Sederap Melangkah ke hadapan. Di Mana Kamu berdiri. Di situ Aku setia Menemani.Bersama kita mengharung pengembaraan hidup di pentas dunia. Inilah sebuah KEMBARA KEHIDUPAN.
Sunday, January 11, 2009
~manusia yang beralasan~
Manusia yg penuh dengan alasan.apakah spesis manusia ini?anda tahu jawapan??? tidak tahu??? biar saya jelaskan. maaf anda perlu membaca dengan intonasi sedikit jelik pada manusia beralasan ini.harap maklum.....
"manusia yg penuh dengan alasan ni bg aku adalah manusia pemalas.nk beralasan saja.piki dia saja.tau susah dia saja.ingat manusia lain @ aku ni apa??tunggul kayu ka?yg buta mata,yg pekak telinga,yg bisu bicara.org lain pun MANUSIA juga TAPI bukanlah yg slalu beralasan.kalo dah tau anda salah mengiakan saja tak payah nk bnyk2 alasan then bg reason menunjukkan anda seorang yg sgt baikkkkkkk.x perlu hipokrit.orang yg beralasan ni penipu jugak!!!alasan dia semua x betul..kelentong A+ la para manusia beralasan ini.nasib baik di universiti2 msia xda subjek bagaimana mahu mencari alasan kalo x kompem semua dpt A+.tahniah kepada para manusia beralasan ini.anda bijak.bijak mencari alasan menutup kesalahan diri dan membuatkan orang sgt bersimpati pada anda..aku?? maaf skali lg.aku tidak pandai bersimpati.untuk apa aku bersimpati kpd manusia beralasan seperti anda.aku dilahirkan dengan wawasan.aku manusia berwawasan yang x memerlukan sebarang alasan untuk melaksakan apa2 sahaja tugasan dalam kehidupan.setiap apa yang kita lakukan adalah pengalaman yang tidak dapat kita beli di mana2.justeru..untuk apa anda beralasan.aku kagum..sangat kagummmm.aku tidak pandai untuk memberi alasan pada waktu spontan.sungguh tidak pandai.justeru aku kagum pada anda yang bijak mencari alasan yang boleh membuatkan orang kagum terhadap anda.tahniah sekali lagi.cuma aku berasakan manusia beralasan seperti anda tidak akan boleh pergi lebih jauh..tidak akan maju.maaf sekali lagi...aku ingin bertanyakan kepada anda manusia yang beralasan ini.mengapa?mengapakah?mengapa anda sering mencari alasan??pemalaskah anda?bodohkah anda?sangapkah anda?bongokkah anda?gilakah anda? (ayat yg semakin kurang ajar..hehehe).jika anda manusia beralasan berikan aku jawapannya.aku ingin tahu persis apakah jawapan anda..maksud aku alasan apakah yang anda ada untuk mempertahankan diri anda menjadi manusia beralasaan.alasan lagiiiii..........jawapan anda hanya semua alasan!"
Friday, January 9, 2009
~lalalaallalalalalalalala~

ingin aku ingatkan pada yg alpa
kutitip puisi ini buat mereka yang alpa
namun pada yang tidak pernah lupaj
adikan ia bacaan berguna
aku bukan penyair agung
yang menoktahkan kata dengan baris indah
aku hanyalah insan
yang melakarkan pena dengan rasa
pada yang lupa
aku ingin mengingatkan pada yang esa
datang dan kembalinya kita
hanyalah ketentuannya
subuh,zohor,asar,maghrib,isyak
kususun satu persatu
demi mengingatkanmu
tapi acapkali kulihat
kau alpa dan lupa
setiapkali lima waktu itu
kau hanya memandang sepi
kosong tanpa erti
seolah-olah tiada apa
yang harus kau kerjakan
Ya Allah;
inikah petanda akhir zaman
mampukah bumi indah ini
menaggung bebanan dosa itu?
aku tidak menuding
turut aku ingatkan diriku ini
sama-sama menjaga tingkah dan langkah
moga dan semoga
kita sentiasa di bawah lembayung rahmat yang Esa!
~ZaLieYa~*GraND BEacH*LanGkaWI*
(untuk karya2 aku yg lain layarilah www.kapasitor.net) promo ckit.hahahaha.
A.K.U @ rindu
Wednesday, January 7, 2009
antara karya spontan aku dlm kapasitor.net
AKU TIDAK PERNAH BERKATA TIDAK
SESUKAR MANA PERJALANAN HIDUP INI
AKU TIDAK PERNAH MENGELUH
YA;
AKU SERINGKALI MENGIAKAN SEGALA
SEGALA NISTA KU TETAP TERIMA
KERANA;
AKU HATTA CUMA MANUSIA BIASA
MESKIPUN ADAKALA MARUAHKU
BAGAI DIINJAK DI HUJUNG TUMIT
AKU MASIH MAMPU TERUS BERDIRI
DAN BERTERUSAN TERSENYUM
SETIAP DETIK ITU KU BERDOA;
MOGA DALAM MENELUSURI KEMBARA KEHIDUPAN INI
AKU MAMPU MENONGKAH BADAI
MEMBELAH LAUTAN API YANG TERHIDANG LUAS DI HADAPAN
MESKI AKU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA
AKU YAKIN AKU MAMPU….
SEDERAP AKU AKAN MELANGKAH KE HADAPAN
DENGAN PENUH KEAZAMAN…
MOGA DAN SEMOGA SINAR KEJAYAAN AKAN MUNCUL
DI SEBALIK TABIR KEDUKAAN HIDUP INI
BIRAI KEHIDUPANKU TAK PERNAH LUSUH DENGAN KATA NISTA
NAMUN HINGGA KINI;
AKU TETAP MAMPU BERDIRI
DALAM BAYANGAN DIMENSI DIRIKU SENDIRI!!!
~selamat pagi cinta~
selamat pagi cinta
A.K.U @ caraku
Tuesday, January 6, 2009
A.K.U @ ceritaku..
"ku titip warkah ini buat kekandaku
moga dia riang seperti selalu
ikhlas melempar senyuman
bukan kerana keterpaksaan
ku titip warkah ini buatmu
untuk kau tahu dan mengerti bahawa
aku dan adindamu yang lain
akan tetap teguh berdiri
meniupkan relung semangat buatmu
kita tidak punya kuasa
untuk mengubah segalanya
biarlah dia terus bergembira
melompat keriangan kerana kejatuhan kita
hidup ini tidak lama
dia pasti tersungkur jua satu ketika
tika dan detik itu
kita hanya akan memandang sepi sahaja
tanpa sebaris kata
kerna itu balasan untukknya dari yang MAHA ESA!
aku tahu kekandaku;
Setiap nafas yang kau hela itu seksaan
namun tak pernah kau pamerkan
kau masih terjunam ke dasar kerak bumi
bersama kenangan palsu
doaku..agar sinar kebahagian akan terpancar untukku
teruskan bersabar kekandaku...."
aku doakan mak wi cepat2 sembuh n family kitaorg kembali bahagia+tenang+aman seperti dulu.aku yakin+pasti+tahu..ALLAH akan sentiasa bersama kami.....