Thursday, October 7, 2010

umpat mengumpat sesi 1

nak cerita pada orang nanti jadi umpatan pulak.
bagi cerita dalam blog je.
umpatan blog ni lebih UMPHHHH!

hahahahahahahaha.

hari ini satu episod drama berlaku lagi..
dah beberapa kali ia berlaku. tapi kami hanya memandang sepi tanpa sebarang tindakan untuk mengkantoikan heroin UTAMA. ok. Kami yang dimaksudkan adalah sebilangan manusia yang sudah mula menyedari bahawa kami telah ditipu hidup-hidup...bulat-bulat untuk meraih SIMPATI.

kami ini sudah membutakan mata dan memekakkan telinga layan si polan ni.tapi..kisah dia sungguh kelakar tahap ketawa terkencing-kencing. ok..nak tido.esok sambung!

Monday, September 27, 2010

Siap Dah!

Bukan senang kita nak senang.
Bukan payah kita nak susah.

Asal bukan miskin ilmu, asal jangan kaya dengan kesombongan..jadilah manusia yang berilmu dan merendah diri.Kita tidak mahu kalau hidup ini penuh keserabutan. Macam sekarang kepala ni berserabut dan berselirat denagn tugasan dengan keserabutan dan keletihan terlampau.hehe.

Satu hari..sangat letih. ke sana ke sini rasa diri macam robot. dikerah sepenuh keringat. habis leleh peluh ni berlimpah-limpah membanjiri kawasan ipg ni...haha

kata nak jadi cikgu sangat kan..teruskanlah! buat apa nak mengeluh-ngeluh kan.apa yang penting.USAHA! :))

esemen dah hantar satu persatu...yang dapat lagi pun satu persatu.maksudnya,esemen tak pernah putus-putus.ada je..GOOD!

Kawan-kawan semua pon dah ting tong macam aku.Tidur setakat jam 3-4 tu biasa la..esok pegi kelas mata burung hantu semuanya.....

Yang paling bagus lecterur pedagogi...dia kata kita jangan fikir pasal esemen, biar esemen yang fikir pasal kita:p.. GOOD kan!!!!!!

 jadi..janganlah kita fikir pasal esemen..marilah kita tidur dulu! 

Friday, September 3, 2010

letak tajuk sendiri.

semalam dapat satu mesej.
yang menyentuh hati dan perasaan.
meruntun jiwa dan sanubari.

dan saat ini;
rasa ingin melepaskan segala jawatan yang disandang!
biar mereka yang banyak mulut itu banyak bekerja.
sekian.

MERDEKA.

maaf..terlambat untuk publish..

biar lambat asalkan jangan langsung dilupa:p.hehe

Salam merdeka untuk semua...

Wednesday, August 18, 2010

niat salah tafsir

saya minta maaf.
saya tidak tahu kenapa niat saya disalah tafsir.

Mungkin sekali pandang;
memang nampak seperti saya yang bertanyakan.

tetapi di sini.
saya ingin beritahu hakikat..
saya juga adalah penyampai.....
penyamapai dari mereka-mereka kepada awak seorang.

tiada niat lain.hanya ingin sampaikan.hanya ingin jelaskan.
biar jelas dan terang tiada persoalan.

namun;
saya yang tertanya-tanya kini
bagaimana mahu jelaskan yang sebenar-benar????

Sunday, August 15, 2010

Penipu dan Kena Tipu

jika kamu ditipu dan kamu tahu kamu ditipu...
apa yang kamu lakukan??
paling sedih jika ditipu teman sendiri dan kita tahu kita ditipu!!!

Rasa macam nak ambik kepala dia tonjol2 kat dinding bagitau.."hei!! jangan menipu,aku tau kau sedang menipu!!! "

Persoalannya,bolehkan aku nak buat macam tu..tak sampai hati dan tidak mahu memalukan dia pula...tapi sakit telinga menahan ditipu ni..hakikatnya aku tahu dia sedang seronok menipu...isk..isk..biarlah dia serokok dan beronok-ronok dulu..tak pe,mungkin nanti dia tahu dan termalu sendiri

sudah malas sekarang  mahu bertelangah..sudah ke alam remaja dewasa..dengar dan hanya senyumm

dalam hati berkata: bijaknya kamu menipu...dah bodohnya kamu kerana kamu tidak tahu aku tahu kamu menipu!!

ok..aku tengah geram dan sedikit marah sebenarnya;
benda yang tak ada tak pelru diada-adakan..
yang tak wujud mahu juga diwujudkan
yang tidak peduli...mahu dicanang sangat peduli.

haih...mungkin tak ramai boleh memahami n3 ini..tidak apa,cukup hanya aku yang tahu!

memberi input untuk teman2..:D

contoh teks pengacara (Hari Guru) ">

Friday, August 13, 2010

Kisah dan Cerita

Bukan sekali;
bukan dua kali
bahkan berkali-kali...berkali-kali blog ini terpinggir dan sepi.

