Wednesday, March 4, 2009

Ko hantu Dalam air baTU!!!

Persetankan segala-gala yg setan! b4 aku bermaki-makian panjang lebar..aku nk minta maap dulu dengn baini kerana dendam selama ini.hahaha.sory babe!!. now we know napa kita mcm tu dulu.saling benci membenci.tp xpe..now semuanya dah jelas..kita dah tau sapa punca segalanya. arghhh...x hbs2 nk biarkan aku bermakian.huh...sengal!! kalo ko x cari pasal ngan aku xdenya aku nk bermaki-makian pasal ko.ko nih betul la x sedar diri tahap jaban panjat gunung!! sgt x sedar diri n bersyukur. Aku xde mood nk ulas bebnyk..hangin...nanti kuar hangin kang kurus plak aku..

Tuesday, March 3, 2009

*Kita Insan Biasa*

Sebagai seorang manusia biasa;
Kita tidak pernah lari dari kekhilafan

Apabila kita;
Mengkritik tidak beerti kita menentang

Bilamana kita;
Menyetujui tidak semestinya kita menyokong

Andai kita;
Menegur tidak bermakna kita membenci

Dan jika kita;
Berbeza pendapat
Ia adalah kawan berfikir yang baik

Ingat tentang sesuatu;

*************Diam dan Kelu******************

Jika kita rasa kita hebat
Ramai lagi di luar sana yang lebih hebat dari kita
Jika kita rasa hidup kita susah
Ramai lagi yang lebih teruk dari kita
Jika kita rasa masalah yang kita tanggung sekarang berat
banyak lagi masalah lain yang lebih berat dari itu

Jika namanya manusia
Apalagi mahu dicari kesempurnaannya...

Kehidupan takkan pernah sempurna!

Lihat Dan Nilai..




Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.


Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..

Ini adalah email karangan UPSR terbaik yg aku dapat.aku terpiki gak la bila baca karangan ni.hmm..betapa kuatnya pengaruh tv kepada budak2.Ayuh..ibi bapa mari kita mendidik anak2 dengan jaya untuk kecemerlangan mereka!!


Satira Dunia

aku lahir bukan untuk menjadi hamba
bukan manusia yang bodoh dan buta

*******************Kesal********************

aku nampak segalanya
tak usah ditutupi lagi
aku tidak akan tertipu lagi

begini dan begitu
itu semuanya janji palsu
itu namanya kejujuranmu?!

*****************Keluh*******************

arghhhh.....
kalau kau berjanji
kotakan saja; jangan biar hidungmu belang

**************Letih****************

apa lagi mahu dibukti?
semuanya nyata dan terang
tak perlu disuluh-suluh lagi

******************Sedih**************

kerana;
rakyat mahukan pembelaan!!!

sudah letih ditindas begini dan begitu.......



*Harus diingati ini hanyalah nukilan semata-mata.Mungkin sedikit kena mengena dengan yang hidup di dunia.siapa...lu piki la sendiri!

Monday, March 2, 2009

.:Jiwaku Siapa Yg Tahu:.

Jiwaku menangis
Siapa yang tahu
siapa yang cuba memujukku
siapa??

Jiwaku tercalar
siapa yang mengubatinya
siapa ang menyusapinya
siapa??

tidak..
tidak ada sesiapa yang tahu
semuanya bisu dan buta
tuli menelan kepahitan dunia

ya
aku tidak tahu
kau begini dan begitu
aku sungguh sibuk mengejar dunia palsu
hingga lupakan kau di situ
itu katamu..

Baiklah
aku tidak kisah
telah aku maafkan