Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts

Monday, November 28, 2011

~keTERBUKAan~

dunia siber hari ni..terlalu terbuka...semuanya didedahkan..semuanya ingin ditunjukkan! senatero dunia!
tanpa sedar sebenarnya terlalu banyak buruknya apabila terlalu banyak didedahkan.

seorang cousin sudah pon menutup akaun FBnya....hmmm....terfikir untuk mengikut jejak langkah.

hmm..lagipun sekarang buka FB pon sebab games je.hehe.




belum terfikir untuk tutup terus FB tu..tp untuk upload2 pic tu maybe dah tak kot.rupanya terlalu bnyk risiko dan dosa tanpa sedar...tgh berkira2 untuk remove pic2 tu...simpan utk koleksi peribadi saja...lagipun memang dah lama tak upload pic..baru2 ni saja upload 1 pic dinner ngan hubby..huhuh.


entahla...bila banyak membaca dan mencari tahu..rupanya banyak sungguh buruknya mendedahkan diri dalam dunia sibar ini..mungkin blog ini juga akan disembunyikan identitinya.hehe....

Saturday, October 29, 2011

::senyum::


beberapa hari tak boleh on9.blog tak boleh bukak.banyak perkara nak cerita.yang penting nak bagitau..............
yeay!!!saya dah posting.alhamdulillah dekat sangat dengan rumah....dlm 10min sampai la sekolah:D. yippi!!

mr.syafiq hadiahkan sy ipad sempena dah posting....tak sangka!!tiba2 dia bawa balik and say its a present for me! sebab posting!hahaha..kelakar rasa,..apapon happy sangat.

hidup back to normal..now lunch dah tak masak.tak sempat la...kadang2 mr.syafiq juz beli lauk pauk dari sekolah.kadang2 kitaorg pegi makan kat mana2 after habis sekolah.malam rajin masak la..hikhik..

lagi best,sejak posting keje rumah dah buat sama.alhamdulillah mr.syafiq sangat memahami....setakat jemur baju..basuh baju...basuh pinggan ...sekarang mr.syafiq dah SANGAT ringan tulang.syukur :)

ada kawan2 yg dpt posting jauh dr hubby dorang.apa nak buat kan..semua ni tuntutan pengorbanan...kita dah pilih untuk menjadi jurutera manusia maka kita harus berkorban..insyaAllah satu masa korang pasti akan dpt bersama hubby semula.tanamkan sabar dalam diri.asuh tabah dalam jiwa ya kawan2.




1 of my fren dapat sarawak.dalam ramai2,dia sorang yg kena naik belon ke sana.hmm...sy tau dia pasti boleh menjalani kehidupan di sana.sentiasa mendoakan agar dia tabah dan enjoy every moment kan sana.semua tu adalah pengalaman yang tidak ternilai.pengalaman yg akan mematangkan diri.Tahniah! kerana Allah memberi dia kesempatan untuk merasai semua itu.dari satu sisi, dapat dilihat dia semakin matang dalam tangani setiap hal...memupuk sabar diri dan belajar menerima apa saja permasalahan.sekali lagi tahniah!






Thursday, September 15, 2011

posting masih belum nampak tanda2 akan muncul dalam masa terdekat....bayang2 pon langsung tak menjengah lagi.kerja sekarang makan tidur jelahhhh;p.


nampak gaya kena balik kampung for 2 weeks la..sebab tadi mr.syafiq baru call dia kena kursus olahraga 2weeks kat melaka bandaraya bersejarah..wah..kenangan sungguh MELAKA! yelah setahun KPLI bertemu bermacam jenis manusia kan.hikhik.


mr.syafiq pergi kursus,maka aku pon akan balik kedah la..ateee...nak buek apo sorg2 kt sini kan:(.baik balik kampung jaga syahmi yang comel itu!hehe


esok family nak datang sini so ahad tu bergerak balik sama2 dorang la ke kedah....i likeeeeeeee:)).

Wednesday, August 24, 2011

wahh..raya sakan korang!!


menjeles di sini!hikhik...
dikmie(adik aku) dapat keta baru..esok kuar..beraya sakan la dia kannnn..mak hadiahkan.sempena nak kawen bln 1 ni and sebab nak balik UPSI lepas raya ni.keta lama dia kancil tu slalu problem..keta lama dan usang kan..huhu.so mak kata better ambik keta lain..dan sebab dia masih sekolah kat upsi tu...mak pilih saga...ntah la ek..mak pilih ke dia pilih..dont know....blaja rajin2..dh dapat keta baru tu!hikhik.

dah adik dapat keta baru..kakak aku plak beli keta baru..dah ambik semalam..exora..huhu.seronok la bole raya sakan jalan2 sana sini.Una, tunggu teh balik teh bawa una jalan2 dengan keta baru una tau;p.

aku ketinggalan..hari ini baru tau.hikhik...takpe2,balik nanti aku tumpang melaram keta baru dorang je;p

aku?hmm...2thn lagi la gamaknya baru boleh tukar keta.ada diskas2 and servey2 gak ngan mr.syafiq.and stakat ni kami selesa nak pilih wish..tapi thn dpan la kot..huhuh.thn ni tak mampu lagi.sayang jugak viva ni...viva ni mak belikan masa aku blaja dulu..hmm..sayang banyak kenangan:).hehe


Wednesday, August 17, 2011

Laksa Mee~~

korang pernah makan ke laksa mee ni? aku 1st time dengar bila datang P.remis ni.
kat tempat lain tak sure ada ke tak.tapi rasanya macam takde.

sebab..bila aku google resepi,semua naik resepi laksa mee pangkor..so kira2 area sini jelah ada kan.hohohoho;p

1st time beli untuk bekpes.dia letak dalam daun pisang.aku ingt nasi lemak tp macam lembik and basah2 kan.so tanya la.dia kata laksa mee.
aku berpiki kejap then terus beli..atee..aku kan suka try makanan ni.hehe.
mula2 beli 1..balik makan..erm..not bad.sedap la..esok nak cari lagi..pastu dah jadi feveret i uollss;p

if beli for bekpes dia jual dalam daun pisang and portion   dia sikit je.tapi bila bulan puasa ni aku tangok eh..macam berkuah pulak dan lagi SEDAPPPPPP;p

cer tengok ni....

inilah mee dia..tp ni bukan spesis mee kuning ye anak2

bila dah letak kuah and sambal dia..macam ni rupa dia..

maaf atas kekaburan pic ni.huhu.camera hp je;p

ha..macam tu la.nak makan mee ni letak kuah and sambal udang tu. mee tu pon ada udang and kacang panjang yang dipotong halus2.

aku pon taktau mee apa yang dorang guna.mee sanggul ke..mee apa aku taktau.maaf la ye atas ketidaktahuan saya;p.nanti aku cuba risik2 apa mee yang dorang guna k!

aku cuba gak risik2 resepi dengan jiran tetangga nanti.memang sedappp...kalo buat berbuka makan time kuah panas2..perghhh..meleleh nih;p

ok..nak pegi merisik2 kat jiran jap..:D

Monday, August 15, 2011

~~~Puding Jelly Straberi epal hijo~~~

ha...dah selamat balik kampung.dah selamat juga sampai P.Remis:).
kan n3 lepas aku ada bagitau nak buat jelly puding untuk bawa balik kan..hehe...

inilah hasilnya........

.
.
.
.
.
.
.
.


hehe...sedap uolls.ni la buah tangan yang dibawa pulang
mula-mula cari buah staberi la nak potong dadu letak dalam tu..cari punya cari boleh pulak habis.haih!!memang takde rezeki la kan.so daripada jelly tu kosong je.aku pon cakap kat mr.syafiq...

"letak jelah green apple.nanti ada masam-masam sikit..sedap kot campur-campur.ehe."

then,beli la epal hijo tu..potong dadu and tabur la atas tu...hasilnya memang sedap la...hahaha.masuk bakul angkat sendiri ok!

tapi memang betul la ada rasa manis2..masam2...taktau nak describe macamne..tapi tekak aku sedap la kan.hehe.

Una (anak buah aku yang bambam) tanya2 lagi bila Teh nak buat lagi puding straberi ni..kih..kih..kih...menjadi la tu if Una suka tu;p

aku asingkan sikit dalam bekas tuppaware kecik untuk kami berdua...

khas untuk Mr.Syafiq
abang aku kata sedap..tapi lepas ni buat dalam bekas kecik2 macam bekas dadih tu..senang nak makan...
yelah kan..jelly kan macam lembik2 sikit..ambik tu nanti akan hancur2 la kan.huhu.takpe2...1st trial;p...1st  trial yang memberansangkan..

lepas ni nak buat lagi la..nak letak dalam bekas kecik2..nak buat perisa laici la plak..untuk raya pon best nih.hehe.senang dan kosnya rendah;p.

hanya susu cair..gula buah-buahan and tepung jelly..then siap!

banyak la resepi yang aku try sekarang ni.bosan2 kat rumah sorang2,so carilah resepi and try.impian ni nak try baking pulak.hehe.tapi non ado microwave ke..oven ke..so how kan??impian ke dulu...1st gaji nanti nak beli..dah cakap dengan mr.syafiq...

okla..daripada n3 puding dah melalut ke baking bagai kan...haha.
oklah..nanti nak update n3 pasal kitaorang pergi kilang Gene Martino and Polo tadi..tu next n3 ye..
actually,banyak n3 tertunggak yang menanti untuk dimuntahkan nih...hehe.
later2 continue...:D

Friday, August 12, 2011

Cik Zaliya~~~uolls;p


Berbuka di luar lagi..hehe..kali ni memenuhi keinginan Fadli la ni.kesian dia berbuka sorang2.so mr.syafiq setuju la berbuka sama2 kan.ni ramadhan 11 .kira semalam la kan.miss tarawih lagi:(.


uolls..bangga i tau..dorang call book for 3 pax kan.opkos la my name kan yang book tu.huh! sekali..............


CIK uolls...CIK tu.sila jangan dengki di situ;p


kali ni ke Marina Island lagi.Best Western Hotel.suka makanan kat situ.kali ni pergi dah lain sikit.
hari tu pergi tempat makan dalam dewan..just makanan kat luar tepi pantai tu..


kali ni memang best.meja kitaorang direservedkan betul2 tepi swimming poll.dah tu plak depannya pantai ada pokok kelapa.bila malam menjelang tiba,nampak pula bulan yang catik di situ.romantik habis la;p


makanan ada tambahan,hair tu takda aiskrim.sekarang makan la sampai kembung aiskrim tu.bermacam perisa.isk..teringat2 la pulak ni.hehe.


jom layan gambar..................


Stall2 makanan di belakang tuan tanah.nampak tak,betul2 tepi swimming pool:)


belakang stall tu la laut..erkk..pantai..memang sangat best la environment kat sini..tenang dan mendamaikan:)


stall2 yang meriah dengan tema Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah! best!


tema dia best tau.kelakar pon ada.ehe.ada gerai pak jabit.ada gerai muthu.gerai pak jabit if tak silap sediakn laksa.gerai pak mail ada sate.ha..macam tu la..macam2 gerai ada..


kan sini konsep BBQ,chinese food,western,indian food and malay food.pendek kata 1Malaysia la menu dia.berbaloi2 la makan:D.


Oh..lupa plak n3 hari tu nak bagitau price dia kan.. Hmm..kat sini RM35/pax...total kitaorang ber2 RM105.okla..sama je denga Teluk Batik Resort tu.


lepas solat maghrib,kitaorang sambung makan:)


buah-buahan disalut cekelat;p

cer teka apa ni????
