Monday, September 26, 2011

FB yang makin membosankan


makin hari makin muak dengan FB..hari-hari bukak FB tapi tak pernah memberi komen dah update status.entahlah..muak sungguh...jarang sangat nak aktifkan diri update status dan komen sana sini sekarang. 

malam ni mood datang ada la komen 2-3 pada kawan-kawan.lepas tu terus tutup.hehe.entahlah rasa semakin takde privasy FB ni...semakin hari semakin merimaskan..banyak betul stalker..

sebenarnya dah banyak aku unfriend dari FB aku.sebabnya..tengok mutual friend bukan main ramai tapi alih-alih aku tak rapat sangat so tak payah la nak bzbody stalker orang kan...kerja unfriend ni aku buat sejak sebulan lalu dan banyak jugak kawan-kawan yang aku masih tak approve..huhu..entahlah rasa macam FB ni untuk rakan2 terdekat je kot...untuk tau perlembangan semasa kawan2.ada lagi yang akan diremove nanti..~~haha

gambar2 pon dah malas nak upload sekarang.,.cewahhh ada satu kesedaran di situ;p.

alih topik la..bosan pasal FB je!

hari ni baru start guna perfume baru yang mr.syafiq hadiahkan sempena annivesary dulu...1 set dia belikan..losyen hanya dipakai waktu nak tidur je..wangiiiiiiiii.......suke...tapi mr.syafiq kursus so wangiiiii sorang2 la..hehehe;p

eh..tau tak..n3 besday and annivesary present tak publish2 pon..haha..basi je kat draf..sedangkan handbag yg dikasi sempena besday tu telah dipakai pada hari raya dan sudah lunyai rupa parasnya...basi betul n3 tu!!

oh ya...perkembangan terbaharu;p.sekarang buat part time tulis artikel dan editing artikel...ada jugak ambik upah buat assignment..hehe..jadi saya tiada banyak masa untuk dibuang begitu sahaja!haha...gaji dah dapat..alhamdulillah...bekerja dari rumah..tak curi banyak masa.tambahan memang minat menulis kan...maka ia seperti melaksanakan hobi dan mendapat imbuhan ransangan:D.walaupun xdelah besar imbuhannya..cukuplah sekadar otak dapat berjalan dengan meriahnya sambil menunggu posting yang entah bila.imbuhan jugak dapat la dikongsi bersama mak dan ayah:)..cukuplah sebanak itu.walau tidak bermewah2 dengan hasil titik peluh sendiri..yang penting dapat membahagiakan ibu dan bapa.yang pasti elaun bulanan yang mr.syafiq masukkan masih belum diambill..nak savinglah..untuk shopping beijing nanti....sekarang guna dulu gaji tak seberapa ini untuk berbelanjan sendiri;p.elaun bulanan saving....ntah la menjadi ke tidak savingnya..hehe..

notakakitangan:now latest update semua twitter jelah..senang.tak serabut..

Saturday, September 24, 2011

jodoh:soal hati yang kita tidak akan mengerti.


soal jodoh dan pertemuan bukan sesuatu yg mudah untuk diungkapkan kerana kadang2 ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum: 21)

Dalam kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh :

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR

“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti merima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan makan ada kebenarannya. Tetepi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memimilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang igunakan di beberapa tempat seperti :
a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

Thursday, September 15, 2011

posting masih belum nampak tanda2 akan muncul dalam masa terdekat....bayang2 pon langsung tak menjengah lagi.kerja sekarang makan tidur jelahhhh;p.


nampak gaya kena balik kampung for 2 weeks la..sebab tadi mr.syafiq baru call dia kena kursus olahraga 2weeks kat melaka bandaraya bersejarah..wah..kenangan sungguh MELAKA! yelah setahun KPLI bertemu bermacam jenis manusia kan.hikhik.


mr.syafiq pergi kursus,maka aku pon akan balik kedah la..ateee...nak buek apo sorg2 kt sini kan:(.baik balik kampung jaga syahmi yang comel itu!hehe


esok family nak datang sini so ahad tu bergerak balik sama2 dorang la ke kedah....i likeeeeeeee:)).

::Family::

Boyfri(END)....Girlfri(END)....BESTFRI(END)....Everything has an END Except the word....Fam(ILY): It has ( I LOVE YOU).
benar...sesungguhnya ia adalah benar.
sebusuk mana pon kita.
seburuk mana pon kita.
sejahat mana pon kita.
KELUARGA akan tetap menerima....seadanya buruk dan baik kita.

P/S: banyak sangta n3 dalam draf yang tak dipublish.entahlah hilang mood  berbloging seketika.n3 raya langsung tak publish lagi...huhu..

Wednesday, August 24, 2011

wahh..raya sakan korang!!


menjeles di sini!hikhik...
dikmie(adik aku) dapat keta baru..esok kuar..beraya sakan la dia kannnn..mak hadiahkan.sempena nak kawen bln 1 ni and sebab nak balik UPSI lepas raya ni.keta lama dia kancil tu slalu problem..keta lama dan usang kan..huhu.so mak kata better ambik keta lain..dan sebab dia masih sekolah kat upsi tu...mak pilih saga...ntah la ek..mak pilih ke dia pilih..dont know....blaja rajin2..dh dapat keta baru tu!hikhik.

dah adik dapat keta baru..kakak aku plak beli keta baru..dah ambik semalam..exora..huhu.seronok la bole raya sakan jalan2 sana sini.Una, tunggu teh balik teh bawa una jalan2 dengan keta baru una tau;p.

aku ketinggalan..hari ini baru tau.hikhik...takpe2,balik nanti aku tumpang melaram keta baru dorang je;p

aku?hmm...2thn lagi la gamaknya baru boleh tukar keta.ada diskas2 and servey2 gak ngan mr.syafiq.and stakat ni kami selesa nak pilih wish..tapi thn dpan la kot..huhuh.thn ni tak mampu lagi.sayang jugak viva ni...viva ni mak belikan masa aku blaja dulu..hmm..sayang banyak kenangan:).hehe


::wordless wednesday::





Wednesday, August 17, 2011

Laksa Mee~~

korang pernah makan ke laksa mee ni? aku 1st time dengar bila datang P.remis ni.
kat tempat lain tak sure ada ke tak.tapi rasanya macam takde.

sebab..bila aku google resepi,semua naik resepi laksa mee pangkor..so kira2 area sini jelah ada kan.hohohoho;p

1st time beli untuk bekpes.dia letak dalam daun pisang.aku ingt nasi lemak tp macam lembik and basah2 kan.so tanya la.dia kata laksa mee.
aku berpiki kejap then terus beli..atee..aku kan suka try makanan ni.hehe.
mula2 beli 1..balik makan..erm..not bad.sedap la..esok nak cari lagi..pastu dah jadi feveret i uollss;p

if beli for bekpes dia jual dalam daun pisang and portion   dia sikit je.tapi bila bulan puasa ni aku tangok eh..macam berkuah pulak dan lagi SEDAPPPPPP;p

cer tengok ni....

inilah mee dia..tp ni bukan spesis mee kuning ye anak2

bila dah letak kuah and sambal dia..macam ni rupa dia..

maaf atas kekaburan pic ni.huhu.camera hp je;p

ha..macam tu la.nak makan mee ni letak kuah and sambal udang tu. mee tu pon ada udang and kacang panjang yang dipotong halus2.

aku pon taktau mee apa yang dorang guna.mee sanggul ke..mee apa aku taktau.maaf la ye atas ketidaktahuan saya;p.nanti aku cuba risik2 apa mee yang dorang guna k!

aku cuba gak risik2 resepi dengan jiran tetangga nanti.memang sedappp...kalo buat berbuka makan time kuah panas2..perghhh..meleleh nih;p

ok..nak pegi merisik2 kat jiran jap..:D