Tuesday, December 6, 2011

::Ombak Rindu::

Ombak Rindu = Ombak airmata;p
dah kembali sihat alhamdulillah....so ajak hubby tengok ombak rindu.
memang peminat tegar novel ombak rindu!tambah pulak aaron yang heronya kan;p.

tapi sayang...plotnya tak seperti disangka.mungkin aku terlalu berimaginasi yang sangat tinggi terhadap perkembangan setiap watak.plot cerita yang dipendekkan.itu mungkin faktor masa.

apapun aku berpuas hati dengan filem ini.sungguh indah.damai dan menyenangkan pemandangannya.
berlatarbelakangkan sawah padi nan menghijau....gelora ombak yang asyik.sungguh aku terpaut.cuma...
jalan ceritanya terlalu banyak dipotong dari cerita sebenar novel.tidak apa,kerana hujung pangkalnya ia menarik.

ombak rindu yang membuat ramai penonton sebak hingga wujud pula ombak airmata.hehe.kiri kanan depan belakang semuanya terisak-isak.SELSEMA mungkin;p.hahaha.

Harris dan Izzah yang akhirnya bahagia:))


lagi mengasyikkan lagu dendangan hafiz dan adira begitu merdu mengiringi jalan cerita.kepada yang belum tengok...pergila tengok.menarik walaupun tidak seperti yang diharapkan.bawa tisu banyak2.hahaha.



No comments: