Wednesday, January 7, 2009

antara karya spontan aku dlm kapasitor.net

~Kembara Kehidupan~
TIDAK;
AKU TIDAK PERNAH BERKATA TIDAK
SESUKAR MANA PERJALANAN HIDUP INI
AKU TIDAK PERNAH MENGELUH
YA;
AKU SERINGKALI MENGIAKAN SEGALA
SEGALA NISTA KU TETAP TERIMA
KERANA;
AKU HATTA CUMA MANUSIA BIASA
MESKIPUN ADAKALA MARUAHKU
BAGAI DIINJAK DI HUJUNG TUMIT
AKU MASIH MAMPU TERUS BERDIRI
DAN BERTERUSAN TERSENYUM
SETIAP DETIK ITU KU BERDOA;
MOGA DALAM MENELUSURI KEMBARA KEHIDUPAN INI
AKU MAMPU MENONGKAH BADAI
MEMBELAH LAUTAN API YANG TERHIDANG LUAS DI HADAPAN
MESKI AKU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA
AKU YAKIN AKU MAMPU….
SEDERAP AKU AKAN MELANGKAH KE HADAPAN
DENGAN PENUH KEAZAMAN…
MOGA DAN SEMOGA SINAR KEJAYAAN AKAN MUNCUL
DI SEBALIK TABIR KEDUKAAN HIDUP INI
BIRAI KEHIDUPANKU TAK PERNAH LUSUH DENGAN KATA NISTA
NAMUN HINGGA KINI;
AKU TETAP MAMPU BERDIRI
DALAM BAYANGAN DIMENSI DIRIKU SENDIRI!!!

~selamat pagi cinta~

selamat pagi cinta
setiap pagi kubuka mata
ungkapan halus itu bergema
menusuk lembut gegendangku
salam pagi itu kusambut
dengan kucup mesra
merungkai rasa sayang yang ada
memulakan hariku dengan indah nyata
selamat pagi cinta
terngiang-ngiang di telinga
bisikan azimatnya
hanya nostalgia
kerana dia telah tiada
aku??bagai gila mencari bayangan cinta
selamat pagi cinta
aku rindukan bisikan itu......

3 comments:

Anonymous said...

aku suka la puisi ni..tersentuh dgn kehidupanku sehari-hari..

Anonymous said...

erk..tersentuh dgn kehidupanmu?? bgs2.nanti akn aku garapkan lg puisi buatmu..aku tahu siapa kamu.hahahah."N"= bkn nama sebenar.:P

Anonymous said...

puisi ni ilham tetiba time aku tgk movie slmt pg cinta tu la.x kena mengena dgn yg hdp atau yg tlh meninggal dunia.hehehe.ckit2 je ada kena mengena:P