Showing posts with label Fakta Bukan Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta Bukan Auta. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

syukur

alhamdulillah..impian dan angan2 yang telah lama terbuku dalam benak hati berjaya direalisasikan.bukan sedikit waktu memikirkan...telah lama..malah terlalu lama hinggakan pernah ada rasa mengalah dan putus asa.tapi..Tuhan itu Maha Kaya...


impian untuk buka company sendiri akhirnya tercapai.last week segala urusan berjaya dilakukan.cuma aku nak kena pegi bank lagi sekali isnin ni untuk uruskan pasal buku cek...tak dapat lagi. dan yang best,1st project dah jalan :D.sukaaaaa!!

sementara nak tau tempat posting ni boleh la fokuskan kepada bisnes kecil-kecilan ini dulu.company yang saya impikan sejak dulu saya namakan zz nur enterprise 
 
Saya berharap agar impian ini akan terus berkembang....berkembang..maju dan maju. sedang merencana meluaskan empayar perniagaan.cewahhh....macam kau buat bisnes juta2 kan!haha. bukan la...maksud saya, nak luaskan lagi barangan yang ada.now just focus pada alatan pejabat je kan.rasa macam nak lebihkan lagi empayar itu..hopefully.insya-Allah...pray for me guys:) tender 1st..eh..bukan tender,projek je dah dapat dan berjalan lancar.semoga penantian posting dapat dipenuhkan dengan bisnes yang mengasyikkan dulu..hehe.

ok..gtg...tc.

Monday, May 30, 2011

Senarai menteri2 Malaysia.

ini part 3 seperti dijanjikan.harap dapat menbantu kawan2 yang sedang menggunakan pakcik google cari maklumat ini;p



Senarai Menteri Kabinet Malaysia

YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok
: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
: Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

YB Tan Sri Nor Mohamen bin Yakcop
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

YB Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Haji Apdal
: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
: Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Dato' Sri Douglas Unggah Embas
: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen
: Menteri Pelancongan

YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar
: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
: Menteri Pertahanan

YB Dato' Shaziman bin Abu Mansor
: Menteri Kerja Raya

YB Dato' Sri Liow Tiong Lai
: Menteri Kesihatan

YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
: Menteri Belia dan Sukan

YB Datuk Dr S. Subramaniam
: Menteri Sumber Manusia

YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
: Menteri Kewangan II

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
: Menteri Pengangkutan

YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Dato' Sri Anifah bin Hj Aman
: Menteri Luar Negeri

YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Senator Dato' Sri Idris Jala
: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Wira Chor Chee Heung
: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 

temuduga SPP

hmm..again! interview..interview..interview.hehe. part yang dah setel baca.belum tentu ingat.  haha.

part 1.

8 nilai 1 malaysia.
  • ketabahan
  • penerimaan
  • pendidikan
  • integriti
  • meritokrasi
  • rendah hati
  • kesetian
  • budaya kecemerlangan.

Part 2.

NKRA.dah post pada n3 lepas;p.

Part 3.akan ada n3 khas.senarai menteri kabinet malaysia.


Wednesday, May 11, 2011

KPLI-SR AMBILAN JUN 2010I

SERAGAM HITAM! HAHA



ITU SAJA.TERIMA KASIH;P

Tuesday, May 10, 2011

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

sempena nak kena interview dua minggu lagi untuk pengesahan jawatan, nak la buat info for interview yang bermanfaat untuk semua..cewahhh..tu pon hasil cilok dari sini. hehe.ko ingt aku rajin nak menaip satu2.haha.copy paste je yang ;p.

inilah 6 bidang keberhasilan utama negara :



1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).
3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.
• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan
• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.
• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.
• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.
• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?
• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

ii) Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.

• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 
Kesimpulan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.
Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

Thursday, May 5, 2011

SEOUL GARDEN ~makan2 time~



makan2 time....alkisah pagi rabu kelas xde so drpda duk bertepek dalam kelas,kami pon memulakan acara berfikir bab MAKAN!

hasil mesyuarat rasmi,kami sepakat ke......

                     SEOUL GARDEN.....
eat all u can! yeay2

mari grill sotong sedap!
sotong dia sgt sedap hingga menjilat jari,chicken curry dia pon mabeles jugak..semua sedap la.paling best bole buat ABC sendiri.letaklah seberapa banyak pon jagung,susu segala mak nenek dlm ABC ko tu..lumayan!!!! dan memang layannnn habis la.huhu.


makan kenyang sampai malam!

insan kekenyangan!haha

tuan tanah yg puas hati dapat tambahkan lg berat badan dalam tempoh 2 jam. GOOD! :(

for those yg blm penah try..g la try.memang best dan berbaloi2.... price dia ok la..kitaorg pegi weekday+student price..around RM23 sorang. lokasi yang kitaorg pegi ni kat Mahkota Parade. nun kat utara sana ada kat Auto City Penang..g la try.nanti blk nak ajak hubby g kat Auto City la..;p

hasil empat orang.......................


berbaloi-baloiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


erkk....kenyang.alhamdulillah.....

Monday, October 5, 2009

aku nak umumkan....

Salam semua...

Aku nak bgtau blog boutique online kendalian aku tu ditutup sementara untuk umum coz aku perlu hapdet pasal produk. nanti bila semua dah setle,aku akan bukak blk untuk semua masuk blog tu. buat masa skrg tiada urusan jual beli coz stok dlm tgn semua dah hbs.Cuma face mask ada lagi kalo sesapa berminat. Kitaorg ambik extra ari tu.hehehe.

Okeh.aku juz nk inform benda tu jek.

Nanti support bisnes aku beramai2..mana tau tetiba kuar bj kurung ke hape ke kat dgn brand nama aku sendiri.ZAK's Collection ke kan.haha.mana tau;rezeki:p.

Erm..doakan la ek.

Monday, June 29, 2009

Untuk Seorang Teman Itu..

Aku sudah memohon kebenaran daripada Fynn Jamal untuk copy satu perenggan dalam n3 beliau...:-





masalah:



engkau ada kawan baik. selalu suap engkau ketika lapar. selalu geletek engkau ketika sedih. tapi dia benci emaknya, hingga ke tahap bajingan. engkau tahu emak kawan engkau memang bangsat, tapi engkau sudah diajar abah engkau yang orang tua tetap orang tua; maka perlu hormat.kawan engkau itu secara manusia sememangnya yang paling kool. engkau boleh borakkan apa sahaja, waima mengutuk-sindirnya depan2 muka. dia tidak akan kisah. kecuali tentang emaknya.



tindakan betul:



lakukan sesuatu untuk memulih keadaan. kerana dia terlalu baik utk mencela reputasinya, apalagi bila satu2nya kekurangannya adalah sesuatu yang boleh dibetulkan.



perkara sebenar:



engkau putus kawan atas sebab engkau tidak ada hak untuk masuk campur.



Satu situasi yang dibangkitkan oleh Fynn Jamal. Secara sedar atau tidak..memang kalau kita terlalu berterus terang akan membawa kesan. Walhal kita bersimpati kepada dia....mengenai orang sekeliling yang tidak pernah menghargainya. cuma mahu mengingatkan mengapa dan kenapa. tapi disalahertikan.

susah kan....

aku cuma berpegang kepada kata2 Henry David Thoreau:-

The language of friendship is not words but meanings

Tuesday, June 23, 2009

TOLONG Khabarkan....


Salam Semua...


Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..


KANAK-KANAK HILANG....


Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.


Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.
Tolonglah sesama islam....aku dpaat dari blog ini

Wednesday, June 17, 2009

ya..aku adalah sgt down!

ok..tgk tajuk n3 pon korang dah tau kan. maka dengan ini aku umumkannnnnnnnn

aku secara rasminya....................

adalah...............

telah bergelar penganggur secara sah!!!

sape x down weh..bgtau aku. memang gile jadik penganggur berkaliber adalah tidak down. very the bengong!


tak pe2..semua itu adalah salah aku sendiri. nak aku senaraikan?? ok.

1- aku tak dapat siapkan thesis on time.
* mcmna nak siapkan...susah woo.cube ko buat research aku.jgn ckp bnyk.

