Friday, January 9, 2009

~lalalaallalalalalalalala~




Sukar untuk menzahir kata – kata

Biarlah ia terus rahsia

Terpendam di lubuk jiwa

Sedangkan……

Hati sendiri tak mampu kuubati

Mana mungkin;

Aku mahu kecewa lagi!

Menginjak rasa hati umpama aku menghukum diri sendiri

Aku sebenarnya masih dalam fantasi;

Membohongi perasaan dan diriku sendiri

Pada siapa lagi harus aku mengadu

Tentang hati ini;

Siapa lagi akan mengerti resah gelisahku??

Aku sendiri terpana, terpaku

Dengan kekalutan jiwaku

Pada siapa yang mengerti

Syukur pada Ilahi……

Kerna aku sendiri tak pasti

Mengapa hatiku begini

Terus - terusan aku menyelongkar rahsia hati sendiri

Namun, hingga detik ini

Masih tak kutemui jawapannya!

Aku harus kembali menggapai realiti

Andai aku tidak mahu kecundang lagi!!!!

Bukan aku tak mahu bercinta lagi…

Luka yang masih berdarah itu

Tak mampu kuubati

Berilah aku masa untuk kubelai hati ini

Kerna akhirnya…HATI INI PASTI MILIKMU!

No comments: