Thursday, October 7, 2010

umpat mengumpat sesi 1

nak cerita pada orang nanti jadi umpatan pulak.
bagi cerita dalam blog je.
umpatan blog ni lebih UMPHHHH!

hahahahahahahaha.

hari ini satu episod drama berlaku lagi..
dah beberapa kali ia berlaku. tapi kami hanya memandang sepi tanpa sebarang tindakan untuk mengkantoikan heroin UTAMA. ok. Kami yang dimaksudkan adalah sebilangan manusia yang sudah mula menyedari bahawa kami telah ditipu hidup-hidup...bulat-bulat untuk meraih SIMPATI.

kami ini sudah membutakan mata dan memekakkan telinga layan si polan ni.tapi..kisah dia sungguh kelakar tahap ketawa terkencing-kencing. ok..nak tido.esok sambung!

Monday, September 27, 2010

Siap Dah!

Bukan senang kita nak senang.
Bukan payah kita nak susah.

Asal bukan miskin ilmu, asal jangan kaya dengan kesombongan..jadilah manusia yang berilmu dan merendah diri.Kita tidak mahu kalau hidup ini penuh keserabutan. Macam sekarang kepala ni berserabut dan berselirat denagn tugasan dengan keserabutan dan keletihan terlampau.hehe.

Satu hari..sangat letih. ke sana ke sini rasa diri macam robot. dikerah sepenuh keringat. habis leleh peluh ni berlimpah-limpah membanjiri kawasan ipg ni...haha

kata nak jadi cikgu sangat kan..teruskanlah! buat apa nak mengeluh-ngeluh kan.apa yang penting.USAHA! :))

esemen dah hantar satu persatu...yang dapat lagi pun satu persatu.maksudnya,esemen tak pernah putus-putus.ada je..GOOD!

Kawan-kawan semua pon dah ting tong macam aku.Tidur setakat jam 3-4 tu biasa la..esok pegi kelas mata burung hantu semuanya.....

Yang paling bagus lecterur pedagogi...dia kata kita jangan fikir pasal esemen, biar esemen yang fikir pasal kita:p.. GOOD kan!!!!!!

 jadi..janganlah kita fikir pasal esemen..marilah kita tidur dulu! 

Friday, September 3, 2010

letak tajuk sendiri.

semalam dapat satu mesej.
yang menyentuh hati dan perasaan.
meruntun jiwa dan sanubari.

dan saat ini;
rasa ingin melepaskan segala jawatan yang disandang!
biar mereka yang banyak mulut itu banyak bekerja.
sekian.

MERDEKA.

maaf..terlambat untuk publish..

biar lambat asalkan jangan langsung dilupa:p.hehe

Salam merdeka untuk semua...

Wednesday, August 18, 2010

niat salah tafsir

saya minta maaf.
saya tidak tahu kenapa niat saya disalah tafsir.

Mungkin sekali pandang;
memang nampak seperti saya yang bertanyakan.

tetapi di sini.
saya ingin beritahu hakikat..
saya juga adalah penyampai.....
penyamapai dari mereka-mereka kepada awak seorang.

tiada niat lain.hanya ingin sampaikan.hanya ingin jelaskan.
biar jelas dan terang tiada persoalan.

namun;
saya yang tertanya-tanya kini
bagaimana mahu jelaskan yang sebenar-benar????

Sunday, August 15, 2010

Penipu dan Kena Tipu

jika kamu ditipu dan kamu tahu kamu ditipu...
apa yang kamu lakukan??
paling sedih jika ditipu teman sendiri dan kita tahu kita ditipu!!!

Rasa macam nak ambik kepala dia tonjol2 kat dinding bagitau.."hei!! jangan menipu,aku tau kau sedang menipu!!! "

Persoalannya,bolehkan aku nak buat macam tu..tak sampai hati dan tidak mahu memalukan dia pula...tapi sakit telinga menahan ditipu ni..hakikatnya aku tahu dia sedang seronok menipu...isk..isk..biarlah dia serokok dan beronok-ronok dulu..tak pe,mungkin nanti dia tahu dan termalu sendiri

sudah malas sekarang  mahu bertelangah..sudah ke alam remaja dewasa..dengar dan hanya senyumm

dalam hati berkata: bijaknya kamu menipu...dah bodohnya kamu kerana kamu tidak tahu aku tahu kamu menipu!!

ok..aku tengah geram dan sedikit marah sebenarnya;
benda yang tak ada tak pelru diada-adakan..
yang tak wujud mahu juga diwujudkan
yang tidak peduli...mahu dicanang sangat peduli.

haih...mungkin tak ramai boleh memahami n3 ini..tidak apa,cukup hanya aku yang tahu!

memberi input untuk teman2..:D

contoh teks pengacara (Hari Guru) ">