Bukan semua hal perlu diceritakan. Bukan semua hal boleh dikongsikan. setengah-setengah hal itu kadang kala perlu disimpan sendiri.
Ikat diam-diam di mana-mana sudut pun. Usah dicanang sebuah cerita biar suka atau duka. Simpulkan ia bersama sehingga mati.
sesetengah hal hanya perlu bercerita kepada kepada seseorang saja. Dan hanya sesetengah hal boleh bercerita kepada sesiapa saja. Bukan semua orang dan semua perkara perlu dikongsi dan perlu diambil tahu. Tidak! Bukan semua.Itu perlu kamu ambil tahu.
Manusia ini tafsirannya berbeza. Bila kita tersenyum mendengar celotehnya; dikatanya kita sedang mengejeknya. Sedangkan hakikat kita mengagumi kepetahannya.
Ya..kan sudah aku bilang. Manusia ini berbeza tafsirannya. Takkan pernah sama. Cuma kadang kala mentafsir firasat yang sama. oh, itu kebetulan yang dirancang. Maknanya; kamu merancang untuk menjaga hati seseorang.
Jangan. Jangan terus menipu diri memaksa kepada ketidaksukaan itu kepada kesukaan. Adakah kamu sedar? Tidak ada seorang pun yang mahu memaksa atau menidakkan apa-apa dari kamu?
Cuma kamu itu yang tidak pernah yakin dengan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment