Tuesday, October 2, 2012

Resepi Popia Sambal Mabeles







Bahan:-

Kulit popia secukupnya (saya guna 1 paket habis)
minyak utuk menggoreng
sedikit tepung gandum (saya guna 1 sudu besar)
sedikit air (agak2 untuk pekatkan tepung)

Inti Popia:-

Udang (letak suka hati,xtau berapa gram ke apa ke.huhu) – hiris halus2
1 batang carrot – potong halus2
1 mangkuk kobis – hiris  halus2
kacang panjang  (saya letak dalam 6 batang) - potong halus
cili merah(saya masukkan sikit saja,dalam 2batang) - potong halus2
1 labu bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang
sedikit minyak (mmg letak sikit sangat dalam 1 sudu ke)
garam

Cara Membuat:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan air sayur yang digoreng tadi turun. Ambil kulit popia dan letak intinya. Gulung,ala macam buat kuih ketayap.Gam hujung dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.pastikan minyak betul2 panas baru umphhh….

Bahan Sos :-
(agakan je ni..pandai2 bajet sendiri)
2 sudu besar cili mesin
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
 Minyak agak2 ye
Garam

Letak bijan…SIAP!!

Resepi ni adalah adunan dan campuran hasil daripada tengok blog orang lain,Tanya orang dan eksperimen sendiri.hehe.jadi ini adalah hasil selepas kajian.haha.cuba la…pasti menjadi;)

No comments: