
kerna aku tidak mahu
terus menghancurkan mahligai kalian
TAPI;
aku masih dipersalahkan lagi
atas relung derita kalian
salahkah aku yang hanya berdiam??
berdosakah aku dalam kediaman ini??
aku benar-benar tidak mengerti
INGAT;
diamku ini bukan beerti aku menyerah!!

Tuesday, January 6, 2009

A.K.U @ ceritaku..



Aku baru je nlk dr KLIA nih anta abg n family dia blk jepun nuh.huhuhu.td kitaorg terlewat ckit..ckit jek..BUT..malas la nk kecoh.xpelah..aku redha n aku telan semuanya.aku sampai je kat umah dr KLIA dpt msj dr abg aku kata dia dah smpi s'pura.act,dia transit singapura dlu pas 2 br terus ke narita.cepat tui..aku br masuk umah dia dah smpi s'pura.kihkihkih.rindu la aku kat anak2 sedara aku yg memg suka buli aku tu.hehehe.tu la rupa paras menawan anak2 sedaraku yg sering membuliku tiap kali blk umah Tok Pah dorang.sabar jelah.hehehe.yg chubby2 comel lote tuh anak sedara aku yg ke 4 kot rasanya.ramai tul anak sedara.time raya tu rasa nk sembunyi jek.kedekut tul teh ni xnak bg duit raya.hahahaha.abg akan blk cni ngan ank sulung dia 6/2 nie.so aku kena la g KLIA ambik dorang lg.kakak ipar aku akn blk plak maybe bln 6 nanti.xpelah..yg penting abg aku blk dulu.kan....kan...kan....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya aku masih lagi sedih nih.kakak aku yg sulung dikenali sebagai mak wi..aku ulangi mak wi..hehehe.masuk spital.warded kat KMC nuh.adusss...cian dia bnyk tul dugaan dia.dah la dpt laki yg bodoh+bahlol+bangang+sangap+kurang cerdik+x hensem+ jahat+ seumpamanya lagi la.aku betul2 dah xleh hadap la jantan sekor tuh.manusia bertopeng syaitan!!! tapi xpe..ALLAH maha adil dan kuasa.apa yg dia lakukan terhadap kami sekeluarga..langit kita sama biru..syurga neraka kita lain pintu...ko xkan lari dr pembalasan akhirat nanti bedebah!! wah..emo tul aku.aku bkn apa sakit ati sgt kat dia tuh sorg tp aku x mampu nk buat apa.just memerhatikan n berhati2..tu je yg kitaorg mampu buat.aku sentiasa berdoa mak wi tabah mengharungi semua nie untuk masa depan dia n anak2.

"ku titip warkah ini buat kekandaku

moga dia riang seperti selalu

ikhlas melempar senyuman

bukan kerana keterpaksaan

ku titip warkah ini buatmu

untuk kau tahu dan mengerti bahawa

aku dan adindamu yang lain

akan tetap teguh berdiri

meniupkan relung semangat buatmu

kita tidak punya kuasa

untuk mengubah segalanya

biarlah dia terus bergembira

melompat keriangan kerana kejatuhan kita

hidup ini tidak lama

dia pasti tersungkur jua satu ketika

tika dan detik itu

kita hanya akan memandang sepi sahaja

tanpa sebaris kata

kerna itu balasan untukknya dari yang MAHA ESA!

aku tahu kekandaku;

Setiap nafas yang kau hela itu seksaan

namun tak pernah kau pamerkan

kau masih terjunam ke dasar kerak bumi

bersama kenangan palsu

doaku..agar sinar kebahagian akan terpancar untukku

teruskan bersabar kekandaku...."

aku doakan mak wi cepat2 sembuh n family kitaorg kembali bahagia+tenang+aman seperti dulu.aku yakin+pasti+tahu..ALLAH akan sentiasa bersama kami.....