Friday, August 12, 2011

Cik Zaliya~~~uolls;p


Berbuka di luar lagi..hehe..kali ni memenuhi keinginan Fadli la ni.kesian dia berbuka sorang2.so mr.syafiq setuju la berbuka sama2 kan.ni ramadhan 11 .kira semalam la kan.miss tarawih lagi:(.


uolls..bangga i tau..dorang call book for 3 pax kan.opkos la my name kan yang book tu.huh! sekali..............


CIK uolls...CIK tu.sila jangan dengki di situ;p


kali ni ke Marina Island lagi.Best Western Hotel.suka makanan kat situ.kali ni pergi dah lain sikit.
hari tu pergi tempat makan dalam dewan..just makanan kat luar tepi pantai tu..


kali ni memang best.meja kitaorang direservedkan betul2 tepi swimming poll.dah tu plak depannya pantai ada pokok kelapa.bila malam menjelang tiba,nampak pula bulan yang catik di situ.romantik habis la;p


makanan ada tambahan,hair tu takda aiskrim.sekarang makan la sampai kembung aiskrim tu.bermacam perisa.isk..teringat2 la pulak ni.hehe.


jom layan gambar..................


Stall2 makanan di belakang tuan tanah.nampak tak,betul2 tepi swimming pool:)


belakang stall tu la laut..erkk..pantai..memang sangat best la environment kat sini..tenang dan mendamaikan:)


stall2 yang meriah dengan tema Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah! best!


tema dia best tau.kelakar pon ada.ehe.ada gerai pak jabit.ada gerai muthu.gerai pak jabit if tak silap sediakn laksa.gerai pak mail ada sate.ha..macam tu la..macam2 gerai ada..


kan sini konsep BBQ,chinese food,western,indian food and malay food.pendek kata 1Malaysia la menu dia.berbaloi2 la makan:D.


Oh..lupa plak n3 hari tu nak bagitau price dia kan.. Hmm..kat sini RM35/pax...total kitaorang ber2 RM105.okla..sama je denga Teluk Batik Resort tu.


lepas solat maghrib,kitaorang sambung makan:)


buah-buahan disalut cekelat;p

cer teka apa ni????
okla..okla...tak korang tertanya-tanya kan.ni ikan terubuk bakar..makan sikit je..kan banyak tulang.saya bukan rajin nak mengasingkan tulang ye anak2...huhu.


menu feveret: LAMB.blackpaper tu.
brocoli! yummy!ada sos ketam di situ:)
dessert saya! asikrim macam2 perisa.haha.letak sedikit kismis dan topping choc n straberi.best!

hmm...bila nak buat n3 masakan rumah ni ek..haha.asyik n3 makan kat luar je kan.hehe.later2 me siapkan ye n3 berbuka di rumah.


minggu ni turn balik berbuka di Kedah.yeay! lepas sembahyang jumaat nanti bergerak balik. and now sambil2 update blog tengah siapkan puding jelly untuk dibawa pulang.hehe.


oklah..nanti sambung lagi.nak pegi tengok puding jelly straberi+green apple atas dapur kejap;p

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan pertama tanpa nenda

gambar kabur:cilok dari FB dikmie.

gambar tu diambil dari FB dikmie.sungguh tersentuh hati bila tengok gambar ni.RINDU.hanya itu yang mampu aku katakan saat ini.

itu adalah gambar allahyarhamah nenda kami..yang telah pergi meninggalkan kami pada tanggal 23 Mac 2011.nenda yang paling memahami.yang sentiasa sarat dengan nasihat dan teguran, pandangan dan penuh kasih sayang.

Sebulan nenda terlantar sakit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu maghrib 23 mac tu.dalam tempoh sebulan itu,alhamdulillah aku berkesempatan menjaganya walaupon detik itu dia dalam keaadaan koma.

masih aku ingat seminggu sebelum nenda sakit dan disahkan koma, nenda ada menghubungiku..cuma bertanya khabar dan seperti biasa dia suka benar berjenaka dengannyaku!sungguh saat menaip ini air mata berjujuran jatuh!sungguh aku rindu!

Masa tu aku masih di Melaka,terlalu banyak kekangan..tambahan pula waktu tu aku sedanag menjalani praktikum.tapi semua itu aku harungi..mujur juga ada teman yang baik dan memahami.

Satu hari,ketika mendapat panggilan menyatakan nenda telah tenat.aku menangis mahu pulan.ada pula tika tu seorang teman berkata : ala,nenek je pun.....

mereka tidak tahu..sejak aku dilahirkan sehingga usiaku menginjak 27 tahun ini aku membesar dengan kasih sayang yang tidak terperi dari seorang NENEK itu!

dan..sehingga kini..sampai bila-bila pon kata-kata itu akan terus aku ingat!

kemesraan,rapatnya kami hanya kami yang tahu. betapa seorang nenda itu penting dalam hidupku.ahli keluarga kami sememangnya mempunyai ikatan keluarga yang rapat.sangat rapat!

ramadhan ini...ramadhan pertama tanpanya:(.terasa sungguh,apatah lagi saat aku pulang ke kampung kelak.memang akan lebih terasa kehilangannya.

bukan hanya kami,tapi masyarakta di Pondok Ahmadiah turut terasa kehilangannya.nenda suka membantu,peramah dan sangat baik hati.beliau mengabdikan diri sepenuhnya pada Ilahi justeru dia memilih untuk menetap di pondok itu bagi lebih mendalami ilmu agama.....seminggu sekali dia akan pulang ke rumah kami..

nenda yang kami kasihi,
semoga kau tenang di sana...ditempatkan dalam kalangan golongan terpilih oleh Allah S.W.T.Al-Fatihah~~~



"Sudah ditakdirkan kau pergi dulu... Disaat kau masih di perlukan...Tuhan lebih menyayangi dirimu... Ku pasrah diatas kehendak Yang Esa... YA ALLAH... tempatkannya ditempat yang mulia...Tempat yang DIKAU janjikan nikmat untuk hambaMu.. Nendaku.. akan kuteruskan perjuangan ini.. Walau ku tahu kau tiada disisi..."
panjang pulak n3 kali ni ye..maaflah!

Wednesday, August 10, 2011

Manisnya kurma itu~~~~


Ok..cerita pasal makan lagi.maaf la kalau buat korang semua rasa terliur.hehe;p.

Dah tak ingat puasa ke berapa,kitaorang berbuka dekat TCRS....~~bukan sekadar nasi ayam~~

Mula-mula ingat nak pergi manjung kejap je sebab nak uruskan pasal cek semua. Sekali dengan jalan jammed,kitaorang sampai dah dekat kul 6 kat Eon Bank tu.
Setel masukkan cek semua, kitaorang decide nak berbuka kat luar jelah...if balik pon memang tak sempat.atee....belum masak kan;p.

Masing2 taknak decide nak makan kat mana. haha.kelakar gila...

aku kata la kat mr.syafiq:u pilih la nak makan kat mana..i ikut je.*aku ni memang jenis tak kisah* mana-mana pon aku tetap berselera nak makan.hehe.

Alih-alih dia pulak suruh aku pilih:erm...u la yang pilih nak makan kat mana..i tak kisah.kali ni i nak u yang pilih.