okla..okla...tak korang tertanya-tanya kan.ni ikan terubuk bakar..makan sikit je..kan banyak tulang.saya bukan rajin nak mengasingkan tulang ye anak2...huhu.


menu feveret: LAMB.blackpaper tu.
brocoli! yummy!ada sos ketam di situ:)
dessert saya! asikrim macam2 perisa.haha.letak sedikit kismis dan topping choc n straberi.best!

hmm...bila nak buat n3 masakan rumah ni ek..haha.asyik n3 makan kat luar je kan.hehe.later2 me siapkan ye n3 berbuka di rumah.


minggu ni turn balik berbuka di Kedah.yeay! lepas sembahyang jumaat nanti bergerak balik. and now sambil2 update blog tengah siapkan puding jelly untuk dibawa pulang.hehe.


oklah..nanti sambung lagi.nak pegi tengok puding jelly straberi+green apple atas dapur kejap;p

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan pertama tanpa nenda

gambar kabur:cilok dari FB dikmie.

gambar tu diambil dari FB dikmie.sungguh tersentuh hati bila tengok gambar ni.RINDU.hanya itu yang mampu aku katakan saat ini.

itu adalah gambar allahyarhamah nenda kami..yang telah pergi meninggalkan kami pada tanggal 23 Mac 2011.nenda yang paling memahami.yang sentiasa sarat dengan nasihat dan teguran, pandangan dan penuh kasih sayang.

Sebulan nenda terlantar sakit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu maghrib 23 mac tu.dalam tempoh sebulan itu,alhamdulillah aku berkesempatan menjaganya walaupon detik itu dia dalam keaadaan koma.

masih aku ingat seminggu sebelum nenda sakit dan disahkan koma, nenda ada menghubungiku..cuma bertanya khabar dan seperti biasa dia suka benar berjenaka dengannyaku!sungguh saat menaip ini air mata berjujuran jatuh!sungguh aku rindu!

Masa tu aku masih di Melaka,terlalu banyak kekangan..tambahan pula waktu tu aku sedanag menjalani praktikum.tapi semua itu aku harungi..mujur juga ada teman yang baik dan memahami.

Satu hari,ketika mendapat panggilan menyatakan nenda telah tenat.aku menangis mahu pulan.ada pula tika tu seorang teman berkata : ala,nenek je pun.....

mereka tidak tahu..sejak aku dilahirkan sehingga usiaku menginjak 27 tahun ini aku membesar dengan kasih sayang yang tidak terperi dari seorang NENEK itu!

dan..sehingga kini..sampai bila-bila pon kata-kata itu akan terus aku ingat!

kemesraan,rapatnya kami hanya kami yang tahu. betapa seorang nenda itu penting dalam hidupku.ahli keluarga kami sememangnya mempunyai ikatan keluarga yang rapat.sangat rapat!

ramadhan ini...ramadhan pertama tanpanya:(.terasa sungguh,apatah lagi saat aku pulang ke kampung kelak.memang akan lebih terasa kehilangannya.

bukan hanya kami,tapi masyarakta di Pondok Ahmadiah turut terasa kehilangannya.nenda suka membantu,peramah dan sangat baik hati.beliau mengabdikan diri sepenuhnya pada Ilahi justeru dia memilih untuk menetap di pondok itu bagi lebih mendalami ilmu agama.....seminggu sekali dia akan pulang ke rumah kami..

nenda yang kami kasihi,
semoga kau tenang di sana...ditempatkan dalam kalangan golongan terpilih oleh Allah S.W.T.Al-Fatihah~~~



"Sudah ditakdirkan kau pergi dulu... Disaat kau masih di perlukan...Tuhan lebih menyayangi dirimu... Ku pasrah diatas kehendak Yang Esa... YA ALLAH... tempatkannya ditempat yang mulia...Tempat yang DIKAU janjikan nikmat untuk hambaMu.. Nendaku.. akan kuteruskan perjuangan ini.. Walau ku tahu kau tiada disisi..."
panjang pulak n3 kali ni ye..maaflah!

Wednesday, August 10, 2011

Manisnya kurma itu~~~~


Ok..cerita pasal makan lagi.maaf la kalau buat korang semua rasa terliur.hehe;p.

Dah tak ingat puasa ke berapa,kitaorang berbuka dekat TCRS....~~bukan sekadar nasi ayam~~

Mula-mula ingat nak pergi manjung kejap je sebab nak uruskan pasal cek semua. Sekali dengan jalan jammed,kitaorang sampai dah dekat kul 6 kat Eon Bank tu.
Setel masukkan cek semua, kitaorang decide nak berbuka kat luar jelah...if balik pon memang tak sempat.atee....belum masak kan;p.

