Sunday, December 13, 2009

Tragedi pengantin

Sedih..
hanya 5 patah ini dapat aku ungkapkan bila aku dengar berita ini...sangat mengayat hati..sayu pilu menyelubungi perasaan aku time dengar berita ni..
baru 3 jam bergelar isteri, tiba2 dikhabarkan suami meninggal dalam kemalangan jalan raya.OMG...apa perasaan korang kalo terima berita macam tu?

aku kelu..kaget..terkejut..berat benar dugan yang diterima...apapun ALLAH lebih mengetahui.

Friday, December 4, 2009

Hilang

aku menghilang..busy..tenet pon susah dapat.sedang kursus induksi..huhuhu.dah keje! yey..yey..suke2 :D
nanti free update la blog nih..biar dipenuhi sawang dulu..:p

Thursday, November 19, 2009

hobi di kala kesedihan melanda diri...

saat aku berdiri tersenyum sumbing disini
tiada siapa peduli.

saat aku ketawa gembira di sudut dunia sana
semua datang menerpa.

saat aku hiba luruh air mata
siapa2 saja datang berpaling muka.

haih...ragam namanya. siapa2 saja pasti buta pada rasa yang membara.

esok2 akan ada sinarnya memuncak cahaya tunjukkan segala..
siapa nista..siapa dusta..siapa kita!

mencanak hati mahu tahu apa itu.
kadang rasa malu dengan kebodohan ini.
tapi;
jika tak dinyatakan bodohnya
mana mungkin tahu bijaknya di mana!

mungkin aku yang bodoh.
tidak bijak.
seperti tidak tahu berkata tidak.

ia kan saja salah atau betulnya.

kukutip kepingan hati ini
yang telah luluh dicarik pilu
agar masih ada garisnya untuk kucantum kembali
menjadi sekeping hati nan keras takkan rapuh lagi.

*karya terbaru aku...terjah SINI  untuk karya2 lain"__".

 kapasitor.net memang memberi nafas pada aku.tika sedih,gembira dan kecewa..kapasitor "dada" untuk aku nangis hiba.

hm..keluhan!

(",")
aku sedih...
hmm..mcmna nak cakap ye.
sangat sedih..tsk..tsk..tsk..tsk..

need someone.
need advice.
need..need....arghhh.

aku tak tau mana jalan yang betul.aku rasa aku patut pergi utk ambik pengalaman tu. tp somehow...aku rasa tak patut. banyak +ve dan -ve..aku tak tau.aku buntu!

aku perlu siapkan tesis.dan skrg memang tengah berkobar.tapi aku tetap kena bekerja.untuk diri.peningkatan hidup sendiri.aku kena cari pengalaman.resume aku kosong.takde langsung pengalaman keje..lgpon..mak ayah..dorang teringin sgt nak tgk aku keje...hubby aku izinkan aku keja.

tapi aku berbaur rasa;
aku memg takut kesibukan masa membuatkan aku terlalai..
tapi ntah lah..
sukar aku nak luahkan apa yang aku rasa nie.

apapun..aku still berpiki.....

Wednesday, November 18, 2009

lately sangatttttt bz

just nak inform..lately aku sangattttt bz.
so x dapat nak hapdet dengan berjaya.

now..piki nak hapdet thesis dgn berjaya je
hahaha.

ok..sekian.

Tuesday, November 10, 2009

Mario Mariono Bros

hah..n3 kali ni aku buat kelainan sikit.ehe.tranformasi bakal berlaku:p.haha.ok..n3 ni aku nak korang layan cerita mario mariono bros. memang terbaik dari ladang! memang layan la....best..2,3,4,5,6,7 thumbs up.hahaha.gile.

Layan.......





okeh...aku akan upload lagi later sambungan cerita ni.kredit to YouTube

Monday, November 9, 2009

Ibu hati iblis...kejamnye ko!



DUNGUN: Seorang wanita berhati iblis bukan saja tergamak mendera anak perempuan tirinya, Nurhidayah Abdul Wahab, 4, malah pernah mencampak anak kandungnya sendiri yang baru berusia sembilan bulan ke dalam kolam ikan berhampiran rumahnya.

Bagaimanapun, bayi lelaki malang yang hampir lemas dalam kolam ikan sedalam tiga meter itu diselamatkan bapanya, Abdul Wahab Mahusin, 39, di rumah mereka di Kampung Sura Hujung di sini, dalam kejadian sebelum Ramadan lalu.

Perbuatan kejam wanita berusia 21 tahun itu sekali lagi terbongkar Ahad lalu selepas datuk kanak-kanak perempuan terbabit menemui seorang bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan sebaik mendapati cucu yang tinggal bersama ibu tirinya itu tidak berhenti menangis selain mengadu sakit di bahu kanan.

Abdul Wahab yang mendedahkan perangai wanita itu yang juga isteri keduanya berkata, tindakan wanita itu tidak ubah seperti binatang kerana langsung tidak memiliki perasaan terhadap kanak-kanak terbabit yang mengharapkan kasih sayang daripadanya.

Menurutnya, disebabkan sering didera ibu tirinya, anaknya kini trauma dan hidup dalam ketakutan apabila bersama wanita itu.


Berita lanjut terjah sini!

haih..apa la.org lain nak anak tak dapat2.ni elok2 ada anak dibuatnya macam tu.even tu anak tiri..jaga la elok2.yang bapaknya ko nak..anaknya ko dera eh.banyak cantik muka ko!!!macam2 dunia skrg kan...