Aku masih ada ALLAH yang mengasihiku; itu sudah nikmat terbesar dalam hidupku.
Aku masih ada dia.ada kamu.Itu sudah cukup buatku.
Kecewa itu hanya aku yang tahu. Batasan jiwa merekah hinggakan hancurlumat.Siapa yang tahu dan mahu mengambil tahu???
Begini dan begitu..sememang semua salahku. Adilkah itu? Duga yang datang aku terima dengan redha. ALLAH sayangkan aku justeru menduga imanku. Itu saja yang aku tahu; telan segala kepahitan..muntahkan segala kemanisan. Itu jua yang aku ngerti....
Dan..benar, sepatah2 puisi fynn jamal terkena benar pada diriku saat ni. Hayatilah dengan rasa kemanusiaan itu kawan2:
orang; adalah produk.
boleh gadai pajak,
boleh jual beli,
boleh negosiasi.
medium mungkin berbeza.
wang, harta, pangkat, martabat.
oh tolong jangan hendak konon2.
jahit dahulu bibir yang hendak kata "aku takkan boleh terjual",
sebab ekonomi bukan semata2 pertukaran kertas warna-warni tebal.
bila ada perpindahan hak, automatisnya, terjatuhlah keempunyaan mutlak.
ada orang diam bila guru disiplin terjumpa ganja dalam beg teman baiknya.
ada orang senyap bila dituduh sudah jadi anak derhaka kerana tidak pulang lama.
ada orang redha bila dipanggil bangsat kerana masih bercinta dengan suami kawannya.
betul dunia ini tidak adil.
kerana yang jelas adalah yang tidak nampak.
kerana yang nampak adalah yang ditonton.
kerana apa yang bisa ditonton, boleh dinangisgelak.
tidak ada orang tahu,
op, aku ulang,
tidak ada orang hendak ambil tahu perihal sebenar, situasi sebenar, musabab sebenar.
kerana semua orang tidak ada sebentar.
tidak ada orang yang benar2 hendak berikan sebentar mereka.
tapi jangan pula dimarahkan.
mereka juga mengemis sebentar dari yang lain2 semua.
faktanya, semua orang ada masalah sendiri.
bukan kau sahaja yang Tuhan duga.
entahlah.
mungkin ada sebab kenapa manusia biarkan dirinya dibeli.
yang orang nampak, dia diam kerana selalu disogok dirasuah dibelanja penagih ganja.
tapi mungkin didiamkan kerana selama itu.
haih.
*diam*
kadang2 kita tidak tahu bila kita ini sudah terjual dirinya.
tidak perasan yang sebenarnya kita ini tergadai jiwanya.
tidak pernah ada transaksi.
tidak pernah ada lafaz terperinci.
tahu2,
kau bangkit dengan resit ditayang2 di depan muka, dilafaz pula permintaan berjela2, untuk kau langsaikan atas nama jualan belum sempurna, dan kalau pun mampu membayarnya semula, resit itu tetap milik mereka.
untuk kau goyang2kan ekor dan jelir2kan lidah.
untuk dunia.
dan kau perlu tangkap kayu yang dibaling ke hujung padang,
untuk diberi pada si pelontar,
semata untuk dibaling semula.
apa boleh buat.
kerana yang ada yang pernah ada pada engkau, sudah tidak ada.
Dipetik: http://www.puisitepijalan.blogspot.com/
Inspirasi:- Fynn Jamal
2 comments:
Hello world
bagus gak budak nie. tunang sapa nie
Post a Comment