Alamak!! masalah ni sebab kalau boleh semua aku nak makan kan! miahaha~~~

tengok jam dah kul 6.30 tapi nak makan kat mana pun taktau kan..kitaorang gerak pergi tesco.ingat nak beli rotiboy and each a cup kat situ ;)

masuk ke tesco...WAHHHHH.... ada THE CHICKEN RICE SHOP~~~bukan sekadar nasi ayam~~~

masa ni aku ternampak-nampak pai tee melambai2 aku..sedapppppnya!

so ke TCRS la kami:D

Pai Tee yang melambai-lambai

bulan ramadhan ni ada set untuk berbuka.so ambik yang itu.ada juice kurma....wahhh nice kan.heavan la minum jus kurma sejuk2..manisnya kurma itu!

yeay!juice manisnya kurma itu sudah sampai
sedap la juice tu terasa-rasa di anak tekak lagi ni..hmmm...cepatlah berbuka..walaupun hari ni takde juice kurma ni....:(


set ramadhan ni ada rendang ayam.for ayam pulak kitaorang pilih roasted chicken.lain2 tu macam menu biasa la..kitaorang tambah assam pedas fish pulak lag.memang menyelerakan la:)

lastly,korang ngadap la muka tuan tanah yang tengah menahan nafsu lapar dan dahaga;p.


The Sims 3

Dulu sebelum kawen memang ingat dah takde masa nak main the sims dah kan.
Yelah fikir2 mana ada masa kan.taktau macammana keadaan lepas kawen tu kan.;p
memang lepas kawen stop main sims...rasa macam takde masa
TAPI kan bila masuk KPLI...ada masa la kot ek..boleh terjebak kembali.haha.

Sebelum tu mr.syafiq memang ada belikan sims 3 yang latest untuk aku. konon aku nak simpan buat koleksi jelah kan.sekali ketagihan bermain kembali lagi.


sekarang ni takde benda nak buat..tunggu posting pon lambat lagi maka.....

inilah family baru aku..miahahaha


rumah bawah ye kawan2..aku buat siap swimming pool.


bahagian atas rumah family Ezairy!
bahagian atas tu aku buat 1 bilik tidur je..living hall and study room:D. kali ni aku nak family ni yang cemerlang semua..masing2 mengejar cita2:D

Aku penuhkan dulu skill parent ni biat mastered..baru aku try on baby! haha.masa sims 2 dulu aku penah buat sims gay.haha.sadis kan.gile betul la!

oh..sims aku pada mulanya tidak bekerja.....macamna bole kaya???

aku curi!!!

aku guna motherlode sebab aku suka design rumah je..hahaha;p.skali motherlode aku dapat curi 100k..pheww

if korang bukan peminat setia the sims mesti korang tak faham.so marilah bersama bermain sims;p

Tuesday, August 9, 2011

Mari Kita Makan Moreh!

Dulu-dulu kan masa kat kampung time kanak-kanak
Suka sangat tungggu moreh...
korang tau tak moreh?? ala makan-makan after tarawih tu;p.
suka sangat..hehe


rindu zaman makan moreh kat surau kampung.
sekarang dah takde semua tu.masing-masing lepas solat je terus balik rumah.ermm....
so now nak mengimbau memori la konon....
maka kami rakyat malaysia..........



steamboat @ johnny's restaurant
Ya...kami ke JOHNNY'S untuk moreh...yeay!!

kalau korang nak tau kitaorang lakibini  dua2 gila steamboat. if pergi johnny's kitaorang akan ambik sup ayam.sebab nak sos dia yang sedap tu;p

bila dapat sos tu terus tuang dalam periuk yang sedang mendidih then panggil waiter topup sos.haha.buruk perangai kan!

sos kegilaan kami!
anda bagaimana????;p

set yang kitaorang ambik.tiap kali pergi johnny's set ni je pon yang ambik;p 
kenyang sampai kembong!
suci..belum dinodai sos
beefball menyelam dalam sup..yummy!
Santapan saya:D
erk..alhamdulillah kenyang:D. boleh balik tidur dengan gembira...hehe. tapi kan kalo nak moreh macam ni waktu berbuka ala kadar jelah ek.nanti kang....perut membengkak kenyang;p.haha

selamat bermoreh :)

Monday, August 8, 2011

Resepi Puding Karamel



Beberapa hari lepas tekak ni terasa nak sangat makan puding karamel. 
Hari sabtu lepas balik Ipoh so ajak la mr.syafiq pegi bazar ramadhan.dalam berpuluh gerai tu..1 je yang jual puding karamel ni.aku pon minta mr.syafiq beli la.

mr.syafiq:kak,1 berapa ni.
kakakpenjual:RM1.50 dik
mr.syafiq:ok..bagi 3.

