Monday, June 29, 2009

Untuk Seorang Teman Itu..

Aku sudah memohon kebenaran daripada Fynn Jamal untuk copy satu perenggan dalam n3 beliau...:-





masalah:



engkau ada kawan baik. selalu suap engkau ketika lapar. selalu geletek engkau ketika sedih. tapi dia benci emaknya, hingga ke tahap bajingan. engkau tahu emak kawan engkau memang bangsat, tapi engkau sudah diajar abah engkau yang orang tua tetap orang tua; maka perlu hormat.kawan engkau itu secara manusia sememangnya yang paling kool. engkau boleh borakkan apa sahaja, waima mengutuk-sindirnya depan2 muka. dia tidak akan kisah. kecuali tentang emaknya.



tindakan betul:



lakukan sesuatu untuk memulih keadaan. kerana dia terlalu baik utk mencela reputasinya, apalagi bila satu2nya kekurangannya adalah sesuatu yang boleh dibetulkan.



perkara sebenar:



engkau putus kawan atas sebab engkau tidak ada hak untuk masuk campur.



Satu situasi yang dibangkitkan oleh Fynn Jamal. Secara sedar atau tidak..memang kalau kita terlalu berterus terang akan membawa kesan. Walhal kita bersimpati kepada dia....mengenai orang sekeliling yang tidak pernah menghargainya. cuma mahu mengingatkan mengapa dan kenapa. tapi disalahertikan.

susah kan....

aku cuma berpegang kepada kata2 Henry David Thoreau:-

The language of friendship is not words but meanings

No comments: