Sederap Melangkah ke hadapan. Di Mana Kamu berdiri. Di situ Aku setia Menemani.Bersama kita mengharung pengembaraan hidup di pentas dunia. Inilah sebuah KEMBARA KEHIDUPAN.
Wednesday, March 11, 2009
_:Warkah Duka:_
Aku dah letih melayan.Ingatkan segalanya dah selesai.Aku pun seolah dah lupa meski tak dapat memaafkan...tapi dia still dengan perangai buruk tu.Aku tak menuduh..sama sekali tidak tapi apa yang berlaku membuatkan aku terpaksa menuding jari sepuluh terhadap dia!!! Sungguh...hingga saat ini aku tak pernah memaafkan dia. Buruk benar sikapnya hingga sahabat baik sendiri mahu ditikam dengan bilahan fitnah paling tajam. Bila dia dalam kesusahan..siapa yang membantu..siapa yang memberi??!! sahabat2 yang dia kutuk2 itu!!! aku tak mengerti mengapa tega benar dia menabur fitnah..menjatuhkan maruah..memalukan orang2 lain.sungguh aku tidak mengerti.Aku tak mungkin memaafkan atas apa yang dia lakukan...sepanjang hidupnya; dia tidak pernah akan berasa bahagia!!! Aku sangat bersedih di atas apa yang berlaku. Tempiasnya aku turut terkena.Terheret sama ke lembah permasalahan ini. Bila diajukan persoalan untuk mengetahui duduk perkara sebenar dia lari...kalau benar dia tidak bersalah; kenapa tidak bangun saja terangkan segala??!!! Aku benar2 kecewa kerana bila disangka telah selesai segalanya..dia mulakan babak ke 2.entah berapa episod yang dia ada....
Babak ke 2 aku n si B mangsa utama hinggakan "seseorang" turut terasa kenen membenci kami.. Arghhh...sampai bila dia mahu mendabik dada. Merasa bangga menperbodoh semua??!! Hari ini hari dia berbahagia..esok lusa akan tiba detik dia menderita. Perlukah aku buka segalanya: menceritakan saja pada "seseorang" itu peel dia sebenarnya.Keaiban "seseorang" yang telah dia bocorkan pada kami??!! Tentang keaiban adinda "seseorang" yang telah dia malukan di hadapan kami??!! perlukah?? Adakah kami sekejam itu??!! Aku tidak pasti..sabar setiap manusia ada batasannya...Aku tak pasti aku mampu bersabar...Ya Allah..berikan aku lebih kesabaran dalam menghadapi seorang manusia ini....
Sudah kering air mata ini mengalir. Sudah lelah mencari jalan penyudah.Namun, aku sendiri yang terasa siksanya. Aku tidak pernah sekelumitpun mendendami dulu. Bagi aku semua sama..tiada istimewa dia atau kamu. Sahabat itu adalah sahabat yang sama rata. Tak perlu di kelas-kelas kategorinya. ITu kataku! Tapi dia suka menidak segalanya; Tak pernah ada yang baik di matanya. tak pernah ada yang sempurna. Semuanya ada cacat celanya. Suami seorang manager; dikatakan dia isteri menipu..tidak layak penampilannya.Siapa dia untuk menghakimi??!!
Bagi aku; dia kini bukan siapa-siapa untuk aku. telah aku senaraihitamkan dia dari jutaan sahabatku. Hilang dia seorang, beribu yang mulia datang. Biarlah tercabut satu sayap yang rosak daripada aku hilang dan patah semua sayap. Aku masih ada kamu sayangku yang sentiasa hulurkan sebelah sayapmu tatkala aku kepatahan sayap dan dalam kelemasan kekecewaan in.Terima Kasih sayang...
Aku selalu berkata kepada tunangku; aku sangat bencikan penipu. Aku tidak boleh ditipu. Sampai mati aku akan ingat. Justeru, aku rasa kamu pasti memahami sayangku mengapa aku terlalu emosional dalam menangani isu hingusan ini. Kerana kesimpulannya..aku tidak suka ditipu apalagi dikhianati oleh seorang bernama sahabat!! Terima kasih sayang kerana sentiasa di sisi
Aku dan teman2 telah puas diperbodohkan. Telah puas dibudak-budakkan.Apalagi mahu mu??!! Sungguh hingga akhir hayat ini takkan aku maafkan kecuali jika benar dia ikhlas mahu memohon maaf. Itupun; dia perlu membersihkan kembali nama kami yang telah dia palitkan najis itu!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment