Wednesday, November 30, 2011

~sakit yang tidak tahu apa ubatnya~

setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya kecuali maut.semua orang tahu hakikat itu.


Tapi dari semalam sakit saya menyerang...sangat sakit dan sehingga kini..saat saya menulis n3 ini,kesakitan itu masih tidak berkurangan.berbiji pil ditelan.sakitnya sama saja!malah semakin menjadi.

Ya Allah....berikanlah kesihatan kepadaku...agar dapat aku tunaikan tanggungjawab sebagai isteri,anak dan menantu yang baik kepada suami dan keluargaku.

Monday, November 28, 2011

~dugaan~

Pada satu sisi...Allah berikan saya kebahagiaan.yang bukan semua orang bisa menikmatinya.
Pada satu sisi yang lain..Allah berikan saya dugaan yang bukan semua orang bisa menghadapinya.

Apapun,bagi saya itu semua aturan yang telah ditetapkan.yang harus saya hadapi dengan redha.
Bohonglah jika saya tidak pernah berasa putus asa dan kecewa.saya manusia biasa!
Namun,bila rasa kecewa itu menjengah...cepat2 saya larikan jiwa saya dari memikirkan dugaan yang datang.
Jika dilayan rasa kecewa,habis musnah segala! 

Saya pernah menangis sendiri.selalu merenung dalam diri.bukan mencari khilaf,tetapi bermuhasabah.
Keberuntungan saya cuma satu,punya keluarga yang sering memberi bantuan dan semangat.punya suami yang memahami.punya mentua yang sungguh mengerti.

Saban hari,saya berdoa agar dugaan yang diberi ini akan ada penyelesaiannya.akan ada kisah penamatnya.akan sampai waktunya saya sihat.akan tiba masanya saya bergelar ibu.sungguh!saban waktu saya titipkan doa itu.

Tapi,perlu diketahui..saya tidak menyesali apa yang terjadi.malah saya bersyukur sekurang-kurangnya..dalam dugaan ini...lebih mendekatkan saya kepada yang Pencipta.

Senyum itu ibarat bungan yang kembang, ketawa itu bungan yang mekar indah.jadi senyum dan ketawalah..biar lari semua kelukaan.biar pergi semua kehampaan.




~keTERBUKAan~

dunia siber hari ni..terlalu terbuka...semuanya didedahkan..semuanya ingin ditunjukkan! senatero dunia!
tanpa sedar sebenarnya terlalu banyak buruknya apabila terlalu banyak didedahkan.

seorang cousin sudah pon menutup akaun FBnya....hmmm....terfikir untuk mengikut jejak langkah.

hmm..lagipun sekarang buka FB pon sebab games je.hehe.




belum terfikir untuk tutup terus FB tu..tp untuk upload2 pic tu maybe dah tak kot.rupanya terlalu bnyk risiko dan dosa tanpa sedar...tgh berkira2 untuk remove pic2 tu...simpan utk koleksi peribadi saja...lagipun memang dah lama tak upload pic..baru2 ni saja upload 1 pic dinner ngan hubby..huhuh.


entahla...bila banyak membaca dan mencari tahu..rupanya banyak sungguh buruknya mendedahkan diri dalam dunia sibar ini..mungkin blog ini juga akan disembunyikan identitinya.hehe....

Monday, November 21, 2011

::RASA::

Berbaur rasa....jiwa yang terdera....hati yang meronta...



Sungguh terasa rindu pada kampung halaman;
Pada 12 kenit di kampung sana..yang saban hari menunggu teh pulang membawa ceria!

Ya..saya ibu saudara a.k.a mak teh yang baik! disayangi dan paling menyayangi!! ;p

antara kenit yang dirindui :D

Saturday, October 29, 2011

::senyum::


beberapa hari tak boleh on9.blog tak boleh bukak.banyak perkara nak cerita.yang penting nak bagitau..............
yeay!!!saya dah posting.alhamdulillah dekat sangat dengan rumah....dlm 10min sampai la sekolah:D. yippi!!

mr.syafiq hadiahkan sy ipad sempena dah posting....tak sangka!!tiba2 dia bawa balik and say its a present for me! sebab posting!hahaha..kelakar rasa,..apapon happy sangat.

hidup back to normal..now lunch dah tak masak.tak sempat la...kadang2 mr.syafiq juz beli lauk pauk dari sekolah.kadang2 kitaorg pegi makan kat mana2 after habis sekolah.malam rajin masak la..hikhik..

lagi best,sejak posting keje rumah dah buat sama.alhamdulillah mr.syafiq sangat memahami....setakat jemur baju..basuh baju...basuh pinggan ...sekarang mr.syafiq dah SANGAT ringan tulang.syukur :)

ada kawan2 yg dpt posting jauh dr hubby dorang.apa nak buat kan..semua ni tuntutan pengorbanan...kita dah pilih untuk menjadi jurutera manusia maka kita harus berkorban..insyaAllah satu masa korang pasti akan dpt bersama hubby semula.tanamkan sabar dalam diri.asuh tabah dalam jiwa ya kawan2.




1 of my fren dapat sarawak.dalam ramai2,dia sorang yg kena naik belon ke sana.hmm...sy tau dia pasti boleh menjalani kehidupan di sana.sentiasa mendoakan agar dia tabah dan enjoy every moment kan sana.semua tu adalah pengalaman yang tidak ternilai.pengalaman yg akan mematangkan diri.Tahniah! kerana Allah memberi dia kesempatan untuk merasai semua itu.dari satu sisi, dapat dilihat dia semakin matang dalam tangani setiap hal...memupuk sabar diri dan belajar menerima apa saja permasalahan.sekali lagi tahniah!






Friday, October 14, 2011

teman terbaikku...



Wazir Syafiq has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever. 
 status di fb aku...sungguh...dialah teman terbaikku:))

Sunday, October 9, 2011

Hilang

lama menghilang..bukan hanya dari dunia blogging malah dari dunia alam maya sendiri.

faktor???

mula2 nya balik kampung tp still on9 la..cuma x aktif sebab kekangan masa.
then balik perak internet plak problem 1weeks mcmtu la..so menghilang la sekejapan dari alam maya.huhu.
now...internet dah boleh and masa ponnn banyakkkkkkkkkk,.....sebab tak POSTING2 lagi kan.sadis.


tapi aku tetap bersyukur atas segala perjalanan yang berlaku sepanjang menunggu posting nih...tiada yang menyedihkan dan menyesakkan dada...semuanya menenangkan dan mendamaikan :D.alhamdulillah..syukur....


syukur kerana mempunyai suami yang mengerti dan keluarga yang memahami.enjoy...rasa macam tengah bercuti je.hehe.apapun aku anggap penantian posting ini sebagai medan percutian jelah....bercuti sepuas-puasnya.belajar masak seenak-enaknya.ehehe.menjadi superhousewife sebaik-baiknya....:)).