Showing posts with label karutan..karutan..karutan. Show all posts
Showing posts with label karutan..karutan..karutan. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

yeay! saya gembira!

yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

dah start cuti! bole berjimba sepuasnya.TAPI..dalam berjimba sepuasnya kena gak study sikit for interview SPP ni.haih.takpe2..tak kisah la.baca sikit2 je.yang lain cakap je.asal bercakap je dlm interview tu.fakta ke auta ke lain kira:P

seronok sangat.tak sangka berjaya gak harungi KPLI ni sampai setahun.cukup! cukuplah setahun,rasa dah tak mampu nak teruskan lagi dah kot:p. letih!letih mental dan emosi.taktau la maktab lain macamna kan.huhu









lagi seronok..dapat kembali di sisi suami tersayang.rutin rumahtangga kembali seperti biasa. ok la.gtg..c u;p

Tuesday, May 17, 2011

wat im feel rite now!



::rindu::

~berkecil hati~



bertekad tidak mahu mengambil tahu lagi.
berazam tidak mahu pedulikan sekeliling lagi.
bermotivasi nak majukan diri je.

azam.tekad.nekad. 

maksudnya dah tak nak prihatin lagi la.malas! 



Wednesday, April 27, 2011

berukband

beberapa hari menyepi.....bukan merajuk..kalau merajuk..ada ke yang nak dipujuk! mr.syafiq saja sudi memujuk!huhu..

menyepi sebab:
  •  xde mood nak buat entry..macam2 dalam pikiran.ceaaa..padahal ko malas kan!!kan!! haha
  • berukband ni memang buat perangai.terpaksa la aku mengadu domba..merengek manja dgn mr.syafiq nak berukband ni laju2 ckit.dia pon call la maxis..tmbh lg GB..huh! bulan ni kena bayar rm96 utk tmbh kuota....kejam ko maxis!!! 



notice ni la naik kat aku tiap2 hari.fine!! i dh purchase..kalo slowww lagi..xtau la!!!!! 

kalau xde internet ni.bosan gile rasa.minggu ni masa terlalu lambat berlalu...sebbnya tak bz macam kat merlimau dulu.haih...bosan..bosan...bosan..

miss my hubby...my family...x sabar nak balik kg dis weekend..bole la berjimbaan dgn hubby.hehe.isnin baru blk semula ke melaka..labour's day kan;p


::rindu::

Thursday, April 21, 2011

kisah seorang pak cik kantin











 


membara! panas....hujan2 ni pon panas je..hati panas! jiwa terbakar! ehe.

tadi around kul 10 turun cafe nak makan la kan. ambik nasi,ikan keli masak xtau n sayur. RM3.80...actually, harga ok je.tak ada la mahal sangat.standard la tu.cuma mood tak ok hari ni..lagipon cafe tu if mak cik yg jd cashier memang la mahal sangat....tak terpiki ke kanak-kanak ribena lepasan sekolah tu elaun tak tinggi...macammana nak survive hidup kan.ok..aku nak kisahkan sebuah hal di sini..................

fifi ada cerita sebelum ni...

kisah seorang pelajar yg terpaksa bergolok gadai..menggadai cincin tunangnya..semata-mata mahu balik ke maktab dan meneruskan perjuangan. sungguh sedih mendengar cerita fifi. kita yang tidak mengalami..tidak mampu melahirkan rasa seperti dia yg terpaksa mengharungi semuanya.

lagi2..dia terpaksa mencatu makanan harian dan mengikat perut demi keluarga tercinta.iskkk...sebak rasa hati ni bila kenangkan kisah yg fifi ceritakan.

tak mampu untuk mencoret lagi..air mata bergenang..tunggu detik untuk mengalir sayu..membasahi bumi durian daun ini. sungguh betapa kita patut bersyukur atas apa jua rezeki yang kita ada.

notakakitangan:mood sayu jadi entry pun berbulu2..hehe;p

Monday, September 27, 2010

Siap Dah!

Bukan senang kita nak senang.
Bukan payah kita nak susah.