2- interview aku selalu failed!
* adakah aku badluck?!! oh tidakkkkk

3- tak ada rezeki..hehehe

4- tak ada apa2...


hahaha..very the serabut kan.ntah hape2 aku hapdet.

ok..mr.syafiq kata..aku baru skali g interview..x dpat terus kata badluck.hahha.betol3.gile keji kan aku selalu mengutuk diri sendiri yg comel ni:p


the problem is...aku nak kawen..nak kawen pakai duit okeh. then nak bayar yuran lagi (coz upm dah x sponsor)...pon pakai duet okeh. so mana aku nak cari utk kedua2 itu??..

eh..korang nak sponsor? okeh2..tq..hahahaha.sudah gile ini budak!!!hahaha

mr.syafiq..anda semakin comel la sekarang ye,baik hati,lg apa eh..hahaha

motip...tolong bayarkan yuran ye:D......

ok..aku down sekejapan cuma.nanti kalo ada org blanja aku mcd aku ok la.. acik oren nk blanje ke?? oh trime kasih.hahahah. sah! betol2 sudah mereng otak ini!

Saturday, June 13, 2009

::Rindu..apa itu RiNDU..

Oh My dear diaries,

i miss mr.syafiq..hehehe. dah lama x jumpa. yeke dah lama x jumpa kan..*sengih2 gedik*

====================lalalala....lalalala....lalalala....lalalala========================

oh my dear diaries,

i really miss him


ya..aku rindu dia. sekian

:P

Tuesday, June 9, 2009

::Berbicara Soal Masa Depan::

Baru seminit tadi aku berbual dgn seorang kawan thru ym...

ada bercakap sedikit isu kerja. yup..masa depan kami kerjaya itu.

okeh..meh aku cerita ckit latar belakang supaya u alls semua x termangu2.hahaha. aku, dia dan ada 2-3 kerat lagi teman2 kau..kami ditaja oleh upm dalam skim GRF untuk continue master. Tapi sponsor hanya untuk 4 sem:2 thn. tapi malangnya dalam tempoh 4 sem itu thesis aku still tersangkut2..terbatuk2..luka dan berdarah okh.hehe. so kitaorg kena la menanggung yuran sendiri after dis. dah xda sponsor2 yuran lagi. elaun sebulan upm bg rm1500 pon dah x ada. sebab tu la semua bertungkus lumus mencari kerja.

Aku kata kat dia...yakin dan berfikiran positif. ALLAH pasti menolong hambanya yang berusaha..kan..kan..kan.*senyum*

ye.kwn2...aku xtau korang baca ke x blog aku. tp aku nak ckp yng semua org bole berjaya. yakin diri. english bagus ke idak ke..xpe..go on. try je semua peluang.

kita ni rencana hidup x sama...masing2 ada peluang dan plan masing2. arah hidup masing2. aku agak menyendiri sekarang..plus dengan kesibukan yang x terhingga sehingga kdg2 aku lupa soal kerja ni. lgpun aku sudah punya perancangan..cuma tak perlu dicanang bagai.nanti x jadik..malu sendiri....*sengih*

ada sebab juga kenapa aku lebih menyendiri..hanya duduk di rumah..jalankan tugas aku. aku sudah letih ye.letih sangat...bila senang aku ini tidak pernah mahu diingati..bila susah..aku ini lah yang dicari2..

yup..itu semua lumrah; dah namanya manusia kan..

tidak apa...aku yakin dan pasti ALLAH pasti akan membantu menunjukkan jalan kebenaran padaku..laluan mana yang harus aku tuju..

Aku+Dia=kami..ver.2

Hahahaha..sebelum apa2 baik aku gelak puas2 dulu. tajuk n3 ni aku tmbh ada version 2.hahaha.coz kami version satu dah ada kan..kan..*kelip2 mata*

okeh..rasa nak berjiwang hari ni.nak mengenang zaman2 dulu2..detik2 mula kenal dulu..time cinta cintun bagai nak rak dulu..:p. so sila abaikan jika bahasa adalah sangat bersastera spm ye:p

Aku bersama dengan dia beberapa tahun yang lalu tika dia masih dalam kesusahan, maksud aku still study lagi..keje xde..harap ptptn n mak n ayah jek. Aku turut sama merasai peritnya hidup tika itu.yelah..dah dua2 student lagi kan..so xdelah ko kalo dating tu maunya semua best2 kan. Ya..kami sama2 membina mahligai dan pelangi cinta kami dalam keadaan yang biasa2 saja. Serba kekurangan. (aduh..macam ayat novel).hhahaha.okeh..nanti novel aku dah siap aku tepek promo cni:p

Kini..dia telah Berjaya dan makin menuju puncaknya. Aku? Aku sudah melangkah setakuk ke depan. Namun masih belum Berjaya dan gemilang seperti dia.

Aku harap dia tidak lalai dan alpa dalam keasyikan dunia ini. ALLAH bisa menariknya bila2..itu aku selalu ingatkan dia.

Dan kini.setiap kesenangan yang dikerahnya aku turut rasai. Biar x semewah mana…tapi apa yang aku ingini dan hajati tidak pernah dia abaikan. Itu aku sangat bersyukur. Semoga dia terus begitu.hehehehe...

Tapi kita manusia ini harus sentiasa waspada..dia cakap kat aku x payah keje juz aturkan umah tangga n time dia jek. aku xnak..apapon aku kena keje. gaji rm700 sebulan pon xpe.yg penting aku ada keje..ada pendapatan.

nape???

yelah..kita xtau apa yang boleh berlaku di depan hari kan. now memang la apa kita nak..dia bagi..sayang kita..tapi ke depan2 nuu...kita xtau..erkkk..aku xtau..

so..better aku ada keje sendiri kan.ada pendapatan kan. kalo apa2 berlaku aku xda la kelam kabut tonggang terbalik kan...

bukan aku minta apa2 berlaku dalam umahtangga kami tapi..juz beringat. x salah kan??!

lgpon watpe aku ada master kalo juz blaja sebab nak jadik suri umah. gile apa ko?!!! adehh..ampun mr.syafiq:D

Apapun aku sangat bersyukur dengan kehidupan sekarang.

Terima kasih Ya ALLAH.......atas segala pemberiannMu

Friday, June 5, 2009

::Blog Yang dipenuhi Sawang::

Haa..lama kan aku x hapdet blog ni. dah bersawang kiri kana depan belakang. Jap2 ek..nak mencuci sawang2 ni......

Ok setel..dah bersih kan blog aku..dengan imej baru lagi.hahahaa.oke...aku sangatttt bz ye sekarang.dats why aku x ambik blog. bnyk benda yang aku kena setelkan. kepada kawan2 aku..dorang tau la apa yg aku bz tu.or sometime buat2 bz.ehehehe.ala aku tau korang slalu jadik silent reader aku.muaahahaha. sila lempang aku ok..perasan2:p

Apa yang aku bz kan????

Ok..

Pada yang maybe dah tau..aku bakal melangsungkan..langsung apakah??? hahha.ok2.bakal menjadi raja sehari bulan depan. tu yg sangat bz dengan segala macam persiapan. Plus mengemas2 barang2 kat umah bujang ni nak masuk umah kelamin plak:p

Eh2..baru aku perasan..banyak sangat ok aku hari ni. sebab hari ni mood aku ok kot.hahhaa.

Hmmm....ada cerita yang aku nak ceritakan kat cni tapi nanti la for next entry, coz cerita tu kena ada mood bermaki-makian!! hahaha.

okeh (kali ke berapa ok daaa..)...jumpa lagi di next entry:p

Friday, May 15, 2009

cerita satu malam

Boleh tak sesape tolong aku siapakan thesis aku?? bole la..bole la ye.huhu. aku sometime dah ada sikit rasa give up tau. beberapa bulan yg lepas..erk...2 bulan lepas, aku stuck gile..maksudnya aku tak tau apa perlu aku buat..aku tgh buat apa..research ni nak apa. bole mcm tu? tetiba rasa macam org bodoh yg tak paham apa2. Arghhh..time tu rasa nak nangis, raung semua ada....nape la aku stuck ni.napa aku tak bole nak buat ni. napa aku tak de idea langsung ni. So..2 bulan okeh..2 bulan aku tak buka langsung chapter thesis aku. Dah rasa lemah sangat time tuh.....

Nak tido tak lena..hati risau..tapi nak buat tak tau..jadik blurrr semacam jek. oh..dosa apa telah aku lakukan Ya Allah....

Dan satu malam; beberapa malam yang lepas...

Sebelum tido memang aku piki kenapa ye orang lain bole je buat. why not me?!...aku rasa ada sesuatu yang aku x sedar.....

So dalam kul 3 pagi tu..aku ambik wuduk..selesai solat, aku baca yassin..juz for ketenagan diri. Yes..aku rasa sangat aman okeh. Tenang sangat. Bila dah selesai semuanya, aku rasa segar..tak mengantuk. so aku buka laptop dan fail yang aku simpan semua Lit. REview aku. Aku baca satu persatu..dan malam tu memang..

