Friday, April 3, 2009

:-Tangisan Hatiku-:

Benar..benar dan sesungguhnya benar;

Aku ini sedang kecewa
Atas sikap kau..kau dan kau..
Kecewa..kecewa dan kecewa!
Hanya itu yang mampu kuungkap
Datangmu kepadaku tika dan saat kesusahanmu
Tika kau mahu rebah;
Kau hulurkan tangan
Dan
Tidak pernah tidak disambut!

Pasti kugenggam erat jemarimu untuk kucerna semangat kepadamu
Tapi sahabat..ini balasnya kau kepadaku?
Hamparkan aku relung-relung berliku ini
Sungguh tidak aku mengerti!
Kau..kau dan kau.

Ya..hanya kau seorang!
Telah menghancurlumat hati ini
Menghiris dalam luka ini
Entah bila akan sembuh
Aku tidak tahu.

Dan kau yang bernama sahabat,
Sayangi..hargai dan sering berterima kasih pada teman anda itu.
Kerana bila namanya seorang sahabat;
Sekali dia terluka..hirisannya sungguh berbisa.
Luka itu boleh sembuh..tapi parutnya???
Mungkin kekal sampai bila-bila.

Terima kasih pada kau yang bernama teman itu
Telah mengajar aku untuk lebih matang menilai
Siapa kawan..siapa teman dan siapa sahabat
Baru kutahu apa bedanya..

Hati aku yang hancur ini..yang luluh dan runtuh ini;
Hanya dia..yang kutip serpihan hati..yang cantum kembali dan binakan hati yang baru
Setelah aku kecewa dengan kau bernama sahabat
Hanya dia..hanya dia yang datang memimpin.
Terima kasih sayang tiupkan aku kembali angin semangat baru!

Tika dan saat begini.....
Hmmmm......

*Tangis Kecewa*

Sungguh benar aku sangat kecewa dengan seorang bernama sahabat itu!

Thursday, April 2, 2009

Cerita2 penglipur lara

Menghukumi orang tanpa usul periksa, itu menzalimi namanya!

Hehehe.mula2 lagi dah macam mood mengamuk.hahaha.aku memang suka mengamuk.mengamuk itu memang hobi aku.*ketawa dengan sangat gembira*

Kau..ye..kau la. sapa lagi?? kamu itu yang sedang membaca itu? yes!! u!

Apakah makna sahabat untuk kamu?
apakah makna kawan untuk kamu?
apakah makna teman untuk kamu?

apa..apa dan apakah?

Kenapa? saja aku mahu tahu. mahu menilai erti persahabatan buatmu.
saja..saja dan saja.

Eh napa plak ko nk marah? suka hati aku la blog aku. nak tulis apa aku punya suka!

Adeh..mengamuk lagi.. kan aku dah kata itu HOBI.*wink*

sudah bah,,sudah amuk...una kata amuk itu cepat tua.agagagaga.okeh.tak mahu mengamuk lagi...hahahaha.

tadi aku pegi jCard kat JJ equine tu. Bershoping moping di situ. aku beli handbag baru lagik. jgn jeles u..hahahaha.sempat ar sambar sejenis dua barang time happy hour itu.hehehe.

Aku suka 1 handbag itu.carlo rino.rm100 after sale. sgt cantik.kecil molek.elok dibawa ke majlis kenduri kendara.hahaha.kiut miut la bole kata.aku pegang then ada la sorg amoi itu pun suka itu handbag.aku nk beli dah out of bajet da time itu. so dengan penuh perasaan dengki aku bawa handbag itu jalan merata-rata dulu.hahahaha.dah siap pusing2 tgk itu amoi tak ada, aku letak la blk kat bawah2..dalam2..tak nak orang ambik. punya la syaitan duk hasut time itu. elok je aku letak n blah dr ctu..si amoi tadi terus ambik g buat bil. rupanya dia asyik follow aku sajoo..hahaha. kompem dia bermaki-makian terhdp aku. terima kasih amoi...dapat blk pahala setalah aku berbuat dosa....hahaha!


Cerita penglipur lara kedua....

ala..story mory ni kena sensored sikit la. nanti en.syafiq tau plak.huhuhu.

ermm..sekarang kat umah aku kat kg sana..itu kedah mali arrr..parent aku dapat sorg anak angkat. itu ensem punya olang ar..itu PTD ar. dtg mau bikin apa projek aku tatau n aku xmo pun ambik tau.2 minggu maa dia lepak itu rumah aku. adusss..rugi aku tak da kat umah *senyum gatal*. aku call eisya (anak sedara aku umo 7 thn ok)ptg tadi borak2 kosong sajoo..then nk letak itu phone dia bilang sama aku arr..teh itu abg encem ar ada oooo..hahahaha.see..anak sedara n mak sedara punya sama kegatalan.hahahaha. ampun en.syafiq! gatal2 sementara sajoo.hahahaha.

...smile and be grateful...

Aku terima 1 email dari sahabatku.Benar2 menyentuh hati pada tika dan saat ini...thanks Azra sudi kongsi email tu. Benar buat aku rasa untuk berfikir...mengapa perlu kusutkan minda dengan segala bagai.


Yes...



Happiness is reachable, no matter how long it lasts .
We should stop making our lives complicated.


Life is short
Break the rules
forgive quickly
love truly
laugh constantly
And never stop smiling
no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.


Kepada seseorang itu;
Aku telah melupakan..tidak apa.
Biarkan saja..rajukku sudah diubati
And again;
We should stop making our lives complicated.

Wednesday, April 1, 2009

.N3 Ini Tiada Tajuk.

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Banyak benar urusan duniawi yang harus dilaksanakan.
Dan;
telah banyak benar janji yang aku mungkiri atas dasar kesibukan ini.

Hmm..apakah benar2 aku sibuk atau hanya buat2 sibuk untuk melupakan sesuatu?
Haih..sukar benar untuk mentafsir. Apa kau susah. Jangan fikir2. Jika aku bilang aku sibuk. Ya, benar aku amat sibuk. Usah berfikir bermacam cerita.Kelak negatif saja yang kau cerna dari mindamu.

Kekalutan kesibukan ini bukan aku seorang yang miliki. Malah,beribu2 manusia lain. Banyak benar urusan yang harus..patut...wajib dilaksana.Sungguh! banyak benar.

Bermula dengan satu..dua..akhirnya urusan itu tak pernah surut. Sering kunjung tiba.
Tika ini tiada siapa2 penting bagi aku. Yang penting uruskan urusan2 penting dulu. Itu lebih penting.

Oh..tidak! aku bukan anak derhaka. Sesibuk mana pun aku. Ibu bapa itu utama.*Senyum*. Itu urusan yang tersangat penting.

Letak dan ambil.Ambil dan taip.Itu urusanku seharian.Mungkin kalau laptop ini bisa berbicara.Aduh..banyak benar rungutannya.

Tolong jangan biarkan aku kepanasan begini lama2.
Biarkan aku berehat barang seminit dua.
Usah ditekan2 lagi keyboard itu.Aku sudah sakit.

Mungkin itu keluhan laptopku ini....

Tak pernah berhenti barang sehari. 24 jam itu. Mungkin rehatnya hanya 30 minit cuma.

Aku sendiri telah benar2 letih...

Letih dalam kesibukan duniawi ini.