Friday, March 13, 2009

.SePatAH..SEpatAh..SiApa MenGERti?.

Bila bersendiri. Kita terfikir tentang kehidupan. Alam kematian yang entah bila akan menjemput. Kita tidak pernah tahu. Hanya Izrail yang tahu bila mahu menjemput.Tidak apa; jangan takut! Bekalkan dengan iman yang kuat. Bersedia bila-bila sahaja. Itu perlu.

Bekerja seperti kita akan hidup selamanya. Beramal seperti kita akan mati esok. Mari..mari bersama bekerja dan beramal:)

Semalam,hari ini dan esok takkan pernah sama.
Semuanya ada sejarah sendiri.
Semalam mungkin dalam kesedihan;
Hari ini pula kita gembira;
Esok..
Siapa tahu?

Kita tidak tahu apa rencana DIA untuk kita.

Punya syarat dalam hidup.Hari ini hari esok. Syaratnya tak pernah sama.
Aku bukan semata-mata mencoret.Mencatat pena. Bukan untuk suka-suka.

Siapa-siapa;
Boleh menidakkan sesiapa saja.
Boleh menbenci.Boleh menuding.
Tapi;
Pernahkan ditanya musabab sebenarnya?

Jangan menghukum api yang mencairkan ais itu!
Dia tidak tahu kesannya.

Jangan dicanang cerita yang tidak ada.
Itu fitnah namanya.

Jangan disebar segala mecam cerita.
Itu memburukkan namanya....

No comments: