Sunday, July 3, 2011

2nd annivesary



alhamdulillah...3 july. genap 2 tahun bergelar isteri kepada suami yang penyayang,baik hati,prihatin,memahami dan segalanya yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

semoga ikatan ini akan dimurnikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.saban hari aku berdoa..agar rezeki itu cepat datang.agar keluarga kami lengkap dengan cahaya mata kelak.insyaallah....

terima kasih di atas segala limpahan kasih sayang.di atas segalany.i love u so much dear :D


notakakitangan:gambar tidak dapat diupload kerana masalah internet yang kebengongan!


tiada bait boleh dikata

sungguh rasa bosan menantikan posting ni.selasa nak balik kampung.bercuti dulu.nanti dah dapat posting susah pula nak balik kampung kan.hehe.Jumaat mak adakan majlis kenduri tahlil untuk arwah tok. Sabtu adik beradik ajak pergi makan kat hatyai.Ok...cuti ni memang full la jadual.hehe.balik sorang2 je..encik syafiq kerja.ehe.

hmm..rasa rindu kat arwah tok.baru lepas menatap gambar dia.sungguh rasa seperti dia masih ada.tak tau macamna nak luahkan rasa rindu ni.Al-fatihah untuk nenda tercinta.semoga tok tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. tok pergi selamanya pada tanggal 23 mac 2011.tarikh yang aku akan ingat sampai bila2.Tok rapat dengan aku..suka berjenaka dan suka juga belanja aku...banyak sungguh kenangan dengan tok.raya nanti pasti SANGAT terasa kehilangannya...tak payah tunggu raya la...ramadhan nanti...PASTI kami semua akan merinduinya.....:(.

tatkala menaip n3 ini,air mata menitis sedikit demi sedikit..berjujuran mengenangkan sepanjang memori bersama tok....tok..semoga kami menjadi anak cucu yang soleh dan solehah.

Monday, June 13, 2011

dugaan~ini bukan kisah Nora Elena dan Seth Tan~

cuba nyatakan..siapa yang tidak pernah punya dugaan?tidak diduga dengan permasalahan?nyatakan!


n3 ini aku buat tika hati digayut sayu.mendengar perkhabaran teman yang hebat dilanda dugaan yang bisa membuatkan dia jatuh, rebah, terduduk jatuh terkulai. NAMUN, dia wanita tabah!setiap saat yang dilalui..seminit yang diharungi...umpama menunggu hukuman gantung tidak bertali...dia tetap sabar menanti dan tabah untuk mendepani apa jua keputusannya kelak. aku faham malah aku meresap seluruh kekuatan diri untuk sama-sama merasai keperitan yang dia hadapi.bukan mudah untuk melupakan insan tersayang, bukan senang membuang jauh setiap kenangan. sedangkan angan pelamin yang diimpi hanya tinggal beberapa detik sahaja untuk dilayar bahteranya! ini bukan drama Nora Elena yang ada Seth Tan menyelamatkan!! ini realiti yang sahabatku harus lalui!! fahamilah..hati wanita ini turut berdukacita sesungguhnya atas semua ini! ini dugaan yang harus dia hadapi.dugaan yang harus dia pikul.ini dugaan dia.Tuhan menguji dia.Sesungguhnya setiap ujian itu ada hikmahnya.saya mendoakan yang terbaik untuk dia.semoga hari mendatang akan memberi sinar baru buatnya....

setiap yang terjadi ada sebabnya.semuanya perencanaan yang telah diaturkan oleh Allah. Hikmah..tunggulah saat hikmah itu hadir dalam hidupmu....tika itu kau merasakan syukur atas dugaan yang menimpa ini sahabatku.



Thursday, June 9, 2011

syukur

alhamdulillah..impian dan angan2 yang telah lama terbuku dalam benak hati berjaya direalisasikan.bukan sedikit waktu memikirkan...telah lama..malah terlalu lama hinggakan pernah ada rasa mengalah dan putus asa.tapi..Tuhan itu Maha Kaya...


impian untuk buka company sendiri akhirnya tercapai.last week segala urusan berjaya dilakukan.cuma aku nak kena pegi bank lagi sekali isnin ni untuk uruskan pasal buku cek...tak dapat lagi. dan yang best,1st project dah jalan :D.sukaaaaa!!

sementara nak tau tempat posting ni boleh la fokuskan kepada bisnes kecil-kecilan ini dulu.company yang saya impikan sejak dulu saya namakan zz nur enterprise 
 
Saya berharap agar impian ini akan terus berkembang....berkembang..maju dan maju. sedang merencana meluaskan empayar perniagaan.cewahhh....macam kau buat bisnes juta2 kan!haha. bukan la...maksud saya, nak luaskan lagi barangan yang ada.now just focus pada alatan pejabat je kan.rasa macam nak lebihkan lagi empayar itu..hopefully.insya-Allah...pray for me guys:) tender 1st..eh..bukan tender,projek je dah dapat dan berjalan lancar.semoga penantian posting dapat dipenuhkan dengan bisnes yang mengasyikkan dulu..hehe.

ok..gtg...tc.

Monday, June 6, 2011

peristiwa 6 Jun


hari ini.6 Jun 2011. banyak sungguh majlis kawen.aku plan asalnya nak pegi majlis kawan aku kawen @ penang.bole la terus balik perak.and yang penting dapat jalan2 penang.TAPI........................


Al-kisahnya...mak ajak pegi majlis sedara dia.isk..tak sampai hati pulak tak pegi kan.so pegi la dulu dengan harapan sempat la ke majlis kawen my fren...DIANA...TIBA-TIBA.....

cik da,my dear sis kakak yang paling baik call kata tonite nak celebrate father's day in advanced.dia dah beli bahan2 masak semua.nak masak soto and nasi beriani.sambil2 celebrate besday Husna..pun in advanced.reason: nak aku and encik syafiq sama2 ada kat sini.kira tonite semua akan balik! aduh..serba salah so kitaorg pon extend 1 nite lg kat kampung.hehe.aku mmg la suka kan kat rumah sendiri :p. tapi ralat la jugak tak dapat pegi wedding DIANA. tapi insya-Allah...hadiah akan menyusul untuk dia:p. apa ek nak bagi dia.korang ada idea tak? baju tidur 1st nite???? lol.....


Monday, May 30, 2011

Senarai menteri2 Malaysia.

ini part 3 seperti dijanjikan.harap dapat menbantu kawan2 yang sedang menggunakan pakcik google cari maklumat ini;p



Senarai Menteri Kabinet Malaysia

YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok
: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
: Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

YB Tan Sri Nor Mohamen bin Yakcop
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

YB Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Haji Apdal
: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
: Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Dato' Sri Douglas Unggah Embas
: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen
: Menteri Pelancongan

YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar
: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
: Menteri Pertahanan

YB Dato' Shaziman bin Abu Mansor
: Menteri Kerja Raya

YB Dato' Sri Liow Tiong Lai
: Menteri Kesihatan

YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
: Menteri Belia dan Sukan

YB Datuk Dr S. Subramaniam
: Menteri Sumber Manusia

YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
: Menteri Kewangan II

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
: Menteri Pengangkutan

YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Dato' Sri Anifah bin Hj Aman
: Menteri Luar Negeri

YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Senator Dato' Sri Idris Jala
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Wira Chor Chee Heung
: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 

temuduga SPP

hmm..again! interview..interview..interview.hehe. part yang dah setel baca.belum tentu ingat.  haha.

part 1.

8 nilai 1 malaysia.
  • ketabahan
  • penerimaan
  • pendidikan
  • integriti
  • meritokrasi
  • rendah hati
  • kesetian
  • budaya kecemerlangan.

Part 2.

NKRA.dah post pada n3 lepas;p.

Part 3.akan ada n3 khas.senarai menteri kabinet malaysia.