Asal bukan miskin ilmu, asal jangan kaya dengan kesombongan..jadilah manusia yang berilmu dan merendah diri.Kita tidak mahu kalau hidup ini penuh keserabutan. Macam sekarang kepala ni berserabut dan berselirat denagn tugasan dengan keserabutan dan keletihan terlampau.hehe.

Satu hari..sangat letih. ke sana ke sini rasa diri macam robot. dikerah sepenuh keringat. habis leleh peluh ni berlimpah-limpah membanjiri kawasan ipg ni...haha

kata nak jadi cikgu sangat kan..teruskanlah! buat apa nak mengeluh-ngeluh kan.apa yang penting.USAHA! :))

esemen dah hantar satu persatu...yang dapat lagi pun satu persatu.maksudnya,esemen tak pernah putus-putus.ada je..GOOD!

Kawan-kawan semua pon dah ting tong macam aku.Tidur setakat jam 3-4 tu biasa la..esok pegi kelas mata burung hantu semuanya.....

Yang paling bagus lecterur pedagogi...dia kata kita jangan fikir pasal esemen, biar esemen yang fikir pasal kita:p.. GOOD kan!!!!!!

 jadi..janganlah kita fikir pasal esemen..marilah kita tidur dulu! 

Sunday, August 16, 2009

kenapa aku hilang lama

assalamualaikum....:D

Alhamdulillah...bg salam dulu kan.cewah2 skrg intro salam2 dulu yek.ehe.

Aku tinggalkan blog nie sampai dipenuhi sawang..lalang..hantu jembalang..hahaha.alamak!!!! jembalang tak nak daa...takottttttttt.ngeriiiiiiiiiii.....lariiiiiiiiiiiiiiii....GILE!!

Ok..aku sgt bz la.bila on laptop nak hapdet..ada saja halangannya...hmm..ALASAN kannnn.hahaha.betol weh.aku bz.

Janji nak wat N3 khas acik oren part 2 ponbelum buat2...dah basi dah.tp xpe..acik dah tgk pon dalam FB kann..so kira halal la n3 khas tu..muahahaha.

Rindu nak meluahkan rasa kat blog i tau..

Hmmm...sekarang kan h1n1 tgh mengganas..aku risau betul.g mana2 mesti aku pakai mask.u all semua take care ye.....:).aku nak hapdet lagik besok.so for today...sekian di sini.hahaha.

Monday, May 11, 2009

over excited

kadang2 aku rasa menyampah sangat pada manusia2 yg over excited ni.



tau tak..kadang2 sikap over excited tu bole buatkan orang nak termuntah dengar!!! bila ko over excited..ko nampak mcm gaban tgh menonjokan diri bahawa ko ni paling hebat. TOLONG ye...jangan pok pek pok pek..buat jek.. tak perlu dicanang2.



Ops..aku paham ko xcited tuh. Tapi jangan over bole?????

Wednesday, April 29, 2009

keje skolah acik oren kasi

Aku tau aku dah agak terlewat utk wat keje skolah yang acik oren kasi ni.TAPI aku tetap akan buat gak.hehehe.nak buat mcmna..aku blk kg 1 week xda tenet. Bila blk cni jek laptop plak bikin problem. Ni baru setle semua hal..laptop pun dah kebah dari demam...so nie lah tag dari acik oren....layannnnnnn...


1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

SUke2..bole maki2 orang tanpa perasaan.hahaha.Then bole dapt kawan2 mcm acik oren:p



2. Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.

acik oren of kos
mantot si jejaka sinis
ceeramoon yang ceria
fynn jamal yang puitis
tiada yang ke5 dalam hidup aku..lelaki pon bole kawen 4 jek.hahaha

TaPI aku tetap baca blog2 yang lain, kalo nak listkan panjang berjela. Aku x suka yang benda yg ada 5 SO aku taruk 4 sajoo.hahahaha.saja gedikssss

3. Upload 5 gambar followers yang anda suka.Dan describe it.

Erk..erk..erk..tak perlu kot promosi di sini.hahaha

4.Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?

