Aku lelah;
Mencari bayangan semalam yang sudah tidak muncul
ke manakah ia?
Ingin ku menangis dan meratapi
Tapi untuk apa dan siapa??!
Seseorang itu...
Aku hanyalah mentari senja yang bisa hilang bila-bila
Aku jua pendokong setia awan yang berarak
Andai penuh kedukaan
Awan pasti menangis laju
menurunkan jernih suci air
Yang manusia panggil hujan
Apa kau tahu??
Itu tangisanku
*************DIAM******************
Apa perlu kau tahu dan mengerti
Kerana aku bukan seseorang untukmu
Telah berkali ku katakan
Lupakan saja!!
Kau terpesong sebenarnya
Baliklah..pulanglah ke jalanmu
Acapkali ku ingatkan
Pintu kita lain sifatnya
Benar..bentuknya tidak sama
Justeru;
Untuk apa lagi kau merenung pintuku
Kerana tidak pernah
Mahupun sekali
Akan kubukakan untukmu
Pintuku ini.
Cukuplah;
Bila kubuka jendela
Kau intai dengan rasa
Apakah?? Seseorangkah aku??!!
**************DIAM**********************
Sepi itu telah mengajar aku
Untuk lebih menghargai
Lantas untuk apa kutunggu lagi
Kan ku terbang dan pulang
Mencari nur hakiki
kerana;
Seseorang itu hanyalah aku!!!
*Puisi ini ilham tetiba time aku tgh bosan mengadap slide for lecture esok.Ntah..mood tetibe rasa nk berpuisi. tentang seseorang!! Hanya aku yg memahami.Fynn Jamal..u ar d best!!! Ko la telah mencetuskan idea ini utk aku berpuisi.Moga puisi jalanan terus menuju puncak.salam sayang!!
No comments:
Post a Comment