Friday, August 30, 2013

::tiada tajuk::




Bukan sekejap...4 tahun menanti.masih belum punya rezeki untuk ku timang cahayamata sendiri.
redha,pasrah...


Tuesday, October 9, 2012

::senyum::






Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.
Berusaha sehabis daya...
Berdoa tanpa putus...
Berharap tanpa henti...
Bersyukur apapun yang dapat..
Berserah dan redha segala kemungkinan!

Ok..sebenarnya tengah dalam mood menyiapkan assingment ni.hehe.macam2 thesis dan kajian yang dibaca.menarik dan tertarik.hehe.

Hari ni masak Mee Goreng Udang Galah...wallahhh..sedappp;p.
udang galah yang dibeli rakan sekerja yang memeriksa kertas peperiksaan di Teluk Intan..memang asyikkk..nyum2.

Kenyang sampai malam..haha..balik sekolah usai solat terus masuk dapur masak. memang plan nak simpan sampai malam sebab lunch sorang2 je...mr.syafiq membz diri ke stadium.

Esok memang tak main masak2 dah..tuisyen sampai jam 6 petang. even tuisyen kat rumah sendiri....nak minum air pon tak sempat ok.hehe.

Ok..nak continue menggoreng esemen....




Tuesday, October 2, 2012

Resepi Popia Sambal Mabeles







Bahan:-

Kulit popia secukupnya (saya guna 1 paket habis)
minyak utuk menggoreng
sedikit tepung gandum (saya guna 1 sudu besar)
sedikit air (agak2 untuk pekatkan tepung)

Inti Popia:-

Udang (letak suka hati,xtau berapa gram ke apa ke.huhu) – hiris halus2
1 batang carrot – potong halus2
1 mangkuk kobis – hiris  halus2
kacang panjang  (saya letak dalam 6 batang) - potong halus
cili merah(saya masukkan sikit saja,dalam 2batang) - potong halus2
1 labu bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang
sedikit minyak (mmg letak sikit sangat dalam 1 sudu ke)
garam

Cara Membuat:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan air sayur yang digoreng tadi turun. Ambil kulit popia dan letak intinya. Gulung,ala macam buat kuih ketayap.Gam hujung dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.pastikan minyak betul2 panas baru umphhh….

Bahan Sos :-
(agakan je ni..pandai2 bajet sendiri)
2 sudu besar cili mesin
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
 Minyak agak2 ye
Garam

Letak bijan…SIAP!!

Resepi ni adalah adunan dan campuran hasil daripada tengok blog orang lain,Tanya orang dan eksperimen sendiri.hehe.jadi ini adalah hasil selepas kajian.haha.cuba la…pasti menjadi;)

Sunday, September 23, 2012

welcome back!


dah lama tak menjengah blog bersawang ni.no idea.bila buka je ras malas nak menulis.hehe.dont know why.maybe sebab skrg ni malas sikit nak ambil gambar kot;p.
              

even encik suami dah belikan gajet baru pon stilll malas jugak nak update.tapi malam ni rasa macam nak active semula blogging...kali ni nak bercerita pasal resepi.since dah 3 tahun melayari kehidupan as a wife,banyak...terlalu banyak yang sy belajar..terutama bab masakan...hehe.dulu zaman anak dara bergetah serius taktau masak langsung...SEBAB semuanya dah pasti siap terhidang depan mata.nak apa sebut dan memberi arahan saja.keji kan!,hahaha. tapi alhamdulillah..sekarang orang sebut apa insyaallah sy akan buatkan;p.

syhhh....nak buka rahsia,dulu masa mula2 kahwin sy beli buku resepi dan call mak dan kakak setiap kali nak masak.every single min call sampailah siap makanan tu.hehe.tu duluuuuu.....sekarang kakak yang tanya.."eh,macamana nak buat resepi ni" *sigh*

hubby pernah cakap..taktahu tak apa.yang penting kemahuan untuk belajar.banyak sangat belajar.alhamdulillah sekrang dah tak malu masak untuk orang ramai makan.time raya mak dah bagi lesen untuk siapkan rendang.sukaaaaa:))

sy tanya hubby setiap kali lepas masak...lulus atau tak..sekarang dia dah puji dan cakap jujur...katanya masa mula2 kawen memang tak sedap tapi nak jaga hati...TERpaksa cakap seap.hahaha.

seronok bila kita masak orang happy menikmatinya...yang penting mak mentua sy pesan..masaklah dari jiwa...ikhlaskan hati..semuanya akan menjadi sedap..

Sunday, April 29, 2012

erti kesibukan


sibuk itu kita yang menguruskan atau sibuk itu yang mengejar kita?!
ye..sekarang sedang melalui fasa kesibukan yang bukan sedikit.juga bukanlah terlalu banyak.
cumanya terlalu banyak tuntutan di luar jangkaan.

minggu ini weekend dipenuhi dengan membawa ibu dan ayah yang memerlukan rawatan susulan. dalam kesibukan itu lari pula ke isu hartanah. meninjau kawasan perumahan yang sedang dibangunkan dan meninjau dedaun getah berhijau yang tidak bertuan.hanya sedikit masa itu aku berlari berkejaran ke sana sini.

tiba malam, baru aku sedar..ohh hari kesiangan penuh kesibukan!

kalian, aku bingung! awalnya pemaju perumahan hanya letakkan harga rumah RM 200k..tapi bukan rezeki saya maka dapatlah pada pihak lain.tapi pihak itu ingin menjualnya semula.saya dengan riang gembira terus pergi meninjau lokasi dan menetapkan perjumpaan.yelah..bukan selalu dapat pulang ke kedah jalapang padi. alih-alih dari RM200k, dia naikkan ke RM299k....OMG! dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja. hmm...puas berfikir..rumah yang cantik dan lokasi yang menarik.tapi berbaloikah bila kita tahu harga sebenar rumah kan?

aduii..hati suka.tapi berbelah bahagi sekarang.huhu.

tapi dalam sibuk,minggu ini minggu bahagia:). 

sang suami yang selalu menjenguk blog yang bersawang isterimu ini;
terima kasih!  :))




Thursday, March 29, 2012

Menulis Bila Mood Menjengah~~

hehe..

tengok tajuk pun dah tau kan..lama menghilang.lama sungguh menyepi.malas nak update entry baru. whyy???
entah la..tetiba rasa macam taknak berkongsi semua rasa pada semua orang..hehe..boleh macamtu;p.


actually;sekrang ni adalah musim membusykan diri..banyak sungguh kerja.tapi semua kerja yang kena buat ni semua enjoy..sebab minat.ye!!jika minat semua boleh!yakin boleh..malaysia boleh!!






walaupun terpaksa berpanas menjadi dayang senandung..saya enjoy menjadi hakim penamat MSS selama 1weeks.


walaupun setiap hari 2jam saya akan melatih murid syarahan~~ melatih sebutan..intonasi...bukan senang jugak ya nak melatih bukan melayu untuk bersyarah dalam bahasa melayu...TAPI saya enjoy sebab saya memang minat berpidato..

walaupun macam-macam saya kena buat kat sekolah..saya enjoy..SEBAB saya memang suka menjadi seorang guru!

jadi saya tak rasa kerja-kerja ini sebagai satu bebanan...alhamdulillah.
semoga sampai bila-bila selagi khidmat diperlukan saya akan rasa enjoy dengan kerja saya.

hmm...sebenarnya sekarang saya sedang memilih Uni yang the best untuk saya.hehe.saya dalam proses untuk sambung belajar lagi.dah 2-3 Uni yang saya call..but still not decide yet..which 1 yg menjadi pilihan...April adalah ambilan seterusnya.so kena cepat2 decide ni..ikutkan my hubby dia cakap go 2 USM je..lebih dekat..senang..me pula lebih prefer pada UM or UPSI.hehe. mana ek yang rasa better for me as a teacher..and more important PJJ punya programme;)

Thursday, December 8, 2011

packing

yes!yes!yes!
nak pegi bercuti lagi.kali ni destimasi ke Tianjin-Beijing.
Flight 16/11/2011 jam 8.30 pagi.pegi ber5.

barang semua dah hampir siap packing.haha.awal gila kan.
macamni ceritanya;
esok nak gerak balik kg.dr kg terus ke KL.kitaorg gerak ke KL 14hb..lepak2 umah auntie2 kat sana dulu.hehe.
dari sana terus ke beijing.sebab tu la packing awal2..maksudnya esok dah start travel..merata2..hehe.