Sangat inginkann..tunang tersayang...menghitung hari bakal menjadi suami..insyaALLAH suami mithali yg menemani n menyayangi aku sepenuh hati..jantung..limpa semua..ahaks.

5.Taken or single? Mana lebih bagus?

Taken....tapi sometime single pon best.hahaha. APapun, hidup ini perlu saling melengkapi..taken is better

6.Pernah tak cinta anda tidak dibalas?

Ermmm..penah tak ek?? ntah ler...hahhaa

7.Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5.

Sayang aku seadanya aku
Sayang gak family aku
Bole tunjukkan aku jalan yang benar..(Cewah2)
keja kena tetap n mantap okeh..hahaha (menjamin masa depan ye:p)
last..sayang aku..manjai aku..sayang aku..suka layan aku..suka merepek2 ngan aku..suka hati aku!!! hahaha

8. Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?

Umo sekarang la..25...time tgh subur mengembang gituu...:p

9. Nak berapa anak?
2 org je. 1 boy n 1 girl..tu pun dah cukup bagi aku...tp kalo rezeki lebih aku on sajooo..hahaha

10. Orang bertuah yang anda ingin tag

memandangkan tag ni dah basi separuh masam..hehe..so aku xda nak tag sape2..

**sorry acik lama bebenor baru menjawab tag kamu..bnyk betui halnya..hehehe

Wednesday, April 22, 2009

.:: Aggressive::.



Aku telah menjawab lagi kuiz FB..bukan sebab bosan uols..tapi aku rasa macam dah letih nak study mady nih.hahaha.apatah istilah aku guna.hentam sajooo.....

Dan..kuiz tersebut telah mengatakan yang aku nih seorang yang agresif.Betol..betol..betol..aku memang agresif.so wat??hhahahaha

malam ni lagi aku agresif tau..plus ngan sakit hati sikit..i make a phone call....someone....:::



Aku : heloo...

Dia: ha..helloo....(diammmmmmmm)

Aku: er..tgh watpe? bz ke?

Dia: takdalah..napa?? diammmmm

Aku: (dah hilanng idea nak tanya..asyik2 diammmmmm jek)

Dia: (Diammmmmmmmm)

AKu: (balas dendam..diammmmm)

DIa: (dIammmmmm)

AKu: Ok la..i nak tido dulu..

*Ni adalah sebagai 1 contoh sajooo..sakit hati okeh kalo macam tu..baik jgn call kan uolss..buang bateri hp..buang kedit dan buang segala macam lagi..sakit oooo hati..sentapppppp......hahahahaha


Lain kali..aku pulak nak dia kalo dia tu call.bole????lalalalalala

Huh..kadang2 nih kita kena piki jugak la kann...situasi orang tu..jangan la kita buat macam nak sisihkan orang kannn....arghhh....

Thursday, April 16, 2009

:: Aku Impikan Sesuatu::


AKu suka okeh pegi bercuti2 sambil baca map..bawa jek bag gamble sajo..arghh..very the menarik! itu Adalah hobi yg sgt aku obses.....arghhh..aku ingin lagi dan lagi....

Hmm....aku sangat suka pegi bercuti2 tau. Tak kira la kat mana asal aku bole berjalan2 jek..g la memana pon. aku tak kisah. Lagi best kalo ada org blanja aku.kihkihkih..


Now, aku berangan nak pegi pulau perhentian. Harus la dengan future hubby aku kan. bukan honeymoon okeh..hahaha. juz backpacking gitu2 sajoo... Honeymoon kitaorg harus BALI okeh.hahahaha.


Aku memang suka kalo g jenjalan kat mana2 juz backpacking gamble gituu.sagtttttttt suka okeh. so ada sesapa yg hobi mcm aku nih jom la kita bercuti bersama2..dah lama aku x g bersuka ria berjalan2 gituu..


Aku nak gak pegi pulau perhantian itu. dah siap mimpi2 okeh. Arghhh...bila aku nak g nih. ada sapa2 nak sponsorkah???? kihkihkih



Wednesday, April 15, 2009

:: AKu dAn FB Quiz ::

Satu hari dalam rasa yang amat kebosanan setelah letih mengadap thesis (macam fokus sgt..lalala). AKu rasa amat perlu untuk rest barang seminit dua.hehehe. And aku pun merehatkan otak nie dengan buat quiz2 kat FaceBOok itu.... HasilNYa AdaLAh.....

1
Zalieya took the Siapakah Anda 30 tahun dari sekarang! quiz and the result is Anda seorang Pemimpin!
Anda seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat. Elakkan memenangi pilihan raya dengan cara menipu. Kami berharap anda dapat memimpin kami dan menaik taraf hidup kami kepada lebih baik. Jangan terlibat dengan skandal liwat atau perempuan yang menjadikan anda tidak dihormati rakyat. Chayok!

Kata Aku: Hahaha..adakah aku akan menjadi pemimpin. Sapa yg sokong aku. cepat2 berkempen untuk aku mula dari sekarang hingga 30 thn akan datang..hahaha.

2
Zalieya just took the your favourite fruit tells your secret...!!!!!!!!!!! quiz and got the result: COCONUT..
COCONUT: The coconut lover is a serious, very thoughtful and contemplative person. Though you enjoy socialising, you are particular about the company you keep. You tend to be stubborn but not necessarily foolhardy. Shrewd, quick-witted and alert, you ensure that you are right on top of any given scenario, especially at work. You need a partner with brains, and while passion is important it certainly isn't everything for you.

Kata Aku : Rasa2 macm betul la tempias ckit2..hahaha.....sebab apa jek quiz aku jawab mcm lebig kurg jek...lalalala

3
Zalieya just took the What word best describes you? quiz and got the result: Intellectual..
Intellectual: You pride yourself on your intellect. You are always studying and learning new things. You love spending time working on the most important part of your body, your brain. You have an incredibly high IQ and love discussing world events and politics.

KaTa Aku : No komen:p lalalalala....

4
Zalieya telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 21 Zulkaedah 1404 Hijrah iaitu jatuh pada hari Sabtu.Maksud : Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.Sifat : Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada diri anda dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Anda seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti anda akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupan. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala anda menjadi keliru. Anda seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Kata AKu : Lu piki La sendiri...lalalala

5
Zalieya just took the What does your birthday mean? quiz and got the result: You're Pensive..
You're Pensive: Introspective and intense, you tend to be a deep thinker.You are quiet and spiritual - and you have a unique perspective on life.Your soul reflects: Lightness, luck and an open heartYour gemstone: RubyYour flower: LarkspurYour colors: Green and red

Kata Aku: Korang RAsa?????

6
Zalieya took the adakah anda kaki melaram? quiz and the result is melaram tahap biase2 je...
anda nih bukan la kategori x melaram, cume anda lebih penting kan bende lain drpd hal melaram nih... anda nih selalu memikirkan makan kueh talam lg bagus dari melaram... ngahah..

KAta aku: Betol3..aku memg bukan kaki melaram....makan kueh talam adalah lebih bagus gituuu..lalalala..

7
Zalieya took the Pada umur berapakah anda akan berkahwin? quiz and the result is 35 tahun dan ke atas
woi.. lekas2 la kawin. dah lambat sangat tuu. ish2. lame2 kang trus x laku.

Kata Aku: huh..ini menyeramkannnnnn...tApi Naseb baiK la umur aku 25 dah nak kawen..lalalala..kanG kaLO x terus x laku2.ehehe

8
Zalieya took the pasangan anda yang sesuai asal dari negeri mana? quiz and the result is orang wilayah
sama ada wilayah kl ke wilayah putrajaya ke labuan ke mana2 wilayah la ok?

KatA Aku: Ermm....memang Tepat la ini. Cuma future husband aku dah pindah beberapa taun lepass.

9
Zalieya took the Menteri Apa Korang akan Jadi Kalau Masuk Politik quiz and the result is Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Kata Aku : See..kan aku nak jadik pemimpin nanti...lalalalala

10
Zalieya took the Kuiz Tatabahasa Kedah! quiz and the result is hang mmg otai kedah..
lahiq kat kedah, besaq kat kedah.. hang pi dok mana pon..jadik lagu mana pon... hati dan jiwa hang masih kedah...

KAta Aku : ini memang aku xnka komen apa2. Hijau KUNing itu memang jati diriku.hehehe.

11
Zalieya took the Kuiz Tatabahasa Kelantan. quiz and the result is Anda Memang Hebat Berbahasa Kelantan
Tahniah..Nik Aziz akan ambil anda mnjadi mnantunya dlm masa 3hari..jgn off telefon anda..teruskan menyokong Kelantan..maklumat lanjut di http://www.kelate.net/

Kata aku: Ha..ni maybe coz persekitaran aku semua bdk2 kelate kot.. dari aku 1st sem degree sampai sekarang ( dah 5-6 taun la) aku serumah nagn bdk2 kelate nih. so aku dah bole paham dah dorang punya bahasa..hahaha

Saturday, April 11, 2009

Makan..Makan..Makan..

Wahh..suka benar masak sekarang.Bukan apa saja nak menambahkan berat badan yg dah sentiasa berat ni.hahaha.Bosan la babe..dats why i masak. nak tggu acik oren blanja lambat bebenor...Bila ni acik?? mee rebus presint 9 jom...*wink*

Semalam aku goreng kuatew..sodapp tp nan adoo pic. Malas la nak ambik pic kang acik jeles plak.lalalalaala. AKu main campak2 sajoo, nasib baik menjadi jugak.hehehe.Nafsu makan skrg nih nak mkn air tgn sendiri jek.hehehe.SamBil2 nak blajo masak kang nanti kat umah mentua duk sengih kerang busuk saja..ha..mcmna?? Malu mak aku plak kannn..nanti kata dia x ajar aku masak plak. Walhal...asal time memasak je kat umah aku mesti sakit perut la..pening la..hahaha. Sakit malas selalu...saja nak bg peluang kat kakak semua terer masak....so aku bg la dorang masuk dapur....baik kann aku sebagai adik:P

Sebab tu la kalo korang nak tau..kalo boleh aku nak berjiran ngan salah sorg kakak aku..senang ckit.Kalo dia masak srh tolong anta kat umah aku skali.hahaha. Bagus kannn...hahaha. Tp aku memg nak kena blaja la masak yg best2 n masyuk2 ckit..dah bapa bulan jek lagi aku nak jadi menantu orang..masak pun x reti..mcmna tuh...kena bajet blk umah mentua time dia dah siap masak la gamaknya...ehehehe.

OKeh...Mlm nie kan aku masak sup ala2 sup siam tu..makan ngan mee kecik.erk..ala yang mcm yee mee tuh. Tak tau?? huh...kompem malas masuk dapur nih.hahahahaha.
sodappp..sodappp.ala...pedulik apa aku puji diri sendiri...lalalala.

Nafsu makan aku sekarang makin tnggi tau napa?? Orang buat master 1 tahun setengah sajoo..aku dah dekat2 2 tahun nih.huhuhu.Thesis masih macam tuh. Aduiii...bila la research aku nih boleh memuaskan hati semua orang nihhh...dah dapat master cepat ckit aku nak proceed PhD ye tak?? ahahaha...berangan okehhhhh! Siapkan dulu la kan research nih! chaiyokkkkk.

Eh..acik kalo lu blanja wa mee rebus P9 kompem research wa b'jalan lagi lancar tau.....lalalalala.

Thursday, April 2, 2009

Cerita2 penglipur lara

Menghukumi orang tanpa usul periksa, itu menzalimi namanya!

Hehehe.mula2 lagi dah macam mood mengamuk.hahaha.aku memang suka mengamuk.mengamuk itu memang hobi aku.*ketawa dengan sangat gembira*

Kau..ye..kau la. sapa lagi?? kamu itu yang sedang membaca itu? yes!! u!

Apakah makna sahabat untuk kamu?
apakah makna kawan untuk kamu?
apakah makna teman untuk kamu?

apa..apa dan apakah?

Kenapa? saja aku mahu tahu. mahu menilai erti persahabatan buatmu.
saja..saja dan saja.

Eh napa plak ko nk marah? suka hati aku la blog aku. nak tulis apa aku punya suka!

Adeh..mengamuk lagi.. kan aku dah kata itu HOBI.*wink*

sudah bah,,sudah amuk...una kata amuk itu cepat tua.agagagaga.okeh.tak mahu mengamuk lagi...hahahaha.

tadi aku pegi jCard kat JJ equine tu. Bershoping moping di situ. aku beli handbag baru lagik. jgn jeles u..hahahaha.sempat ar sambar sejenis dua barang time happy hour itu.hehehe.

Aku suka 1 handbag itu.carlo rino.rm100 after sale. sgt cantik.kecil molek.elok dibawa ke majlis kenduri kendara.hahaha.kiut miut la bole kata.aku pegang then ada la sorg amoi itu pun suka itu handbag.aku nk beli dah out of bajet da time itu. so dengan penuh perasaan dengki aku bawa handbag itu jalan merata-rata dulu.hahahaha.dah siap pusing2 tgk itu amoi tak ada, aku letak la blk kat bawah2..dalam2..tak nak orang ambik. punya la syaitan duk hasut time itu. elok je aku letak n blah dr ctu..si amoi tadi terus ambik g buat bil. rupanya dia asyik follow aku sajoo..hahaha. kompem dia bermaki-makian terhdp aku. terima kasih amoi...dapat blk pahala setalah aku berbuat dosa....hahaha!


Cerita penglipur lara kedua....

ala..story mory ni kena sensored sikit la. nanti en.syafiq tau plak.huhuhu.

ermm..sekarang kat umah aku kat kg sana..itu kedah mali arrr..parent aku dapat sorg anak angkat. itu ensem punya olang ar..itu PTD ar. dtg mau bikin apa projek aku tatau n aku xmo pun ambik tau.2 minggu maa dia lepak itu rumah aku. adusss..rugi aku tak da kat umah *senyum gatal*. aku call eisya (anak sedara aku umo 7 thn ok)ptg tadi borak2 kosong sajoo..then nk letak itu phone dia bilang sama aku arr..teh itu abg encem ar ada oooo..hahahaha.see..anak sedara n mak sedara punya sama kegatalan.hahahaha. ampun en.syafiq! gatal2 sementara sajoo.hahahaha.

Wednesday, April 1, 2009

.N3 Ini Tiada Tajuk.

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Banyak benar urusan duniawi yang harus dilaksanakan.
Dan;
telah banyak benar janji yang aku mungkiri atas dasar kesibukan ini.

Hmm..apakah benar2 aku sibuk atau hanya buat2 sibuk untuk melupakan sesuatu?
Haih..sukar benar untuk mentafsir. Apa kau susah. Jangan fikir2. Jika aku bilang aku sibuk. Ya, benar aku amat sibuk. Usah berfikir bermacam cerita.Kelak negatif saja yang kau cerna dari mindamu.

Kekalutan kesibukan ini bukan aku seorang yang miliki. Malah,beribu2 manusia lain. Banyak benar urusan yang harus..patut...wajib dilaksana.Sungguh! banyak benar.

Bermula dengan satu..dua..akhirnya urusan itu tak pernah surut. Sering kunjung tiba.
Tika ini tiada siapa2 penting bagi aku. Yang penting uruskan urusan2 penting dulu. Itu lebih penting.

Oh..tidak! aku bukan anak derhaka. Sesibuk mana pun aku. Ibu bapa itu utama.*Senyum*. Itu urusan yang tersangat penting.

Letak dan ambil.Ambil dan taip.Itu urusanku seharian.Mungkin kalau laptop ini bisa berbicara.Aduh..banyak benar rungutannya.

Tolong jangan biarkan aku kepanasan begini lama2.
Biarkan aku berehat barang seminit dua.
Usah ditekan2 lagi keyboard itu.Aku sudah sakit.

Mungkin itu keluhan laptopku ini....

