Nie pic aku 9 tahun yg lepas...ketika masih jahil dan buta.hahaha.tp time nie aku xda la se"sihat" sekarang.hahaha.pic ni tahun 2000 kalo x silap. malas nk komen banyak2 pic lama ni.meruntun jiwa.hahahahaha
Nie time aku masih dlm team lagi.before aku retired.hahaha.hitam kan time training.yelah berjemur panas tiap2 ptg..poyo...aku rasa aku dah x mampu untuk terus melompat dan menjaringkan gol.dah terasa semakin tua.so aku stop untuk bermain bola baling.Dan hasilnya apabila aku berhenti body aku naik bagai dipam-pam.opss...korang jgn salah sangka ye...gadis berbaju kuning itu adalah teammate aku.so dia adalah seorang wanita.hehehe.dah lama x jumpa...telah lama terputus hubungan..aku sebenarnya merindui detik2 dahulu.....
Nie time aku dah mula jejak kaki ke UPM dan detik2 aku mula belajar berpacar-pacaran dgn tunang aku.ehehehe.1st love...and alhamdulillah..smpi skrg kitaorg still bersama and sekarang sama2 menghitung hari untuk terus bersama selamanya...insyaALLAH.doakan aku kawan2 (juju..dada..azra..leana..and lain2 la..)bnyk sgt nk taip.hahaha.saat ni body aku dah makin mengembang...huhuu.ohhh...tidak!!!! di sini bnyk pengalaman hidup yg aku pelajari.susah dan senang kehidupan ini.aku sudah tidak jahil..sudah celik..tidak lagi buta.hidup ini semakin bermakna untuk aku.
Pic ni plak last year degree aku kat upm.memori yg terindah bersama teman2...kak yong...watie..farah...ad..arda..and ramai lgi la nk aku listkan.aku sayang korang.fren 4ever.masing2 skrg tgh mengejar impian hidup memasing.gud luck u all..aku nk cakap pic ni tahun 2007
Pic ni?? pic latest aku yg semakin "sihat".hahaha. Kalo kawan2 lama aku jumpa aku skrg..majoritinya akan terkejut dengan muka kurang percaya.hahaha.Dengan muka yang konfius dorang tanya aku..apa dah jadi ni??!! weii...masa dah lama berlalu.mcm2 aku lalui.hahaha.hasilnya aku sgt "sihat" sekarang. serius..aku nk kembali kurus mcm dulu.puas aku berusaha..tp susah la nk turun.arghhhhh...xpe2.janji tunang aku syg aku seadanya aku.x gitu?? komen sikit tunangku syg:p.hahahaha.
Malam nie aku terpikir betapa cepat masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2009.aku muhasabah diri.merenung peribadi.YA..aku terasa aku sedikit matang berbanding dulu.Aku sedikit berani berbanding dulu..dan aku semakin laser berbanding dulu.hahahaa.Apapun..aku semakin sedar usia aku kian menginjak dewasa.Aku harus lebih matang menghadapi rintangan hidup ini. Aku x boleh gelabah biawak lagi.Aku wajar setenang mungkin.sejajr dengan usia dan status aku yg bakal bergelar isteri nanti.Ya..2009; pasti bnyk merubah hidup aku....tp aku sudah bersedia dan yakin mampu menempuhinya...
Hidup ini sangat mudah;
kau hanya perlu bijak merencana
kan terbentang seribu jalan dan cara
ayuh..
belajarlah untuk hidup dengan ceria
tanpa mendendami sesiapa
aku;
sedang menyelongkar
meniti..
kembara kehidupanku...
Nikmatilah kehidupan ini sebahagia mungkin. Kita tidak tahu sampai bila kita akan terus bernafas untuk menikmatinya. Aku tak tahu kenapa..malam ni terasa sayu bila memikirkan hidup ini.Aku semakin kecewa dengan politik malaysia! aku tidak mahu komen lebih2.aku pasti semua mengerti...
Hahahahaha....apasal aku emo semacam ni.aku rasa ni la n3 aku yg paling panjang n mengarut.kihkihkih. Esok aku nk blk kampung. Lusa 14 Feb cousin aku kawen. Umah dia sebealh jek ngan umah aku.so aku kena balik n g kenduri tu. kalo x nanti dia x dtg plak kenduri aku.hahahha.teruknya aku..mengharapkan balasan.hehehe.xdalah..aku balik untuk sama2 mengecapi kebahagian dia. Selamat pengantin Baru...moga kekal sehingga akhir hayatmu.
Aku x pasti sama ada aku dah penah post puisi ni dalam blog aku. aku garap puisi ni buat seorang teman..dia yang serik dan takut untuk bercinta lagi. aku cuba menyelami hatinya...untuk memberi nafas pada hasil nukilanku. dan inilah hasilnya...aku akan sentiasa berkongsi puisi nulikanku untuk semua...hahahaha..skema ayat....
Sukar untuk menzahir kata – kata
Biarlah ia terus rahsia
Terpendam di lubuk jiwa
Sedangkan……
Hati sendiri tak mampu kuubati
Mana mungkin;
Aku mahu kecewa lagi!
Menginjak rasa hati umpama aku menghukum diri sendiri
Aku sebenarnya masih dalam fantasi;
Membohongi perasaan dan diriku sendiri
Pada siapa lagi harus aku mengadu
Tentang hati ini;
Siapa lagi akan mengerti resah gelisahku??
Aku sendiri terpana, terpaku
Dengan kekalutan jiwaku
Pada siapa yang mengerti
Syukur pada Ilahi……
Kerna aku sendiri tak pasti
Mengapa hatiku begini
Terus - terusan aku menyelongkar rahsia hati sendiri
Namun, hingga detik ini
Masih tak kutemui jawapannya!
Aku harus kembali menggapai realiti
Andai aku tidak mahu kecundang lagi!!!!
Bukan aku tak mahu bercinta lagi…
Luka yang masih berdarah itu
Tak mampu kuubati
Berilah aku masa untuk kubelai hati ini
Kerna akhirnya…HATI INI PASTI MILIKMU!
Dan..ini puis tema untuk blog aku......
TIDAK;
AKU TIDAK PERNAH BERKATA TIDAK
SESUKAR MANA PERJALANAN HIDUP INI
AKU TIDAK PERNAH MENGELUH
YA;
AKU SERINGKALI MENGIAKAN SEGALA
SEGALA NISTA KU TETAP TERIMA
KERANA;
AKU HATTA CUMA MANUSIA BIASA
MESKIPUN ADAKALA MARUAHKU
BAGAI DIINJAK DI HUJUNG TUMIT
AKU MASIH MAMPU TERUS BERDIRI
DAN BERTERUSAN TERSENYUM
SETIAP DETIK ITU KU BERDOA;
MOGA DALAM MENELUSURI KEMBARA KEHIDUPAN INI
AKU MAMPU MENONGKAH BADAI
MEMBELAH LAUTAN API YANG TERHIDANG LUAS DI HADAPAN
MESKI AKU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA
AKU YAKIN AKU MAMPU….
SEDERAP AKU AKAN MELANGKAH KE HADAPAN
DENGAN PENUH KEAZAMAN…
MOGA DAN SEMOGA SINAR KEJAYAAN AKAN MUNCUL
DI SEBALIK TABIR KEDUKAAN HIDUP INI
BIRAI KEHIDUPANKU TAK PERNAH LUSUH DENGAN KATA NISTA
NAMUN HINGGA KINI;
AKU TETAP MAMPU BERDIRI
DALAM BAYANGAN DIMENSI DIRIKU SENDIRI!!!
Hidup ini adalah sebuah pengembaraan... sejujurnya jalankan amanah kepada yang Esa sebelum anda terfikir untuk menikmati keindahan dunia. Apa yang pasti dunia ini hanya sementara.esok lusa entah di pelusuk mana kita.kita tak pernah tahu itu...
KETEMU DI LAIN ENTRY..MALAM NI MALAM AKU BERKARUT-KARUTAN..KEBOSANAN DAN KETENSIONAN.HAHAHAHA.
1 comment:
aku xtau napa space hitam ni panjang sgt.aku xtau!! tolong2 sapa yg bole membantu...huhuhu
Post a Comment