**mata aku melihat2 puding tu DAN....
zaliyacerewet:eh kak..bagi 2 jelah!!
kakakpenjual:hah?? *muka konpius* 
zaliyacerewet:2 je!!
kakakpenjual:ok! *sambil mata memandang mr.syafiq.

hahahaha....Nak tau kenape aku suruh beli 2 je..nasib 2 kalo aku cancel taknak beli terus??huhu

Sebabnya;
bila kakaksipenjual tu pegang puding tu..mak aiii aku nampak keras gila! dah tu langsng xde gula hangusnya! hmmm...mcmna la nak makan kan.

Beli 2 ketul tu pon satu je habis....

so...demi tekak yang meminta-minta dan kebosanan yang melanda....aku pon mula merekacipta resepi puding karamel.
google resepi dan campuradukkan setiap resepi maka terhasillah resepi aku.hahaha;p
RESEPI PUDING KARAMEL ZALIYA

Karamel

5 Sudu Besar Gula Pasir
1 1/2 Sudu Besar Air

Cara-cara

Masukkan gula dan ke dalam periuk.masak hingga keperangan.siap! masukkan dalam loyang.biarkan sebentar. Beralih pula untuk membuat puding;p

Puding

Telur 5 biji
Beberapa titisan esen vanilla
Susu Cair/fresh milk (400ml)
Sedikit susu pekat (2 sudu)
5 Sudu Besar Gula pasir

Cara-cara

Kisarkan telur bersama gula dan susu pekat (blender la ye).
Sesudah blender masukkan dalam mangkuk.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanilla..panaskan.kacau2 ye.jangan sampai mendidih.
Setelah itu,ambil susu tadi lalu curahkan ke dalam mangkuk yang mengandungi telur itu sedikit demi sedikit.kacau2 gaul rata. 
Then,tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi (gula hangus).
Lalu,kukuskan selama 30minit.

Maka..inilah hasilnya........................... 


maaf di atas kecatatan di hujung sinun.akibat gelojoh dan rakus!huhu




Sunday, August 7, 2011

Marina Island Resort


Ramadhan 5 : Berbuka di Best Wertern Hotel, Marina Island Resort.Kami pergi 6 orang. dan seperti biasa aku satu2nya kaum hawa.aihhh...nasib2.tapi ada aku kisah!!makan tetap maintain sama.haha.berpinggan2.bercawan2.bertingkat2.hehe

tapi sayang sungguh aku tak snap pic semua makanan tu sebab malu pada jejaka2 seangkatan.nanti dikatakan apekah meroyannya bini si mr.syafiq ni asyik ambil gambar makanan je kan.hehe. nanti gambar makanan di Teluk Batik Resort aku akan updated! hehe.
Memang best la berbuka kali ni..kitaorg group last yang keluar kot.hehe.lepas solat je sambung makan lagi..sampai pusing2 eh semua orang dag takde.hehe.tapi mr.syafiq hanya makan buah-buahan.apekah??huhu..saya taknak gemoks sorang2.hehe;p

aku if buffet memang la tak ambik nasi kan..biarla ada nasi hujan panas bagai pon.memang tak ambik sebab nasi cepat kenyang.aku makan lasagna.lain-lain aku just makan brocoli..nyum2...sedap betul brocoli tuh.makan dengan sos ketam.memang yummy!air oren juice.sate ayam 3 cucuk.daging 3 cucuk.lamb berkeping-keping.haha.


 
pic dari pakcik google.

Lamb dia sungguh la mengasyikkan..black paper dia terasa-rasa sampai sekarang.yummy!