Tak pernah berhenti barang sehari. 24 jam itu. Mungkin rehatnya hanya 30 minit cuma.

Aku sendiri telah benar2 letih...

Letih dalam kesibukan duniawi ini.

Thursday, March 26, 2009

.:Ini Soal Hati:.

Ini soal hati
Ini soal perasaan.

Percaya dan yakin itu akan membuat kita rasa lebih dihargai.
Yakinkah anda dengan pasangan anda?
Percayakah anda dengan pasangan anda?

Kenapa perlu? Kenapa harus? Kenapa dan kenapa?

Ohh..kita saling berpasangan. Mengapa perlu lagi ada rahsia dan ketidakpercayaan? Pernahkah kalian terfikir itu.

Hei..rasa tidak percaya itu memang harus ada. 100 kasih itu..biar hanya 25 nya tidak percaya. Itu harus.
Kerana jika dalam 100 itu..100 kau percaya, itu binasa!

Kenapa? sini aku jelaskan.

Pabila kita terlalu percayakan pasangan, kita akan rasa terlalu yakin dengan diri kita sendiri. So..dari situ kita hanya ambil endah tak endah terhadap pasangan. Dan dari situ pasti akan muncul konflik ye ka???

Ohh..dah macam kuliah yang aku berikan semalam kepada para pelajarku:)

Yes..semalam aku berikan kuliah mengenai peringkat2 hubungan..bagaimana mahu memutuskan hubungan secara direct dan indirect. Mengapa pasangan berpisah dan bercerai. Mengapa konflik terjadi..huh..semuanya melibatkan PERHUBUNGAN.

Kalian ingin tahu apa yang aku ajari? Ok...aku mengajar subjek Komunikasi Interpersonal. Di mana? Tak perlu aku nyatakan...*Senyum Rahsia*

Berbalik pada soal hati;

Ada yang kata hati ini rapuh...
Serapuh mana? Siapa yang tahu?

Soal hati ini sukar kita mengerti. Mengapa memilih dia dan bukan dia..hanya pemilihnya saja yang tahu.
Kita yang bukan siapa2 ini tidak perlu mempersoalkan apa2 kerana kita tidak pernah tahu dan mahu mengambil tahu apa2.

Hati oh hati....

Wednesday, March 25, 2009

-.A.K.U.-





Bosan okeh buat transcribe ini. Sakit lubang telinga..otak dan segala macam lagi. Huh..dengan bunyi mesin kerangnya..dengan bahasa melayu yang tak berapa fasihnya.

Memang benar dugaan. Tapi demi $$$$$ takpe2..kutabahkan hati.hahaha.Lagi2 pula 2 April ini ada itu Jcard's day. Moh kita beramai2 serbu Jusco Taman Equine nanti. Aku rasa better orang tak payah pegi la. Buat semak jek aku nk bershopping.hahahha.

Kenapa wanita ini obses kepada SALE??

Kat mana2 kalau ada sale kaum hawa la yang akan selalu pergi dulu. Tak kira la time opis ke idak...shoping juga kerjaannya.hahaha.

Aku tau kenapa..aku rasa kaum wanita memang dilahirkan untuk shopping dan kaum adam harus bekerja keras untuk memenuhi keperluan kaum hawa ini. Mr.Syafiq...mesej ini untuk anda..*Senyum sambil mengeyitkan sebelah mata*


Alangkah bestnya kalo time sale itu kita ambik semua handbag..baju2 bawa g kaunter semua. Aduh..tiap2 ari aku bersilih ganti baju baru n handbg baru. pakai buang saja handbag n baju2 itu.hahaha

Apakah yang aku membebel ini.

entah..ini adalah mood bengong time tak boleh nak siapkan transcribe dan due date sudah semakin hampir.

Itu Aku. Kamu?

Ok..meh kita bercerita pasal hobi aku. Hobi baru ye:p. hahaha.

La..kalau memang aku suka makan pun apa kau kisah? aku pinjam beras kau ke nak masak nasi ayam ? eh.napa nasi ayam ek? ntah!sebab en.syafiq suka kot.hehehe. kan kena belajar memasak makanan kegemaran bakal suami. bagus kan aku (kalau aku tak memuji diri sendiri,adakah korang nk memuji?.hahahaha.Ketawa lagi. memang pemurah betul aku dengan gelak tawa ye.

Ok..sebelum terlupa. Korang jangan pelik napa aku selalu sebutkan en.syafiq ye.Sajo..aku memang suka gedik2 memanggil dia dengan bermacam nama. Dah ada banyak nama. So aku boleh panggil apa2 sajo.hahahaha.(ketawa lagi tp kurang ikhlas).

Okeh..hobi baru aku adalah mencuba memasak makanan yang tak pernah orang masak. tak paham? betul slow la kau! guna celeron ke hape ko nih?kahkahkah (version ketawa gedik).Maksudnya, aku masak resepi yang aku ambik dari itenet dan aku try masak tapi x jadi dan mula la dari situ resepi hentam keromo muncul.Tp yang best, tiap kali hentam keromo..resepi aku menjadi sedap.

Oh ya..nanti aku masakkan untuk en.syafiq ye. kamu harus jujur menyatakan sama ada sedap atau tidak. tapi en.syafiq anda diingatkan jujur ye! (peringatan:kalau x sedap lepas kawen masak sendiri.hahahhaa)

okeh..aku tau jawapan jujur en.syafiq mesti sedap kan.kan..kan en.syafiq kan? hahaha.

Aku memang suka buat orang jujur dalam keterpaksaan ni. Satu keindahan aku rasa.*sambil mengangkat kening gumbira*

Itu aku. Kamu?

Sunday, March 22, 2009

Oh..Tidur Itu Lebih Penting.OK!

Sehari 24 jam itu cuba kau nyatakan kepadaku;
Berapa jamkah waktumu mencelik mata melihat dunia?

Oh..berikan aku barang sejam untuk ku lelapkan mata yang kepenatan ini. OK. Tidurlah engkau...aku dodoikan

Hey...sudah sejam engkau terlena sahabat! Aku ingin kejutkan kau dari mimpi2 indahmu itu.

Eh..sebentar.Berikan aku lagi 2 jam. Aku benar2 kepenatan. OK.

Berlalu jam2 yang berikutnya..kau masih tidur. Benar2 penat kamu.Bagaimana kepenatan itu?

Huh..aku juga merasainya. Penat itu usah dinyatakan. siapa2 pun tahu. Dan siapa2 pun kepenatan. Tapi 24 jam untuk hidup itu..perlukah disiakan separuhnya hanya untuk tidur??

Benar aku tidak tahu. Bagi aku sebagai seorang dewasa.6 jam dalam tempoh 24 jam itu sudah memadai. iya, rugi benar rasanya terus melelapkan mata tanpa melihat kkeindahan dan kebahagiaan dunia ini. entah esok masih terbuka mata untuk kita, kita tidak tahu!

Tidurlah jika itu yang kau mahu;
Aku tidak pernah menyatakan tidak.
Cuma akan kunyatakan OK!

Ohh..itu memang jawapan kliseku...

Tidak faham?? usah memahami kelak makan diri.

************************SALAM***************************************

(Selamat Pengatin Baru)

Aku hanya nk ucapkan selamat pengatin baru kepada sesapa yang telah selamat mendirikan rumahtangga..terutama pasangan sweet yang aku jumpa pg td. Hahahaha. Selamat pengantin baru again guys..

Tapi sayang n kesian la..baru 1 week kawen dah kena duk jauh2...dah kena berpisah plak. takpe2..sabar..
hhahahahahahaha.




Tak da benda lain nk tulis..aku nak rest jap layan perasaan letih nih. Minggu ni langsung xda rest. Bnyk tul hal nk kena wat...
hhehehehe..kadang2 wat2 jek ada hal.hehehe

Hmmm..aku baru baca blog acik oren tadi. sedihnya..kesian dia! kuatkan semangat ek acik!!! Teruskan hidupmu sebagai insan baru..semangat baru..dan segala yang baru2...