DUNGUN: Seorang wanita berhati iblis bukan saja tergamak mendera anak perempuan tirinya, Nurhidayah Abdul Wahab, 4, malah pernah mencampak anak kandungnya sendiri yang baru berusia sembilan bulan ke dalam kolam ikan berhampiran rumahnya.
Perbuatan kejam wanita berusia 21 tahun itu sekali lagi terbongkar Ahad lalu selepas datuk kanak-kanak perempuan terbabit menemui seorang bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan sebaik mendapati cucu yang tinggal bersama ibu tirinya itu tidak berhenti menangis selain mengadu sakit di bahu kanan.
Abdul Wahab yang mendedahkan perangai wanita itu yang juga isteri keduanya berkata, tindakan wanita itu tidak ubah seperti binatang kerana langsung tidak memiliki perasaan terhadap kanak-kanak terbabit yang mengharapkan kasih sayang daripadanya.
Menurutnya, disebabkan sering didera ibu tirinya, anaknya kini trauma dan hidup dalam ketakutan apabila bersama wanita itu.
Berita lanjut terjah sini!
haih..apa la.org lain nak anak tak dapat2.ni elok2 ada anak dibuatnya macam tu.even tu anak tiri..jaga la elok2.yang bapaknya ko nak..anaknya ko dera eh.banyak cantik muka ko!!!macam2 dunia skrg kan...
No comments:
Post a Comment