Masing2 taknak decide nak makan kat mana. haha.kelakar gila...

aku kata la kat mr.syafiq:u pilih la nak makan kat mana..i ikut je.*aku ni memang jenis tak kisah* mana-mana pon aku tetap berselera nak makan.hehe.

Alih-alih dia pulak suruh aku pilih:erm...u la yang pilih nak makan kat mana..i tak kisah.kali ni i nak u yang pilih.

Alamak!! masalah ni sebab kalau boleh semua aku nak makan kan! miahaha~~~

tengok jam dah kul 6.30 tapi nak makan kat mana pun taktau kan..kitaorang gerak pergi tesco.ingat nak beli rotiboy and each a cup kat situ ;)

masuk ke tesco...WAHHHHH.... ada THE CHICKEN RICE SHOP~~~bukan sekadar nasi ayam~~~

masa ni aku ternampak-nampak pai tee melambai2 aku..sedapppppnya!

so ke TCRS la kami:D

Pai Tee yang melambai-lambai

bulan ramadhan ni ada set untuk berbuka.so ambik yang itu.ada juice kurma....wahhh nice kan.heavan la minum jus kurma sejuk2..manisnya kurma itu!

yeay!juice manisnya kurma itu sudah sampai
sedap la juice tu terasa-rasa di anak tekak lagi ni..hmmm...cepatlah berbuka..walaupun hari ni takde juice kurma ni....:(


set ramadhan ni ada rendang ayam.for ayam pulak kitaorang pilih roasted chicken.lain2 tu macam menu biasa la..kitaorang tambah assam pedas fish pulak lag.memang menyelerakan la:)

lastly,korang ngadap la muka tuan tanah yang tengah menahan nafsu lapar dan dahaga;p.


Tuesday, August 9, 2011

Mari Kita Makan Moreh!

Dulu-dulu kan masa kat kampung time kanak-kanak
Suka sangat tungggu moreh...
korang tau tak moreh?? ala makan-makan after tarawih tu;p.
suka sangat..hehe


rindu zaman makan moreh kat surau kampung.
sekarang dah takde semua tu.masing-masing lepas solat je terus balik rumah.ermm....
so now nak mengimbau memori la konon....
maka kami rakyat malaysia..........



steamboat @ johnny's restaurant
Ya...kami ke JOHNNY'S untuk moreh...yeay!!

kalau korang nak tau kitaorang lakibini  dua2 gila steamboat. if pergi johnny's kitaorang akan ambik sup ayam.sebab nak sos dia yang sedap tu;p

bila dapat sos tu terus tuang dalam periuk yang sedang mendidih then panggil waiter topup sos.haha.buruk perangai kan!

sos kegilaan kami!
anda bagaimana????;p

set yang kitaorang ambik.tiap kali pergi johnny's set ni je pon yang ambik;p 
kenyang sampai kembong!
suci..belum dinodai sos
beefball menyelam dalam sup..yummy!
Santapan saya:D
erk..alhamdulillah kenyang:D. boleh balik tidur dengan gembira...hehe. tapi kan kalo nak moreh macam ni waktu berbuka ala kadar jelah ek.nanti kang....perut membengkak kenyang;p.haha

selamat bermoreh :)

Sunday, August 7, 2011

Marina Island Resort


Ramadhan 5 : Berbuka di Best Wertern Hotel, Marina Island Resort.Kami pergi 6 orang. dan seperti biasa aku satu2nya kaum hawa.aihhh...nasib2.tapi ada aku kisah!!makan tetap maintain sama.haha.berpinggan2.bercawan2.bertingkat2.hehe

tapi sayang sungguh aku tak snap pic semua makanan tu sebab malu pada jejaka2 seangkatan.nanti dikatakan apekah meroyannya bini si mr.syafiq ni asyik ambil gambar makanan je kan.hehe. nanti gambar makanan di Teluk Batik Resort aku akan updated! hehe.
Memang best la berbuka kali ni..kitaorg group last yang keluar kot.hehe.lepas solat je sambung makan lagi..sampai pusing2 eh semua orang dag takde.hehe.tapi mr.syafiq hanya makan buah-buahan.apekah??huhu..saya taknak gemoks sorang2.hehe;p

aku if buffet memang la tak ambik nasi kan..biarla ada nasi hujan panas bagai pon.memang tak ambik sebab nasi cepat kenyang.aku makan lasagna.lain-lain aku just makan brocoli..nyum2...sedap betul brocoli tuh.makan dengan sos ketam.memang yummy!air oren juice.sate ayam 3 cucuk.daging 3 cucuk.lamb berkeping-keping.haha.


 
pic dari pakcik google.

Lamb dia sungguh la mengasyikkan..black paper dia terasa-rasa sampai sekarang.yummy!

Monday, July 4, 2011

senyum...tak perlu kata apa-apa :D

sungguh gembira.bahagia.seronok.beronok-ronok!! hehe.

sambutan anniversary kami walaupun hanya ala kadar dengan spend time sama-sama.tengok movie.makan.jalan-jalan...TAPI ia sangat bermakna untuk kami.paling best dapat novel baru!

seperti sedia maklum,telah diberitahu sebelum ni..aku memang pemalas lipas nak ambik gambar ni.adeh..tapi akan gagahi jua...nanti-nanti upload gambar aktiviti kitaorang..tapi kan...sekarang rasa macam tak perlu la..dah malas rasa nak masukkan gambar nih.ehe;p.

nanti sambung lagi dengan gambar ye...:P

Sunday, July 3, 2011

2nd annivesary



alhamdulillah...3 july. genap 2 tahun bergelar isteri kepada suami yang penyayang,baik hati,prihatin,memahami dan segalanya yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

semoga ikatan ini akan dimurnikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.saban hari aku berdoa..agar rezeki itu cepat datang.agar keluarga kami lengkap dengan cahaya mata kelak.insyaallah....

terima kasih di atas segala limpahan kasih sayang.di atas segalany.i love u so much dear :D


notakakitangan:gambar tidak dapat diupload kerana masalah internet yang kebengongan!


tiada bait boleh dikata

sungguh rasa bosan menantikan posting ni.selasa nak balik kampung.bercuti dulu.nanti dah dapat posting susah pula nak balik kampung kan.hehe.Jumaat mak adakan majlis kenduri tahlil untuk arwah tok. Sabtu adik beradik ajak pergi makan kat hatyai.Ok...cuti ni memang full la jadual.hehe.balik sorang2 je..encik syafiq kerja.ehe.

hmm..rasa rindu kat arwah tok.baru lepas menatap gambar dia.sungguh rasa seperti dia masih ada.tak tau macamna nak luahkan rasa rindu ni.Al-fatihah untuk nenda tercinta.semoga tok tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. tok pergi selamanya pada tanggal 23 mac 2011.tarikh yang aku akan ingat sampai bila2.Tok rapat dengan aku..suka berjenaka dan suka juga belanja aku...banyak sungguh kenangan dengan tok.raya nanti pasti SANGAT terasa kehilangannya...tak payah tunggu raya la...ramadhan nanti...PASTI kami semua akan merinduinya.....:(.

tatkala menaip n3 ini,air mata menitis sedikit demi sedikit..berjujuran mengenangkan sepanjang memori bersama tok....tok..semoga kami menjadi anak cucu yang soleh dan solehah.

Monday, June 13, 2011

dugaan~ini bukan kisah Nora Elena dan Seth Tan~

cuba nyatakan..siapa yang tidak pernah punya dugaan?tidak diduga dengan permasalahan?nyatakan!


n3 ini aku buat tika hati digayut sayu.mendengar perkhabaran teman yang hebat dilanda dugaan yang bisa membuatkan dia jatuh, rebah, terduduk jatuh terkulai. NAMUN, dia wanita tabah!setiap saat yang dilalui..seminit yang diharungi...umpama menunggu hukuman gantung tidak bertali...dia tetap sabar menanti dan tabah untuk mendepani apa jua keputusannya kelak. aku faham malah aku meresap seluruh kekuatan diri untuk sama-sama merasai keperitan yang dia hadapi.bukan mudah untuk melupakan insan tersayang, bukan senang membuang jauh setiap kenangan. sedangkan angan pelamin yang diimpi hanya tinggal beberapa detik sahaja untuk dilayar bahteranya! ini bukan drama Nora Elena yang ada Seth Tan menyelamatkan!! ini realiti yang sahabatku harus lalui!! fahamilah..hati wanita ini turut berdukacita sesungguhnya atas semua ini! ini dugaan yang harus dia hadapi.dugaan yang harus dia pikul.ini dugaan dia.Tuhan menguji dia.Sesungguhnya setiap ujian itu ada hikmahnya.saya mendoakan yang terbaik untuk dia.semoga hari mendatang akan memberi sinar baru buatnya....

setiap yang terjadi ada sebabnya.semuanya perencanaan yang telah diaturkan oleh Allah. Hikmah..tunggulah saat hikmah itu hadir dalam hidupmu....tika itu kau merasakan syukur atas dugaan yang menimpa ini sahabatku.



Monday, June 6, 2011

peristiwa 6 Jun


hari ini.6 Jun 2011. banyak sungguh majlis kawen.aku plan asalnya nak pegi majlis kawan aku kawen @ penang.bole la terus balik perak.and yang penting dapat jalan2 penang.TAPI........................


Al-kisahnya...mak ajak pegi majlis sedara dia.isk..tak sampai hati pulak tak pegi kan.so pegi la dulu dengan harapan sempat la ke majlis kawen my fren...DIANA...TIBA-TIBA.....

cik da,my dear sis kakak yang paling baik call kata tonite nak celebrate father's day in advanced.dia dah beli bahan2 masak semua.nak masak soto and nasi beriani.sambil2 celebrate besday Husna..pun in advanced.reason: nak aku and encik syafiq sama2 ada kat sini.kira tonite semua akan balik! aduh..serba salah so kitaorg pon extend 1 nite lg kat kampung.hehe.aku mmg la suka kan kat rumah sendiri :p. tapi ralat la jugak tak dapat pegi wedding DIANA. tapi insya-Allah...hadiah akan menyusul untuk dia:p. apa ek nak bagi dia.korang ada idea tak? baju tidur 1st nite???? lol.....


Saturday, May 21, 2011

kisah seorang wanita

hari ini saya kecewa.bukan dengan sesiapa tetapi kecewa dengan diri sendiri.


kecewa kerana hati ini mudah benar tersentuh.
bukan hari ini saja,malah sejak kebelakangan ini.cepat benar jiwa ini terusik dan terguris.air mata mudah luruh.haih.

tet..tet..satu mesej masuk.NOKIA E71 aku buka. baca mesej.hati tersentuh! hmm...actually perkara yg tak patut  pun tersentuh tapi entahlah ek,bila baca mesej tu seolah-olah orang tidak mempercayai kita sedangkan kita bukan manusia yang suka menjaja cerita.apa aku tahu dan perkara yang org tak perlu tahu.tak pernah aku ceritakan! hmm,,,mungkin tidak bermaksud apa2 bg pihak penghantar.tapi ia menikam kalbu saya.sungguh! maaf!

kan telah saya katakan pada entry yang lepas saya tidak mahu mengambil tahu.tidak mahu tahu apa2.bila ambil berat..ada pula yg kata busy body.entahlah.aku ni sungguh tidak sempurna di mata mereka!


hati seorang wanita.mudah benar rapuh.mudah benar pula dicantumkan kembali.perasaan ini wujud sebentar cuma.sedikit waktu ia akan hilang pergi.

mauduk cerita ini bukan soal wanita yang lemah.tetapi isi hati seorang wanita yang kebingungan.hmm....soal hati..siapa yang mengerti?

Saturday, June 19, 2010

Tadaaa....

Aku telah tukar layout baru dengan azam baru nak update blog.
cewah2..yeke.tunggu la tengok macammana ka.
banyak benda nak cerita cuma kemalasan menaip melampaui segalanya. nak update pasal g hatyai pun belum lagi...ngeh,...ngeh..dah lama berjanji kan.

baru2 ni ada pergi ke jakarta dan bandung. insyaAllah akan update jugak.ehe.
tapi ntah bila la kan...berzaman kot tggu aku nak update. kira malam ni ada mood sikit.
takpelah...aku anggap blog ni sebagai medan aku bercerita je. so takde la paksaan harus update setiap hari ke apa ke kan.hehe.

rasa nak berblog..so go on..rasa macam malas..ya udah..tak perlu memaksa diri untuk berblog.kan.

ok..next time update lagi. nak teman hubby pergi cari roti tisu dia..mau layan world cup makan roti tisu.

rinduuuuuuuuuuuuuu gila nak berblog..banyak cerita nak dikongsi.

Friday, October 30, 2009

Menantu mithali:p

ewah2..tajuk n3 tak leh blah kan.hehe.

mcmni mak mentua aku kena operate isnin ni.ahad warded.so esok aku akan blk ipoh la kan.aku kena la jaga mak mentua aku..kan tu menantu mithali:p.ehe.ater..dalam family tu aku je sorang pompuan.so sape lagi nak jaga dia?? sapa??.hehe. kalo ada pompuan lain pon dalam family aku tetap akan jaga la.no worries ye my hubby:D. still jaga mak kita walau apapon.kan tu dah tanggungjawab kita. so korang doakan la ek my mother in law selamat semuanya insyaALLAH.....:)

so blog adalah tak dapat dihapdet untuk beberapa ketika la kan...jaga org sakit sempatkah ko berblog..hahaha.

lagipon agak bz kebelakangan ini.

Wednesday, October 28, 2009

cafe world


Aku adalah sibuk menjaga cafe ye tuan2 dan puan2.hahaha.gile addicted la game ni...:D

korang pon mesti main game ni kan..layan la fesbuk.mcm2 ada.haha.keje pon tak buat..melayan games sesajo..haha.saje je nak tak da modal nak hapdet kan.tempat cafe world kat sibi.padahal baru start main je..baru level 12...hahaha

ok..n3 diakhiri dengan ketawa berdekah2...hahahahaha