Friday, March 20, 2009

Jika mau org menghormati..hormati dirimu sendiri dulu!

Hmmm...aku tak pasti la apa sebenarnya yang selalu manusia ini fikirkan.oh, manusia ini adalah seseorang yang tak perlu aku jelaskan siapa dia. Biarlah siapa pun dia..tak perlu aku nyatakan di sini.

Kalau manusia itu mahu orang lain menghormatinya, aku rasa dia perlu lebih menghormati diri sendiri. Aku harap dia berfikir dan bertindak sematang usianya.

Wednesday, March 18, 2009

.Aku Yang Nervous.

Hahahaha..esok aku present paper kat pnb darby park. So demam yang aku alami selama 2-3 hari ni adalah demam cuak.hahahaha.

Apakah ini???huhuhu.Macam tak pernah present kan? Tapi korang tau tak..presenter kali ni semua para profesional.Aku tengok pun dah rasa nak cirit birit.adus!!Alkisahnya tadi 1st day untuk seminar e-com nie. Aku pun attend seperti biasa. As usual, aku hanya pikikan makanan yang best2 jek nanti.

Sekali gedebab!!! macam kelapa jatuh atas kepala bila tengok presenter yang 1 sesi ngan aku. Aduiyaiiii...dato-dato,datin-datin,tuan-tuan,puan-puan..eh..tidak dilupakan puan sri.sila dengar ya..

Semuanya adalah profesor2...doktorat2...
Wah..bikin aku pusing nih. Nanti present aku tak leh kelentong bebanyak..kang dorang tau la.hehehe.Field dorang kan...kuang3

Tapi tak pe..setiap jalan yang ada halangan pasti ada jalan penyelesaiannya jugak!
Aku sangat cuba berpiki positif ok!! hahaha

Eh..apa kejadahnya aku tulis benda2 ni kan...
cakap tak cuak...piki optimis konon.hahaha

Kesimpulannya...post aku kali ni mengarut-ngarut sebab aku tgh cuak nak menghadapi persoalan2 yang bakal menerjah esok!

Tuesday, March 17, 2009

.Berikan Aku Sedikit Ruang.




Aku tidak pernah dan tidak mahu meminta lebih-lebih. Cuma berikan aku sedikit ruang dalam kesibukannya. Aku juga seperti mereka, malah aku lebih memerlukanmu dari mereka itu. Tapi dalam 10 waktumu, hanya sukunya saja untukku.

Nah..aku ingin soalkan! Siapa aku ini di hatimu????

Payah..cukup payah untuk berkomunikasi. Seringkali waktu itu lari.Seolah tidak mengizinkan. Bila saat diperlukan..mana kamu? Tiada. Entah di mana-mana sibuk dengan kerjayamu.

Saat aku dalam kesulitan mahu bertanyakan...tak pernah kamu ada.Tak pernah mahu bertanya: apa yang kamu lakukan hari ini sayang???? ada apa masalah yang bisa kubantu?

Tidak.tidak pernah ada. Kumamah dan kutelan segala kepahitan in.

Aku tidak pernah dan tidak mahu meminta lebih. Cuma berikan aku sedikit waktumu...

Biarpun hanya picisan waktu..aku masih tetap di situ untuk menerima.

Monday, March 16, 2009

_.Satu Cerita._

Bukan semua hal perlu diceritakan. Bukan semua hal boleh dikongsikan. setengah-setengah hal itu kadang kala perlu disimpan sendiri.

Ikat diam-diam di mana-mana sudut pun. Usah dicanang sebuah cerita biar suka atau duka. Simpulkan ia bersama sehingga mati.

sesetengah hal hanya perlu bercerita kepada kepada seseorang saja. Dan hanya sesetengah hal boleh bercerita kepada sesiapa saja. Bukan semua orang dan semua perkara perlu dikongsi dan perlu diambil tahu. Tidak! Bukan semua.Itu perlu kamu ambil tahu.

Manusia ini tafsirannya berbeza. Bila kita tersenyum mendengar celotehnya; dikatanya kita sedang mengejeknya. Sedangkan hakikat kita mengagumi kepetahannya.

Ya..kan sudah aku bilang. Manusia ini berbeza tafsirannya. Takkan pernah sama. Cuma kadang kala mentafsir firasat yang sama. oh, itu kebetulan yang dirancang. Maknanya; kamu merancang untuk menjaga hati seseorang.

Jangan. Jangan terus menipu diri memaksa kepada ketidaksukaan itu kepada kesukaan. Adakah kamu sedar? Tidak ada seorang pun yang mahu memaksa atau menidakkan apa-apa dari kamu?

Cuma kamu itu yang tidak pernah yakin dengan diri sendiri.