Terlalu banyak cerita
Terlalu banyak kisahnya
Terlalu ingin mencoretkan TETAPI

Hanya punya sedikit ruang
Secebis peluang untuk mentatap dan melakar cerita.
Bebaban demi bebanan.. tugasan yang tidak pernah berkesudahan;
akur menerima dapat mencerna sebuah kejayaan.

Letih usah dikira....usai pengajian ingin sahaja pergi menenang jiwa :)

hmm...masih jauh perjalanannnya..tahun depan insyaallah bertemu penyudahnya..
sudah terlalu lama belajar...belajar..belajar....

Haih..asyik menjadi pelajar...bila pula mahu menjadi pengajar?hehe.insyaallah......

di sini,lebih banyak pengalaman dan persahabatan yang dilakar.

Tapi banyak jua kedukaan di sini...

bukan mudah berjauhan dengan tersayang
terutama tika menempuh saat-saat kesusahan.

Bersendirian di sini dalam kesusahan sangat menghimpit jiwa dan menghiris kalbu.

tiada bahu yang dihulurkan tika mahu dihumbankan wajah duka ini,
tiada tangan yang ada untuk mengesat air mata yang berjujuran.

Saat ini rindu itu benar-benar menikam kalbu..sakit dan pedih!

Thursday, August 5, 2010

kutinggal sepi..

blog ini ditinggal sepi seberapa ketika..bukan tidak pernah menjengah cuma aku cuma lihat dengan ekor mata dan dipandang sepi.hilang nafsu untuk mencoret di blog ini..mungkin kerana kesibukan dunia yang mengejar saban waktu.

tapi kini cuba untuk memurnikan kembali blog ini menjadi lebih berilmiah...akan diupload nota2..insyaAllah...

semakin hari semakin mengenal diri...semakin tahu hakikat hidup..semakin tahu siapa perlu disayangi dan siapa pula perlu dibenci...

Wednesday, July 28, 2010

Saturday, June 19, 2010

Tadaaa....

Aku telah tukar layout baru dengan azam baru nak update blog.
cewah2..yeke.tunggu la tengok macammana ka.
banyak benda nak cerita cuma kemalasan menaip melampaui segalanya. nak update pasal g hatyai pun belum lagi...ngeh,...ngeh..dah lama berjanji kan.

baru2 ni ada pergi ke jakarta dan bandung. insyaAllah akan update jugak.ehe.
tapi ntah bila la kan...berzaman kot tggu aku nak update. kira malam ni ada mood sikit.
takpelah...aku anggap blog ni sebagai medan aku bercerita je. so takde la paksaan harus update setiap hari ke apa ke kan.hehe.

rasa nak berblog..so go on..rasa macam malas..ya udah..tak perlu memaksa diri untuk berblog.kan.

ok..next time update lagi. nak teman hubby pergi cari roti tisu dia..mau layan world cup makan roti tisu.

rinduuuuuuuuuuuuuu gila nak berblog..banyak cerita nak dikongsi.

Tuesday, March 30, 2010

ESQ - Demi Matahari-

pagi tadi sambil mengemas rumah aku bukak TV3. and aku terdengar pasal ESQ.pengalaman seorang remaja yang pernah mengikuti training ESQ for kids punya la..

hmm..tetiba rasa rindu nak join and recharges semula. haih..rindu geng2 ESQ angkatan 43 KL.

Demi Matahari -Snada- nasyid yang benar2 meruntun hati.

Lirik :-

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengelilingi
Demi siang hati bila ia menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi dan yang ada di seluruh hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, subhanallah....Allah,Subhanallah
Allah,subhanallah....Allah,Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya....Subhanallah.

Monday, March 29, 2010

ibuiwani vs blogger

wow...ibuiwani dah ada blog sendiri ye.senyap2 saja dah ada blog. Dalam sibuk2 pun sempat noh berblog:p.ehe.

rasa macam baru lagi jadi blogger coz tak banyak n3 pun yang ada.takpa2.nanti makin hari makin banyak la tu.eh..ibuiwani kan due bulan depan..ada masa ke nak update blog nanti.haha.

welcome ibuiwani dalam dunia blogging ni...

Friday, March 26, 2010

weh..blog ni masih wujud....

Hahahaha....gelak terguling2. tak aku sangka kan blog aku masih "wujud" lagi.
apakah?? lama gila tak hapdet kan. ok..meh aku kongsikan dengan korang ye 'alasan' yang aku tak dapat nak hapdet blog.

dulu2 u all;
i nih diterima menjadi reporter di **********. ok. so u all tentu paham kan. cewah nak u all paham plak kan. menjadi seorang reporter adalah sangat bz. sibuk mengambil tahu semua hal.haha.

Now;
aku dah resign.

Lepas ni maybe aku ada sedikit ruang dan masa untuk terus mencoret dan melakar kisah hidupku di sini.

Now;
aku telah bekerja mendidik manusia menjadi manusia..hah! macamana tu? u all paham ke.ehe.

Gambar adalah tiada kena mengena dengan entri. Gambar ni sebagai hint untuk entry nanti..haha. percutian ke Hatyai ang Songkhla :p. kira 2nd honeymoon lor.hehe("_")