AKU BOLEH BUAT DENGAN AGAK CEMERLANG..CEPAT JE IDEA DATANG. YANG PALING PENTING AKU PAHAM APA YANG AKU NAK BUAT SEBENARNYA.

YA ALLAH..TERIMA KASIH.

dan hari tu aku berjaga sampai pagi. Selepas subuh baru aku tido. finally..aku dah nampak jalan untuk research aku. Alhamdulillah....


Apa aku cakap nih bukan memain. BETUL. SERIUS. betapa mungkin sudah lama aku sibuk dengan urusan dunia..hinggakan aku terlalai mendekatkan diri dengan Yang Esa. Jarang sekali aku tambahkan selain yang wajib.....

Tuesday, May 12, 2009

Menarik..tertarik..ko memang d bomb!





Aku memang sukeee gilee puisi ni.Korang2 semua ayuhhh hayati betul2:D

Tuesday, April 28, 2009

Apa Orang,Atuk dan Aku kata....jeng3

Aku petik ni dari email yang aku dapat. Untuk renungan bersama.......(Aku ambik ek dari email,nanti ada plak bahalol mana2 kata aku cilok tiru2..lol!)



ORANG KATA....

enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA...

orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA.....

betul jugak tu..

ORANG KATA...

exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.. past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA...

exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA...

betul jugak tu..

ORANG KATA...

have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!

ATUK KATA...

setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..

AKU RASA...

betul jugak tu..

ORANG KATA...

kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru hati puas

ATUK KATA...

ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA...

betul jugak tu..

ORANG KATA...

successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo .... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA...

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA...

err.. betul jugak tu.. So......

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.


Betul jugak tu… Apa kata kita mula sekarang!

~Dengar Guruh di Langit..Air Tempayan Dicurahkan~

Hmm..ntah hape2 posting kan. Tapi korang2..dengar sini aku nak bgtau. Aku nak cerita and aku nak explain sikit kat korang napa aku buat blog nih. Jangan suka2 htai nak main hentam keromo saja tafsir kenapa dan apa sebab aku buat blog nih. Aku tak pinjam masa2 korang..aku x pinjam duit korang2 nak beli laptop ni. Aku buat blog ni as aku nye diari kehidupan.Aku akan post apa saja yang aku rasa nak postingkan. So kita ada hak memasing. KAlo rasa blog aku tak best xpe..ko buat blg sendiri ngan idea sendiri..okeh?

Hmm..aku nak cerita hari ni mengenai sikap manusia yang adakalanya membuatkan aku sedikit kecewa...berkenaan tajuk tu la..mendengar guruh di langit, air tempayan sudah dicurahkan..hmm..kenkononnya nak air baru la ye dak kawan2..korang2...tapi apa risikonya kalo ada guruh jek..hujannya tak turun2. Kan telah menganayai diri sendiri tu..nak2 plak bekalan air dipotong selama 1week...tak ke naya!! So, moral of d story..kita2..aku..korang2..kita kena siap sediakan apa2 dari awal..prepare.Kalo tau esok ada rezeki lebih pun..rezeki hari ni simpan2 dulu..mana tau tetiba ada halangan yang menyebabkan kita tak dapat rezeki tu kan. Tapi kalo kita dah prepare ngan rezeki semalam,InsyaALLAH kita tak perlu terlalu kalut menanganinya sebab kita dah ada preparation aka back up. Tak gituu?? Life is unexpected journey...so sesama la kita beringat2...

Jatuh bangun kita siapa yang tahu..hari ni begini dan esok2 begitu..mungkin takkan pernah sama. Hari ni mungkin kita seorang pelajar biasa..mana tahu esok2 kita pemimpin dunia. Sesapa pun tak boleh nak menjangkakan apa yang bakal berlaku esok. Perancangan is perancangan..rancanglah macammana pun..tapi kita tak pasti sama ada perancangan tersebut sesuai atau tidak pada keesokannya bukan??

Apa2 pun..jangan lah bila mendengar guruh di langit habis semua air tempayan..perigi..paip...semua ko habiskan...hidup ini tak pernah dapat kita jangka.........

**Erk..napa aku rasa macam memberi ceramah kesedaran plak ek.hahaha.plus ngan macam karangan PMR.hahahaha:D