Friday, October 30, 2009

Menantu mithali:p

ewah2..tajuk n3 tak leh blah kan.hehe.

mcmni mak mentua aku kena operate isnin ni.ahad warded.so esok aku akan blk ipoh la kan.aku kena la jaga mak mentua aku..kan tu menantu mithali:p.ehe.ater..dalam family tu aku je sorang pompuan.so sape lagi nak jaga dia?? sapa??.hehe. kalo ada pompuan lain pon dalam family aku tetap akan jaga la.no worries ye my hubby:D. still jaga mak kita walau apapon.kan tu dah tanggungjawab kita. so korang doakan la ek my mother in law selamat semuanya insyaALLAH.....:)

so blog adalah tak dapat dihapdet untuk beberapa ketika la kan...jaga org sakit sempatkah ko berblog..hahaha.

lagipon agak bz kebelakangan ini.

Wednesday, October 28, 2009

cafe world


Aku adalah sibuk menjaga cafe ye tuan2 dan puan2.hahaha.gile addicted la game ni...:D

korang pon mesti main game ni kan..layan la fesbuk.mcm2 ada.haha.keje pon tak buat..melayan games sesajo..haha.saje je nak tak da modal nak hapdet kan.tempat cafe world kat sibi.padahal baru start main je..baru level 12...hahaha

ok..n3 diakhiri dengan ketawa berdekah2...hahahahaha

Tuesday, October 27, 2009

Selingan: Ambil hati si dia...

Artikal nie aku copy dr blog myadha..saja buat selingan info2 ni.hehe.layannnnn...





Saya tahu ada di antara anda yang sedang kecewa atau masih mengharapkan cinta dari seseorang. Apa kata kita ikuti artikel ini.


Bukan mudah melupakan si dia yang pernah bertakhta di hati, bukan senang juga hendak mendapatkan kembali bekas kekasih itu.

Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita membuat langkah awal yang salah apabila hendak mengambil semula hati si dia.

Berikut antara panduan jika anda berhasrat menjalin semula hubungan yang sudah terputus. Siapa tahu, dia kini mungkin sedang memburu cinta baru dan masih menyimpan rasa yang sama dengan anda.

Silap haribulan, dia akan bertakhta semula dan anda mungkin pasangan secocok serta paling bahagia.

* Jangan bergaduh dengan si dia. Lazimnya, bercerita dengan bekas kekasih pasti hanya diakhiri dengan pergaduhan. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan bekas kekasih sangat tidak berguna. Walaupun anda menang apabila bergaduh mulut, ketika keputusan perpisahan diambil, anda tetap ditinggalkannya.

* Jangan cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia meneruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat, cinta itu berlandaskan perasaan bukan logik. Bagaimana benar, teguh, meyakinkan, bijak dan segalanya, anda tetap juga kena tinggal.

* Jangan yakinkan atau cuba meyakinkan si dia anda sudah berubah atau 'mulai sekarang... keadaan pasti berubah' kerana perkara seumpama itu seolah-olah timba keluar daripada perahu bocor. Pasti anda akan gagal juga.

* Jangan asyik menyatakan anda cintakan dia. Dia mungkin tidak peduli itu semua. Apa yang pasti, dia hanya ingin tahu sedalam mana cintanya pada anda, bukannya sedalam mana cinta anda pada dirinya

* Jangan merayu. Hampir 98 peratus perempuan akan merayu supaya bekas kekasih kembali kepadanya. Lebih banyak anda merayu, lebih jauh anda ditinggalkannya.

* Jangan cuba membuat dia rasa bersalah apabila meninggalkan anda. Sebagai contoh, "Saya tak boleh hidup tanpa awak... " atau "Jangan tinggalkan saya sekarang sebab peperiksaan sudah dekat... ". Cubaan dan ayat sedemikian tidak akan berjaya merebut cintanya semula.

* Jangan berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tidak sama dengan 'tertarik' dan 'keinginan' untuk kembali kepada anda.

* Jangan bercakap dengan rakannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan. Walaupun anda mendapat sokongan dan si dia kembali kepada anda selepas membuat beberapa perancangan, selalunya ia tidak kekal lama. Untuk kembali ke pangkuan anda, ia harus dilakukan atas keinginan hatinya yang ikhlas tanpa dipengaruhi faktor luaran.

* Jangan menangis di hadapannya. Mungkin dia akan memujuk supaya berhenti menangis dan selepas itu, anda tetap juga kena tinggal sedangkan dia berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya atau bercucuran air mata ketika menyahut panggilan telefonnya, menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas anda. Oleh itu, jangan sesekali menangis di hadapannya.

* Jangan desak dirinya supaya kembali kepada anda. Semakin anda mendesak, anda sebenarnya semakin menolak dirinya terus jauh daripada anda
 
Renung-renungkan:)
 
kredit: myadha

Monday, October 26, 2009

kenape kau begitu?!


kenape fesbuk ni sejak 2 menjak ni susah benor nak log in...sengal betul.aku nak tgk ikan2 n cafe aku pon tak leh:p...wawawawa..nak fesbuk...nak fesbuk..mentenen apakebendenye ntah..dah berminggu2 aku punya tak leh bukak..hubby aku boleh plak.jeles2..*sambil tngn terus log in pasword hubby*.hahaaha. kira pinjamakun hubby la nk main games fesbuk ni.....hahaha

tulun2...sy nak berfesbuk..tp fesbuk tak nak saya..uhuk..uhuk..

jom servis....???

servis apakah?!

ala korang jgn la piki bukan2 plak kan..aku weekend lepas pegi servis kete. dah 80k++ ko..giler la lembab menservis kan aku?muahaha.so pikikan nanti nak blk kg la hape la kan raya haji..tak nak la tangguh2 servis lagi.ni pon dah lambat tau..tsk...tsk..

hari ahad pagi2 cergas aku n hubby pegi servis kete kat bengkel kawan dia. adik aku pon ikut sekali..kebetulan dia dtg bermalam umah aku malam tu.dia still study kat upsi lagi.study week kan so datang melepak umah aku la.dan dan tu gak la dia pon nak pegi repair kete dia gak..cis,ambik kesempatan kan.hahaha.

so bergerak la 2 buah kete perodua menuju ke destinasi puncak tertinggi ooo..hehe


Viva ku..


sedang diservis baik punyaaa...

nun di atas sana...

ni kete adik aku..hahaha

aku adalah penggemar hijau yg tegar tau.sebb tu beli kete pon kaler hijau. kalo kuar kan..beli air hubby aku dah tau ambik air mineral botol pon nak hijau.haha.tp aku juga suka kaler oren,merah n kuning. so kalo beli apa2 xde choice hijau..aku cari la oren merah kuning plak:p.hehe.

dulu masa belajar pon g kuliah pakai hijau je..smpi ada org kata aku nih dah mcm kempen alam sekitar.hahaha.farah tau la..dia kata tuh trademark aku la hijau...:D

Sunday, October 25, 2009

Episod Papadom

Aku pon tak ingat la ari apa..aku n hubby kuar bersuka ria..hahaha. hari tu kitaorang rasa nak makan pizza so zasss ke pizza hut. layan gambar...


menu ni yang diorder oleh we all...


ditambah plak dengan cheese baked meatballs ni.feveret laki i tau..huhu.so jgn tanya mcman la kitaorg ni boleh membesar sehat mcm ni:p


dia tengah tengok2 order..kot2 ada nak tambah lagi:p.hahaha

Kelakar gile tau..masa aku nak snap2 pic tu kan, hahahhaha..gelak dulu.waiter datang ambik order, pastu lepas dah setle ambik order tu dia tak ambik pon buku menu tuh..katanya; eh,tak pe ambik la gambar dulu..hahaha.kiut2.malu owh aku! haaha.macam jakun je aku...hahahhaa.lepas dia datang hantar mushroom soup tu dia kata..dah siap ke lepas tu senyum2 and ambik menu list tu..cis ko! muahahaha.

Ops..kitaorang bukan keluar nak pegi makan pizza je tau..kitaorg kuar nak pegi layannnnnnnn ini....

tengok dulu resit nih:p. dah tau aku tengok movie ape?




Ye2..korang bijak! aku tengok PAPADOM.


best2..sape tak tengok memang rugi.macam nak tengok lagi sekali je..eh korang paham ke ni?? haha. gilos tetiba je terus macam syok sendiri kan! ok2...aku cakap pasal movie PAPADOM. gile best weh. nak lagi..nak lagi..sape nak belanja aku jom....

Best owh movie nih. macam nak tangok lagi sekali je. memang mabeles la afdlin shauki punya cerita nih....menusuk di kalbu..hahaha.korang yang belum tengok tu cepat2 la pegi tengok tau:)