Sebagai seorang manusia biasa;
Kita tidak pernah lari dari kekhilafan
Apabila kita;
Mengkritik tidak beerti kita menentang
Bilamana kita;
Menyetujui tidak semestinya kita menyokong
Andai kita;
Menegur tidak bermakna kita membenci
Dan jika kita;
Berbeza pendapat
Ia adalah kawan berfikir yang baik
Ingat tentang sesuatu;
*************Diam dan Kelu******************
Jika kita rasa kita hebat
Ramai lagi di luar sana yang lebih hebat dari kita
Jika kita rasa hidup kita susah
Ramai lagi yang lebih teruk dari kita
Jika kita rasa masalah yang kita tanggung sekarang berat
banyak lagi masalah lain yang lebih berat dari itu
Jika namanya manusia
Apalagi mahu dicari kesempurnaannya...
Kehidupan takkan pernah sempurna!
No comments:
Post a Comment