Saat dan ketika ini aku benar2 perlukan kekuatan untuk membuat sebuah keputusan.
Keputusan ini akan menghantui sepanjang hidupku andai salah memilih;
Kiri dan kanan...
Liku perjalanannya tak sama.
Takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.....habis! punah semua!
Aku fikirkan kembali secara rasional..tidak patut aku tinggalkan sementara lemah ilmu ini hanya kerna untuk kutagih ilmu yang lain. Beda rasanya....
Aku masih memikirkan lagi dan lagi sehingga detik untuk berfikir itu berhenti!!!
Walaubagaimanapun keputusannya aku harus nyatakan paling lewat akhir minggu ini.
Susah benar ya..bagaimana Najib itu membuat keputusan untuk negara ya??!! Adakah berperasaan sepertiku ini? Huh...susah..susah..
Dilema..kanan dan kiri masing-masing ada buruk dan baiknya. Ada cacat dan celanya...ada susah dan payahnya....ngeri takut aku tersilap membuat perhitungan.
Aku wajar berfikir serasional mungkin; jika perlu aku tulis satu persatu..apa baiknya kanan apa baiknya kiri.
Kalau aku pergi bimbang mungkin nanti aku leka dan tidak lagi pulang ke sini.....pilu itu! Aku tak mahu.Aku mahu gembira kecapi di kedua-duanya....kiri dan kanan...sarjana dan sesuatu itu!
1 comment:
mati mati laaa acik igt keputusan nak g genting kota keriangan
hahaha
Post a Comment